Bab 58

81K 1.1K 36
                                    

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu teringatkan Hakim dan juga Adam. Kadang kala aku boleh menangis kerana asyik memikirkan mereka. Mungkin juga kerana pembawakkan bayi. Perut aku mula membesar. Kini usia kandungan aku sudah mencecah 5 bulan. Lagi 4 bulan saja, aku akan melahirkan baby girl.

Ya, aku akan mendapat anak perempuan. Doktor telah mengesahkannya ketika aku periksa kandungan aku minggu lalu. Tapi, aku masih belum percaya sangat. Sebab kadang kala, doktor juga buat silap. Cuma aku masih berharap, aku akan dapat baby girl. Mesti cantik macam aku.

Hon kereta telah dibunyikan. Segera aku keluar menaiki kereta. Hari ni aku ingin membawa Ali dan Naim menziarahi pusara Tasya. Sudah lama aku tak ziarah arwah. Rasa rindu pula kawan aku yang satu tu. Lagipun Ali tak pernah ke kubur Tasya.

Aku hanya melihat Ali sedang membersihkan kubur Tasya yang sudah ditumbuhi rumput panjang. Selepas kubur dibersihkan, kami sedekahkah alfatihah. Dan Ali membacakan surah yassin. Aku terkejut mendengar alunan yassin yang dibaca Ali. Lancar dan merdu. Tak sangka Ali boleh membaca ayat al-quran dengan baik.

Sejak sebulan yang lalu, Ali sudah tidak bekerja lagi dengan Mummy Allen. Dia ingin berubah. Katanya, dia pernah berazam sekiranya aku bebas dari Mummy Allen, dia akan berhenti kerja. Mulanya Mummy membantah, tapi Ali tetap berkeras dengan keputusannya. Kini, Ali mula berjinak jinak menyertai kumpulan tabligh. Dia ingin mendalami agama islam dengan lebih dalam lagi. Katanya, dia sudah tidak mahu kerja lagi. Lagipun, dia sudah mempunyai rumah, kereta dan juga ladang kelapa sawit.

"Lia....aku nak bagi kau sesuatu." Ali mengeluarkan sekeping kertas yang sudah terlipat kemas.

"Aku jumpa ni dalam beg Tasya. Aku lupa nak bagi kau. Baru semalam aku teringat. Kau bacalah. Naim, jom kite masuk kereta dulu."

Aku mengambil lipatan kertas itu dari Ali. Kemudian, Ali dan Naim pergi meninggalkan aku di situ. Aku membuka lipatan kertas itu dengan jantung yang berdebar.

Kepada: Adik ku, Atilia

Assalamualaikum, kau sihat Lia? Tentu kau bahagia sekarang ni kan? Aku akan gembira bila kau gembira juga. Kalau kau dah baca surat ini, bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini. Janganlah kau sedih dengan pemergian aku. Hapuskan air mata kau, kau berhak hidup bahagia.
Aku nak minta maaf kalau selama ini aku ada buat silap dengan kau. Aku pasti kau juga rasa serba salah pada aku. Jangan. Jangan fikir macam tu. Kematian aku tidak ada kene mengena dengan kau. Aku yang pilih jalan itu. Aku yang redha dengan takdir aku. Aku pilih bunuh diri dari hidup merana. Aku dah tak tahan lagi menderita. Sepatutnya dari dulu lagi aku dah bunuh diri, tapi bila fikirkan kau....aku lupakan niat aku. Sebab kau kawan aku, kau adik aku. Aku perlu lindungi kau.
Lia, jaga diri. Aku doakan kau sentiasa happy je. Lupakanlah segala penderitaan kau yang lalu. Jangan biarkan emosi kau mengawal.
Aku pergi dulu. Jangan lupa doakan aku di sana nanti. Sayang kau sangat-sangat......

Salam sayang,
Natasya.

Tangisan aku menjadi kuat. Batu nisan Tasya aku cium. Tasya..... Aku sayang kau Tasya. Kau kawan aku dunia akhirat. Aku akan mohon agar ALLAH mengampuni kau. Aku akan doakan kau. Aku sayang kau, aku rindukan kau. Tasya..... Maafkan aku. Maafkan aku....

Makanan yang aku pesan sudah berada di depan aku. Aku kuis kuis nasi goreng itu. Langsung tiada selera. Bayangan wajah Tasya bermain di mata. Ali dan Naim hanya memandang aku.

"Lia.... Sudah la tu. Kita doakan dia okay. Kau jangan macam ni, kesian baby dalam perut tu." Pujuk Ali.

"Betul tu kak.... Naim tau akak sedih. Tapi akak kena jaga kesihatan.... Makan la dulu, sikit pun jadilah. Akak kan nak makan nasi goreng dari semalam." Naim pula memujuk aku.

"Akak okay la Naim.... Akak cuma rindukan kawan akak tu. Kesian dia."

"Sudah la tu Lia. Yang dah pergi tetap pergi. Dia pun tak nak tengok kau sedih. Kita doakan dia agar tenang kat sana eh." Balas Ali. Aku balas kata-kata Ali dengan senyuman.

"Okay.... Jom makan. Nasi ni nampak sedaplah." Aku memaksa diri untuk telan nasi goreng itu. Kesian pulak tengok mereka berdua ni memujuk aku. Ali dan Naim ketawa kecil melihat aku. Terima Kasih tuhan, kerana memberi aku kawan yang baik.

Selesai makan, Ali membawa kami ke Aeon Tebrau untuk membeli keperluan baby. Mungkin Ali mahu memujuk aku lagi. Rasa malu pula kerana menyusahkan Ali dan Naim.

"Ali, aku malulah kau asyik belanja aku. Tentu duit kau dah habis. Lagipun kau dah tak kerja lagi." Kata aku ketika membelek baju-baju baby yang berlipat di rak.

"Okay, kau pilih je....pastu kau bayar sendiri." Balas Ali. Aku pula yang tercengang. Mana aku ada duit.

"Gurau je. Kau jangan mengada sangat eh. Sapa kata duit aku habis? Aku ni makin kaya tau.... Hahaha.... Ladang kelapa sawit aku tu dah keluarkan hasil. Alhamdulillah..... " Sambung Ali lagi.

"Alhamdulillah.... Amin. Nanti bila aku dah ada duit, aku bayar kau eh."

"Jangan risau la. Aku buat semua ni untuk baby dalam perut kau tu. Aku kan baba dia. Kalau tak pun, aku hantar bil bil belanja kau kat ayah dia. Hahaha.... Boleh?" Gurau Ali.

"Hakim..... "

"Yelah Hakim.... Siapa lagi? Hakim bukan ayah dia ke?" Gurau Ali lagi.

"Hoi.... Tu... Kau nampak tu Hakim." Aku menunjukkan arah pandangan mata aku ketika itu.

Mata aku mula kabur dengan air mata. Rindunya aku dengan lelaki itu. Dia nampak sihat dan gembira cuma kurus sikit. Mungkinkah dia sudah ada pengganti? Tiba-tiba, ada seorang budak lelaki berlari ke arahnya. Dia mendukung budak itu. Pipi budak itu diciumnya dan mereka berdua ketawa. Siapa budak tu? Anak dia? Tapi budak tu dah 4 tahun rasanya. Tak kan Hakim pernah kahwin sebelum ni. Tak mungkin. Atau anak tiri dia? Anak kekasih barunya? Tapi mana mak budak tu. Tak nampak pun. Abang.... Sampai hati abang....!

"Lia.... Are U okay?" Tanya Ali.

"Aku nak balik. Lain kali je kite beli barang baby eh. Aku.... Aku..." Erghh... Sakitnya hati aku.

"Tak pe, hari sabtu nanti kita ke sini lagi ye." Pujuk Ali seakan memahami perasaan aku tika itu.

Sepanjang jalan pulang ke rumah, teresak-esak aku menangis. Naim yang tak tahu apa-apa memandang aku dengan pelik. Ali hanya membiarkan sahaja aku.

Sampai di rumah, terus aku masuk ke bilik. Sempat Ali memesan yang mereka tunggu di bawah. Mesti dorang takut aku lakukan sesuatu yang tak elok. Mana mungkin aku buat sesuatu yang bodoh. Sudah banyak aku lalui dalam hidup ini. Walaupun umur aku baru 24 tahun.
Aku mengoyakkan gambar Hakim. Itulah gambar dia yang aku ada.

Sampai hati abang buat Lia macam tu. Abang dah tak sayang Lia ke? Cepat betul abang cari pengganti Lia. Lia cuma perlukan masa, sampai waktunya Lia akan pulang ke pangkuan abang dengan baby kita. Tapi abang.... Argh....!!!

G.R.OWhere stories live. Discover now