Bab 21

108K 1.1K 19
                                    

Aku memegang tombol pintu. Sekali lagi aku lepaskan. Dah pukul 9 malam ni. Perut aku dah lapar. Dan aku perlu ke tandas dengan segera. Tapi aku malu nak keluar. Dari pukul 7 petang aku bangun dari tidur, sampai sekarang aku terperap dalam bilik. Naik gila dibuatnya. Bosan. Tapi sekarang dah tak boleh tahan. Aku kena keluar jugak. Yang Hakim pulak tak geti lah nak panggil aku ke, nak pujuk aku ke. Kalau aku mati dalam ni pun, dia biarkan je.

Sekali lagi aku memegang tombol pintu, dengan berhati-hati aku membuka pintu. Aku keluarkan kepala sikit, toleh kiri toleh kanan. Tak ada orang. Berdezup aku lari masuk ke tandas dan segera melepaska hajat yang sudah lama aku tahan.

Huh.... Leganya. Aku membuka pintu bilik air, sekali lagi bagai orang pencuri aku toleh kiri kanan. Bila rasa tiada sesiap di situ, aku keluar dan tutup pintu tandas. Lapar dah ni, mana aku nak cari makanan.

Eh, sepi je. Mana Hakim pergi? Dia tinggalkan aku sorang kat rumah ke? Aku menoleh ke arah bilik Hakim. Aku mendekati bilik itu untuk mengintai. Kalau tak ada orang, boleh la aku curi-curi masuk skodeng bilik dia. Pintunya terbuka sedikit. Aku cuba mengintai dari luar. Kalau aku terus ceroboh, nanti mana tahu dia ada kat dalam. Buat malu aku lagi kang.

Aku ternampak hakim macam sedang duduk. Apa dia buat tu? Aku cuba menolak sedikit pintu itu. Aku sedikit terkejut bila melihat Hakim sedang solat. Aku terus beredar dari situ, takut dia perasan nanti.

Aku masuk ke dalam bilik semula. Entah kenapa tiba-tiba hati aku gelisah bila melihat Hakim solat. Sudah lebih 3 tahun dahi aku tidak menyentuh sejadah. Selepas beberapa kali ayah merogol aku, aku tidak lagi solat. Sebab aku berasa amat marah. ALLAH tidak mendengar rayuan aku. Hari-hari aku memohon minta pertolongan-NYA supaya melindungi aku dari perbuatan keji ayah. Tetapi DIA tidak mendengar. Ketika aku di heret ke bandar ini, sekali lagi aku menjerit meminta pertolongan-NYA. Tapi aku hampa. Tiada siapa yang menolong aku. Sejak itu, aku tidak lagi bersujud. Malah nama-NYA tidak lagi aku sebut.

Aku menoleh bila pintu bilik aku dibuka. Hakim masuk dan berdiri di depan aku. Dia memakai baju melayu dan berkain pelikat. Nampak berbeza sekali.

"Dah mintak ampun pada ALLAH?" Soal aku. Sengaja nak menyakiti hatinya. Hakim tersenyum. Eh, tak marah ke?

"Awak nak makan? Saya dah masak masa awak tidur tadi. Jom makan sama." Pelawa Hakim. Dia masak? Macam tak percaya je.

Sekali lagi, tanpa menjawab pertanyaanya aku keluar dari bilik. Aku duduk di meja makan. Meja masih kosong tanpa sebarang makanan. Hakim masuk ke dapur. Beberapa minit kemudian, dia datang membawa 2 jenis lauk. Wow!! Asam pedas ikan merah dan sayur kangkung goreng belacan. Waa... laparnya. Ni dia beli ke masak sendiri? Tak percaya pulak mamat ni pandai masak.

Selesai menghidangkan makanan, Hakim menyedok nasi ke pinggan aku. Aku mula makan. Yummeh!! Sedapnya. Lama gila tak makan makanan macam ni. Aku mana pandai masak semua ni. Setakat telur goreng, maggie boleh la. Selesai makan, aku membawa pinggan ke sinki dan mencuci pinggan aku sendiri. Hakim mula mengemas meja makan. Tiada niat sedikit dalam hati aku ingin membantu. Rasa marah masih ada lagi.

Aku kembali ke bilik semula. Rasa bosan sangat waktu begini. Aku sudah biasa dengan kehidupan malam aku di kelab. Bila dah bebas macam ni, bosan pulak sampai tak tahu nak buat apa.

Aku perlu tanya Hakim apa rancangannya terhadap aku selain dari perkahwinan. Aku memang tiada keinginan untuk berkahwin sekarang ni. Terlalu banyak yang mengganggu fikiran aku. Hakim ikhlas. Tapi perkahwinan memerlukan perasaan cinta. Sedangkan Hakim tidak mencintai aku. Dia Ikhlas, mungkin juga kerana dia simpati. Aku tak perlu simpati dari sesiapa. Apa yang aku perlu, kebebasan untuk mengharungi kehidupan yang akan datang.


G.R.OWhere stories live. Discover now