Bab 51

78.7K 1.1K 58
                                    

"Arghhhh.....!!!"

Aku menjerit kuat disebabkan kebosanan duduk terperap dalam bilik ni. Entah sudah berapa lama aku di sini. 7 hari? 8 hari? Aku pun dah tak tahu bezakan antara siang dan malam.

Saban hari aku dibiarkan keseorangan. Lelaki yang sama hanya masuk menghantar makanan dan minuman sahaja. Bila ditanya kenapa aku dikurung, dia hanya diam sahaja. Lepas tu, dia terus keluar. Setiap hari, dia akan menghantar makanan 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan malam.

Aku mula rasa pelik kerana tiada sesiapa lagi yang masuk ke sini melainkan dia. Untuk apa aku diculik? Bukanlah aku mengharapkan seseorang masuk ke sini dan merogol aku. Macam yang selalu terjadi dalam tv tu. Tapi aku betul-betul nak tahu siapa yang menculik aku. Apa niat orang tu? Mungkinkah aku kenal siapa dia? Aku hanya syak Mike saja ketika ini. Aku harap dia yang menculik aku. Sekurang-kurangnya aku tahu dia siapa.

Penat berdiri, aku baring di atas katil. Wajah Hakim terbayang di mata. Sudah sihat ke dia? Aku rindu sangat dengan dia. Adakah dia cari aku? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Aku pasti dia sedang mencari aku. Naluri aku cukup kuat. Aku teringat dengan perbualan aku dengan dia.

"Abang.... Adakah abang akan terima saya kalau abang tahu kisah lampau saya?" Tanya aku. Ketika itu kami sedang baring untuk tidur.

"Kenapa abang tak terima? Itukan kisah lalu sayang. Benda dah berlalu. Abang terima siapa pun sayang." Jawabnya. Dia menguatkan pelukannya. Dahi aku diciumnya.

"Betul ke? Saya takut abang akan marah dan pergi tinggalkan saya." Kata aku lagi. Jari aku bermain di pipinya.

"Abang janji abang tak kan tinggalkan isteri abang ni. Lagipun, abang tak paksa sayang ceritakan pun. Kalau sayang nak cerita, abang dengar je. Kalau tak, abang tak paksa." Jawabnya jujur. Tapi aku pula yang serba salah. Dia perlu tahu sejarah silam aku.

"Hei... Kenapa ni? Dah la, jangan fikir sangat. Abang okay. Sayang jangan paksa diri sayang. Abang tak kisah." Hakim merapatkan kepala aku ke dada bidangnya sehinggakan aku dapat mendengar degupan jantungnya. YA ALLAH, terima kasih hadirkan dia untuk ku. Aku bersumpah akan setia dan bahagiakannya.

"Abang..... " Seru aku sebelum aku menutup mata.

"Woi..... Bangun. Aku cakap bangunlah!!"

Aku terus membuka mata. Segera aku bangkit dari katil. Lelaki bertopeng itu berdiri depan aku.

"Kau....kau nak apa?" Tanya aku cemas. Risau jika lelaki itu akan apa-apakan aku.

"Tak ada apa. Aku ingat kau dah mati tadi." Selamba lelaki itu menjawab. Fuh... Ada jugak aku bagi kaki kat muka dia ni.

"Kau ingat aku nak bunuh diri ke? Tak.... Selagi aku tak jumpa bos kau." Jawab aku berani.

"Baguslah kalau tak mati, kalau tak.... Mampus aku nanti kena belasah dengan bos." Jawabnya. Hahaha.... Kelakar pulak lelaki bertopeng ni.

"Siapa bos kau?" Aku cuba bertanya lagi.

"Itu masih rahsia. Sampai waktunya kau akan tahu juga." Katanya lagi. Lepas tu dia ketawa perlahan. Aku mencebik.

"Otak kau lah. Sampai bila aku nak duduk terperap kat sini. Aku ada suami tau." Bidas aku. Hari ni aku macam berani sikit untuk melawan.

"Dah, pergi sambung tidur. Aku keluar dulu. Oh ya, tak payahlah kau jerit-jerit. Rumah ni jauh dengan orang." Lelaki itu terus keluar. Oleh kerana berasa geram, aku membaling sebiji bantal ke arahnya, tapi tak kena. Dia sudah menutup pintu.

Aku terpandang ada 2 bungkusan di atas meja solek. Satu tu mungkin makanan, yang lagi satu tu apa pulak. Aku mengeluarkan isi dari beg kertas berwarna coklat itu. Telekung? Sejadah? Aku bertambah keliru. Siapa dalang semua ni? Aku mengintai lagi ke dalam beg kertas itu, mana tahu ada apa-apa lagi. Ada bukulah. Aku keluarkan buku itu.

'Tafsiran Al-Quran.'

Huh! Apa semua ni? Siapa dia? Siapa yang bagi semua barang ni? Aku betul-betul keliru. Tak kan Mike. Kalau bukan dia, siapa eh? Hakim? Tak mungkin. Apa pulak motif dia menculik aku?

Aku mencium buku Tafsiran Al-quran itu. Sudah lama aku nak beli buku ini. Tapi tak berkesempatan nak beli. Kemudian aku ambil telekung. Air mata aku menitis. Sejak berada di sini, aku tak pernah solat kerana terlupa membawa telekung atau jubah. Aku hanya membawa beberapa helai baju biasa.

Tanpa membuang masa, segera aku pergi mengambil wuduk. Kemudian aku mengerjakan solat isyak memandangkan hari sudah malam.
Selesai mengerjakan solat, aku duduk bersimpuh di atas sejadah. Aku mengangkat tangan dan berdoa.

Selesai memohon kepada ALLAH, aku membuka tafsiran al-quran. Aku tak pandai membaca jawi, jadi inilah jalan lain untuk aku mendalami islam. Air mata aku menitis lagi saat membaca apa yang terkandung di dalam ini. YA ALLAH, begitu jahilnya aku selama ini. Ampunkan aku.... Ampunkan aku.... YA ALLAH.



G.R.OWhere stories live. Discover now