Prolog

167K 1.6K 87

Sakit. Itulah yang aku rasakan sekarang ni. Tak ada guna lagi aku menangis dan merayu. Si bangsat ni tetap meratah aku umpama binatang. Aku hanya membiarkannya. Ya. Aku terpaksa membiarkan si bangsat ni meratap setiap inci tubuh ku.

"Arghhhh......" Suara bangsat ni menjerit. Setelah puas menyiram benih di dalam tubuh aku. Jijik.

"Macam ni kan bagus. Tak payah ayah nak marah-marah dan sakiti Lia. Terima kasih sayang anak ayah." Ucap ayahnya. Ayah? Jantan sepertinya layakkah aku panggil ayah. Pergi jahanam.

"Dah. Jangan sedih lagi. Nanti esok ayah belanja makan KFC. Lia suka ayam goreng kan? Pergi mandi wajib. Lepas tu solat isyak ye sayang." Sambungnya lagi. Pipi aku yang gebu ni diusapnya. Perlahan-lahan dia bangun dan terus meninggalkan bilik.

Solat? Si bangsat tu suruh aku solat selepas apa yang dia lakukan pada aku?

Ah..... Sial!!!!

Jeritan itu hanya dalam hati sahaja. Ingin saja aku mengeluarkan suara. Tapi tak boleh. Atau lebih tepat lagi, aku takut. Aku takut tali pinggang kulitnya sedia dilibaskan pada seluruh tubuh ni.

'Aku memang pengecut.' Bisikku perlahan.

"Lia.... ayah keluar sekejap. Jangan lupa kunci pintu depan kalau nak tidur. Jangan tunggu ayah ye sayang. Ayah mungkin lambat balik." Si bangsat tu muncul kembali. Sudah siap berpakaian. Main judi lah tu.

Aku hanya memandang wajah itu sesaat lantas menundukkan wajah ku kembali. Aku tak sanggup memandang lama celaka tu, yang merupakan ayah kandung ku sendiri.

Setelah memastikan dia sudah keluar, aku bangkit dari katil. Aku menarik cadar yang berwarna biru itu. Cadar yang penuh dengan cecair putih. Aku campak ke dalam bakul. Perlahan aku berjalan keluar dan masuk ke bilik mandi.

Dibawah pancuran air, aku mengesat seluruh tubuh ini. Berasa jijik dengan badan sendiri. Hampir separuh shower cream aku habiskan. Mana mungkin dapat menghilangkan rasa jijik ini. Apatah lagi melihat dua tiga kesan merah di dada dan leher.

Setelah berpakaian tidur, aku naik ke atas katil. Gambar arwah ibu yang sentiasa di meja sebelah katil, aku capai. Akhirnya, air mata mengalir dengan laju.

"Ibu....."

"Ibu....."

"Ibu....."

Dengan tangisan yang masih berbaki. Aku tertidur. Dan malam itu kali terakhir aku melihat wajah bangsat tu.

Adakah aku gembira?

G.R.ORead this story for FREE!