Bab 23

104K 1.5K 47
                                    

Aku memandu kereta dengan laju ke rumah papa. Macam-macam perasaan bersarang dalam hati. Marah dengan Lia. Malu dengan papa. Takut dengan mama. Semuanya ada. Apa yang akan mereka akan cakapkan?

Aku sampai ke rumah papa. Kereta papa juga sudah ada di porch. Mesti mereka menunggu kedatangan aku. Janganlah kerusi meja dibaling mama nanti. Haih... sempat pulak aku melawak dalam keadaan genting macam ni.

"Assalammualaikum...." Aku memberi salam. Aku melangkah masuk dengan lafaz bismillah. Mohon agar mereka dapat menunaikan permintaan aku.

Papa dan mama sedang duduk di ruang rehat keluarga. Kedua adik perempuan aku juga turut berada di situ. Mereka berdua sedang menonton tv.

"Eh along, bila sampai? Lamanya along tak datang. Selalunya dua tiga hari mesti ada kat sini." Adik bongsu aku, Nur Aini menyapa dan bangun bersalam dengan aku. Nur Aina kakaknya juga bangun bersalam.

"Along sibuk sikitlah." Jawab aku kemudian bersalam dengan papa dan mama. Mereka diam sahaja.

"Kakak dan adik pergi masuk bilik. Papa ada hal nak bincang dengan along." Encik Sufian bersuara. Adik-adik aku terus bangun. Kali ni mereka tidak membantah, selalunya ada sahaja yang akan diluahkan sekiranya dipaksa masuk bilik. Mungkin melihat keadaan tegang waktu ini, mereka pergi tanpa sebarang alasan.

"Siapa perempuan tu? Macam mana along boleh duduk berdua dengan perempuan bukan muhrim dalam satu rumah. Patutlah dah lama along tak balik sini. Nasib baik mama tergerak hati ajak papa pergi sana. Along tak takut ALLAH ke?" Mama memulakan perbualan. Habis semua diluahkan.

"Inah, cuba sabar. Nanti darah tinggi awak naik, kang susah pulak." Papa cuba memujuk mama. Papa memandang aku supaya aku menceritakan hal sebenar.

"Nama dia Lia. Along minta maaf mama, papa. Along salah. Sebab tu, along nak kahwin dengan dia." Jawab aku. Ya ALLAH, KAU permudahkanlah semuanya. Sempat aku berdoa.

"Along dah terlanjur ke?" Soal papa. Mama terus mengangkat mukanya memandang aku saat papa bertanyakan hal itu.

"Err.... belum lagi. Eh, tak." Jawab aku. Gelabah bila ditanya tentang hal tu. Belum terlanjur, tapi hampir. Tu tak kira terlanjur kan?

"Kenapa dia duduk kat situ? Keluarga dia mana?" Soal mama pula. Aduh... apa aku nak jawab eh?

"Err... Lia sebenarnya anak yatim piatu. Dia dihalau dari kampung sebab tak mampu nak bayar sewa rumah. Sebab tu dia datang JB untuk cari kerja. Along terserempak dengan dia masa tu. Along nampak dia menangis kat tepi jalan. Dia cerita semuanya. Sebab tu along bawak dia ke rumah." Huh.... dapat jugak aku karang cerita. Sorry ma.... bohong sunat.

"Ye ker? Tak nampak macam perempuan kampung pun. Along jangan buat cerita bukan bukan eh. Kenapa tak bawak dia ke sini? Itu yang mama marah sangat. Kenapa perlu tinggal berdua macam tu? " Bidas mama. Aku cuba kawal perasaan takut aku.

"Along jangan memain. Papa tak nak ada perkara berlaku kemudian hari. Kita yang susah nanti." Balas papa.

"Betul mama, papa. Along tak tipu. Along tau along salah bawak dia ke rumah. Along takut mama fikir bukan-bukan nanti. Sebab tu along bawak ke rumah untuk tumpang dua tiga hari sementara dia dapat cari kerja." Aku cuba mengawal situasi agar mama tidak menghidu sesuatu.

"Kenapa nak kahwin?" Soal papa pulak. Hah? Kenapa ye? Aku nak bagi alasan apa ni.....

"Sebab along dah suka dia." Jawab aku pendek. Yang ni aku tak tipu. Mama dan papa pandang aku serentak. Logik tak baru kenal bapa hari dah suka.

"Bab kahwin jangan buat main along. Papa tak nak along menyesal kemudian hari. Along baru jumpa dia. Along tak kenal siapa dia lagi." Kata papa. Betul kata papa tu. Tapi hanya aku saja yang tahu jalan ceritanya.

"Along percaya papa. Insyaallah, semua akan baik-baik je. Papa dan mama tak percayakan jodoh ke?" Balas aku. Ayat akhir tu ayat penyelamat aku.

Mereka berdua pandang satu sama lain. Mungkin mencari jawapan melalui mata. Aku yakin, kali ni pasti aku akan menang. Aku tahu hati mama. Mama bukanlah garang tak bertempat. Cuma dia terkejut dan marah saja bila nampak aku duduk berdua duaan dengan Lia.

"Baiklah kalau itu yang along nak. Lagipun, along dah tinggal berdua dengan dia. Mungkin jiran-jiran ada yang tahu. Along pun kenalah bertanggungjawab. Papa tak nak orang mengata kita sekeluarga. Kenalan papa ada juga tinggal di situ." Kata papa. Akhirnya papa setuju. Aku senyum. Kemudian aku pandang mama untuk mendengar pandangannya.

"Esok malam nikah dulu. Tahulah papa nanti nak uruskan dengan pak imam. Mama cakap macam ni sebab mama percayakan takdir dan jodoh. Lagipun betul kata papa, along kene bertanggungjawab. Along dah bawak balik anak dara orang. Kita tak tau nanti ada cerita lain pulak. Baik nikah dulu sebelum pape terjadi." Alhamdulillah, hasrat aku tercapai. Terima kasih mama.

"Terima kasih mama, papa. Maafkan along sebab buat keputusan terburu-buru dan menyusahkan semua." Aku bangun dan bersalam dengan mama. Aku cium dahi mama. Mama membalas dengan mencium pipi aku.

"Dah nak kahwin anak kita ni, bang." Air mata mama akhirnya tumpah. Papa senyum sambil menganggukkan kepala. Adakah mereka merestui pernikahan aku ni?

"Mama jugak yang suruh along kahwin cepat kan? Lia tu baik, Insyaallah. Dia pasti akan menjadi menantu yang baik untuk mama dan papa." Balas aku. Mama dan papa senyum.

YA ALLAH... terima kasih atas semuanya. Aku bersyukur hal dengan mama papa berjalan dengan lancar. Kini, semuanya terletak di tangan Lia. Aku berharap Lia setuju dengan pernikahan ini. Aku tak nak dia pergi dari sini. Walaupun aku masih keliru dengan perasaan aku, tapi aku tahu yang aku suka dia. Cinta boleh dipupuk kemudian.

.................................................................................

*Helo helo....
Terima kasih kepada new followers kerana singgah membaca perjalanan hidup Lia & Hakim.
Oh ya, saya ada satu pertanyaan. Mana yang korang nak.... saya update setiap hari 1 bab atau update bile saya dh siapkan 2 @ 3 bab? Ataupun, segera update bile 1 bab siap. Tak kire la siang atau malam. Ada paham tak soklan saya? Hehehe....
Okay la.... jgn lupa VOTE!! Dan saya juga perlukan komen dari u all semua. Sebab bile baca komen, saya rasa happy dan semangat nak taip story.

Xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now