Bab 8

147K 1.2K 12
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Aku masih tertanya-tanya bila Mike mahu menghantar ku pulang. Kerja ku di kelab akan bermula pada pukul 6 nanti. Sebetulnya aku takut dimarahi oleh Mummy Allen. Pasti teruk aku dipukulnya nanti.

Nak bertanya Mike, takut dia marah pula. Akhirnya aku duduk di sofa di ruang tamu. Mike keluar sebentar selepas 'projek' tadi. Tadi tengah hari pun aku makan seorang. Sudah lama aku tak merasa masakan seorang ibu. Sempat juga lah aku berbual dengan Mak Yah. Mak Yah bekerja dengan Mike sudah setahun lebih. Katanya, dia hanya datang ke sini bila khidmatnya diperlukan. Tak tentu masa kerjanya. Sebab itu, dia tak berani kerja part time di tempat lain. Kadang-kadang seminggu dia datang ke sini, ada pula sampai dua minggu dia tidak ke sini. Kata Mak yah dia bertahan di sini sebab Mike bagi gaji cukup menyara dia 3 beranak. Boleh tampung perbelanjaan anak lelakinya di Universiti.

Bila aku tanya lebih pasal Mike, dia seakan berahsia. Katanya dia tak tahu sepenuhnya mengenai hidup Mike. Dia hanya datang mengemas dan masak jika perlu.

Mike sudah pulang. Ada Encik Hakim bersamanya. Aku hanya menundukkan kepala dan senyum kepada Encik Hakim.

"Baby, Hakim hantar u balik. Pergi bersiap." Kata Mike. Aku terkejut sedikit. Kenapa Lia? Kau ingat dia suruh kau duduk sini ke? Jangan nak bermimpi di siang hari. Kau sedar diri sikit.

"Okay." Balas ku sepatah. Aku mahu melangkah ke bilik tapi Mike menarik tangan ku.

"Thank you, baby. I akan cari u lagi nanti. This is for u." Mike memelukku sekejap. Pipi kiri dan kanan ku diciumnya. Dia menyerahkan sampul berwarna putih kepada ku. Aku menyambutnya. Tebalnya. Mesti banyak.

"Thanks..." balasku pendek. Entah kenapa aku tak gembira.

Aku terus melangkah ke bilik. Air mata menitis lagi. Tapi cepat cepat aku seka. Tak mahu dilihat oleh Mike. Nanti dikatakan aku perempuan tak sedar diri pula. Kau tu cuma G.R.O je pun.

Hanya Encik Hakim saja yang ada bila aku sampai kembali ke ruang tamu. Bila aku tanya di mana bosnya. Katanya Mike sudah keluar. Ada urusan penting. Tak apa lah, ada rezeki boleh jumpa lagi. Aku ke dapur untuk bersalam dengan Mak Yah. Tubuhnya ku peluk kejap. Ku ucapkan terima kasih di atas layanannya. Aku terus keluar dari rumah itu. Encik Hakim mengikutku dari belakang.

Seperti semalam, Encik Hakim hanya berdiam diri sepanjang perjalanan. Terasa boring pulak. Aku memandang wajahnya lama. Encik Hakim ni hensem orangnya. Aku akui, dia lebih hensem dari Mike.

"Kenapa Cik Lia tenung saya lama sangat?" Soal Encik Hakim tiba-tiba. Aku tersipu malu. Kantoi pulak.

"Ala Encik Hakim, bercik-cik plak dengan saya. Layakkah saya dipanggil cik. Saya ni pompuan kotor lagi hina." Kataku.

"Kita berdua bekerja di bawah Tuan Mike, jadi macam tak sesuai pulak kita sampai nak panggil mesra mesra." Balas Encik Hakim. Amboi.... bukan aku suruh kau panggil aku sayang manja pun.

"Oh ya Encik Hakim, bos awak tu kerja apa? Saya ni dah scan satu badan dia, tapi nama dia pun saya tak tahu. Mike je ke?" Soal ku pula.

"Yang itu, Cik Lia tanya sendiri. Maaf saya tak dapat menjawab."

Penuh rahsia betul Encik Hakim ni. Entah-entah Mike ni buat kerja haram kot? Jual dadah ke? Aku tersenyum sorang. Sendiri buat kerja haram, tak pulak dia persoalkan.

Kemudian kami kembali membisu. Hanya suara radio saja yang berkumandang. Sampai saja di bawah apartment ku, Big Boy sudah menunggu di sebelah lif. Takut sangat aku nak lari. Niat tu ada, tapi belum sampai masa lagi. Sebelum turun, aku membuka handbag ku. Sampul putih yang Mike berikan aku ambil.

"Encik Hakim boleh tolong saya? Tolong simpankan duit ni."

"Eh, apa ni? Saya tak boleh. Cik Lia simpanlah." Encik Hakim menolak kembali sampul itu.

"Tolonglah Encik Hakim. Kalau saya bawak balik, tentu Mummy akan amik. Kami disini tak dibenarkan pegang duit sendiri. Apatah lagi banyak macam ni. Saya percayakan awak. Tapi kalau awak terguna pun, saya tak marah. Kiranya bukan rezeki saya." Pujuk ku lagi.

Aku terus menyelitkan sampul itu di tepi pehanya. Lantas aku cepat-cepat keluar dari kereta. Tolong saya Encik Hakim. Bisik ku dalam hati. Aku melambai ke arahnya. Tanpa sedari, Big Boy sudah berada disebelahku. Lenganku di pegang agak kuat. Dan dia terus menarik ku supaya mengikutinya.



G.R.OWhere stories live. Discover now