O N E ✿

4.7K 293 82
                                    

"Jeon Jungkook!! Bangun dan ke sini sekarang!," jeritan Cikgu Jihyo sesungguhnya menyentakkannya yang sedang seronok ketawa sambil bermain jentik dahi bersama Taehyung dan Jimin. Dia memandang wajah Cikgu Jihyo yang sudah menyinga itu. Alamek. Apa kena pula cikgu ni. Getus hati fetusnya.

Perlahan dia membuka langkah menuju ke hadapan kelas 5-A2 itu. Sengihan tiba-tiba terbentuk pada bibirnya sebaik sahaja tiba di depan Cikgu Jihyo. "Cikgu Jihyo, saya sudah berada di dalam hati cikgu sekarang ini. Ciaa ciaa ciaaaaaa ," tawa Jungkook sambil mengenyitkan matanya pada Cikgu Jihyo.

Taehyung dan Jimin sama-sama sudah terbahak mendengar pickup-line yang Jungkook katakan sebentar tadi. Begitu juga dengan rakan sekelas yang lain.

Namun, tidak pada seorang pelajar perempuan yang hanya menggelengkan kepalanya dan mengeluh menyampah. "Entah apa-apa ," kata Byul perlahan.

Namun masih dapat didengari oleh dua sahabat baiknya, Yujin dan Seulhwa. Kedua-dua gadis itu ketawa kecil. "Cakap jelah yang kau melting. Jangan berdalih lagi," kata Seulhwa sambil ketawa.

Byul memandang wajah Seulhwa dengan wajah yang sudah berkerut. Kemudian dia memandang Yujin yang menutup mulut menahan tawa. Dia mengeluh kecil. "Tak ada masalah! ," rungut Byul.

Pandangannya kembali beralih kepada Jungkook dan Cikgu Jihyo. Tidak suka pun tapi dia mahu tahu juga apa yang Jungkook telah buat sampai Cikgu Jihyo kelihatan sebegitu marah.

"Encik Jeon! Tak ada masa nak melawak okay!," Jungkook mencebik apabila Cikgu Jihyo berkata begitu. Cikgu Jihyo melepaskan keluhan berat. Buku latihan karangan bahasa milik Jungkook yang berada di atas meja guru, dicapai. Diselak satu per satu muka surat yang sepatutnya ditunjukkan pada Jungkook. Sempat dia mengerling pada Jungkook yang masih tersengih dengan gigi arnabnya.

"Ini ," Cikgu Jihyo menyerahkan buku latihan karangan bahasa milik Jungkook itu sebelum mengeluh berat dan mengurut dahinya. Jungkook membaca isi karangan yang ditulisnya. Kedengaran tawa kecil pada mulutnya. Ya Ampun budak ini. Desis hati Cikgu Jihyo. "Baca tajuk karangan yang tu kuat-kuat ," arah Cikgu Jihyo tegas. Dadanya diurut-urut supaya kemarahannya dapat diredakan.

Jungkook menurut tanpa banyak rungutan. "Cita-Cita dan Moto Hidup saya!," laung Jungkook bersemangat dan ceria. Jungkook memandang ke arah Byul dengan kenyitan matanya. Byul berdecit kecil lalu memberi jelingan maut kepada Jungkook, membuatkan jejaka itu ketawa kecil.

Jungkook kembali memandang Cikgu Jihyo yang masih mengurut dadanya. "Kamu fahamkan tajuknya? ," soal Cikgu Jihyo tenang. Kemarahannya bila-bila masa sahaja bakal meletus tapi... Sabar, Jihyo. Sabar. Budak-budak. Biasalah. Pujuk hatinya.

Dengan bersemangatnya, Jungkook mengangguk faham. "Faham sangat, cikgu! ," kata Jungkook diakhiri dengan sengihannya.

Cikgu Jihyo mengangkat kepalanya memandang Jungkook. "Faham, ya?," soal Cikgu Jihyo sinis. Okay, guys. Sediakan apa-apa untuk keselamatan korang! "Jeon Jungkook! Faham apa kalau macam tu!? Karangan apa yang kamu buat tu? Kalau bab merepeklah, bagi aje pada kamu! Kamu ni biar betul!? Cita-cita dan moto hidup ke tu!? ," marah Cikgu Jihyo. Jungkook terpinga-pinga. Lah. Apa salah dia?

"Betullah apa yang saya buat ni, Cikgu. Apa yang salahnya? ," soalan Jungkook itu sememangnya cukup bongok dan membuatkan Cikgu Jihyo bengang.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now