Bab 15

117K 1.2K 15
                                    

Hakim berdiri di depan Diamond Club dimana Lia bekerja. Jantungnya berdebar-debar. Dia sudah bertekad. Sejak hantar Lia subuh tadi, sampai sekarang hatinya tak tenang. Aku ikhlas, Lia. Ya. Aku tahu aku ikhlas. Aku tak kisah siapa kau. Aku tahu semua yang berlaku pada kau, mesti ada rahsianya. Maafkan aku, Lia. Dengan lafaz bismillah, dia melangkah masuk ke sarang maksiat itu. Berdoa semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

Matanya meliar mencari kelibat Lia. Keadaan di dalam sangat sesak waktu itu. Agak sukar mencari gadis itu. Setelah berjalan keliling, kelibat Lia tidak kelihatan. Kemudian dia terpandang Mummy Allen yang keluar dari bilik belakang. Terus langkahnya di atur.

"Hai Mummy, Lia ada?" Soal Hakim pada Mummy Allen.

"Ayo... sorry Encik Hakim. Lia cuti hari ni. Dia sakit." Jawab Mummy Allen dengan slang cinanya.

"Amoi lain pun ada. U cuba dulu la. Confirm U puas hati." Sambung Mummy Allen lagi.

Lia sakit? Teruk ke?

"Mummy, I ada hal mau bincang sama u. Boleh kite cakap tempat lain tak?" Aku sudah tekad. Berharap Mummy Allen akan bersetuju.

Mummy Allen berbisik sesuatu pada Big Boy. Lalu Mummy Allen menyuruh aku mengikutnya masuk ke dalam office.

Kini kami duduk berdepan. Big boy berdiri di sebelah Mummy Allen. Ini kalau aku salah cakap, mampus aku kena belasah dengan Big Boy.

"U mau cakap apa? Semalam Lia ada buat hal ka? U cakap sama I." Mummy Allen sudah menyoal.

"Bukanlah Mummy. Sebenarnya I mau.... mau...." Eh, kenapa aku tergagap-gagap ni. Aku kena yakin.

"Haiya.... apa U mau? I kena jaga budak-budak I. Nanti kalau ada masalah, susahlah I." Desak Mummy Allen. Aku terus duduk menegak. Mencari kekuatan untuk bercakap.

"I mau Lia. Maksud I, I mau dia tinggal dengan I. Mummy cakap je berapa U mau. I boleh bayar." Huh.... lega. Aku menarik nafas panjang.

Mummy Allen seakan terkejut dengan permintaan aku. Dia diam sekejap. YA ALLAH, KAU bantulah hamba mu ini. Doaku dalam hati.

"Haiya, berapa banyak gadis kat luar u boleh cari. Apsal mau Lia? Susah la I macam ni. Lia sudah banyak pelanggan tetap. Bisnes I macam mana nanti?" Jawab Mummy Allen. Riak wajahnya tidak dapat ku baca.

"Tolonglah Mummy. I suka Lia. U cakap je berapa U mau. I boleh kasi." Desak ku pula.

Mummy Allen diam seperti memikirkan sesuatu. Sesekali dia berbisik dengan Big Boy. Aku hanya menanti dengan penuh debaran.

"Okay. 100 ribu cash. Kalau u ada itu wang, u boleh bawak balik itu budak." Jawab Mummy Allen.

100 ribu? Aku berfikir sekejap. Demi Lia.....

"Okay. Deal. Esok I datang apartment u. Tapi satu syarat, u jangan bagi tau Lia tentang ini. Bila I sampai sana bagi wang u, U terus serah Lia pada I."

"Okay deal. I tunggu. Call I bila dah sampai. Tapi bila esok u tak datang, I tak kan berurusan dengan U lagi. Ada faham?" Mummy Allen bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya sambil tersenyum puas. Alhamdulillah.

"Deal."

Aku terus pulang ke rumah selepas perjumpaan itu. Aku harus memikirkan di mana aku harus mencari duit 100 ribu. Dalam bank simpanan aku mungkin ada dalam 50-60 ribu. Aku harus cari 50 ribu lagi.

Pinjam papa? Apa aku nak jawab nanti? Along? Tak nak aku buat kerja gila. Cukuplah aku gila sebab nak ambil Lia. Siapa ek? Kawan-kawan aku ramai, tapi aku pasti mereka tak kan meminjamkan duit sebanyak itu.

Mike? Bos? Yes!!!! Okay.... apa alasan aku nak bagitau dia. Kahwin? Hish.... mampus aku kalau dia tahu aku nak kahwin dengan Lia. Beli rumah? Oh yes.... dia pun tahu aku baru je beli rumah ni. Perlu ke aku bagitau hal sebenar? YA ALLAH..... aku menekup muka. Aku pasti ada jalannya.

G.R.OWhere stories live. Discover now