SPECIAL CHAPTER 01

6.1K 305 9
                                    

Tangannya meraba-raba mencari sesuatu. Atau lebih tepat seseorang. Matanya yang terpejam menyukarkan pencariannya. Kosong. Dia mengeluh lemah. Matanya dibuka. 'Not again!' desis hatinya. Dia bangun dari perbaringan. Badannya diregangkan. Pandangannya jatuh pada katil yang kosong itu.

Selimut diselak. Bilik air dituju. Baekhyun melihat wajah di cermin. Sembap dan tidak bermaya. Sudah dua minggu perkara ini berlaku. Apabila dia bangkit sahaja dari tidur, Ga In tiada disisinya. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Perkahwinannya kini tiba-tiba menjadi hambar.

Salah siapakah? Dia sendiri tidak pasti. Cuma mereka tidak lagi mesra dan intim seperti dahulu. Selesai membersihkan diri, Baekhyun turun ke dapur. Makanan telah siap dihidang oleh Ga In. Baekhyun tersenyum.

Walaupun perhubungan mereka kini hambar, Ga In tidak pernah lupa makan pakainya. Cuma orangnya sahaja tidak kelihatan selalu. Keluar pada awal pagi dan balik apabila sudah larut malam. Hendak bersua memang jarang sekali. Disebabkan itu, hubungan intim mereka pun sudah lama tidak dilakukan. Hmm... sudah sebulankah mereka tidak melakukannya?

Baekhyun duduk mengambil tempatnya. Makan bersendiri agak perit baginya. Keseorangan menjamah makanan di dalam banglo yang besar itu. Dia mengeluh lagi. Kenapa dengan isterinya itu?
Chopstick di tangan diletakkan. Dia perlu berbuat sesuatu. Baekhyun bingkas mengemas meja makan itu dan berlari naik ke bilik. Setelah selesai bersiap, kunci kereta di meja diambil. Dia menghantar mesej kepada seseorang sebelum masuk ke dalam kereta.

**

"Aku tak tahu."

"Tiba-tiba je dia jadi macam tu. Salah apa aku dah buat pada dia pun aku tak tahu la."

Manusia di depan Baekhyun itu menjadi pendengar sahaja dari tadi. Jus oren di meja dikacau malas.

"Kau dengar tak ni?" tegur Baekhyun apabila luahannya seperti tidak diendahkan oleh manusia tersebut. Manusia di depannya itu mengangguk.

"Dengar. Aku nak kau luahkan segalanya sebab tu aku diam," balas manusia di depan Baekhyun itu. Baekhyun menarik rambutnya. Salahkah kalau dia meminta pendapat pada manusia di depannya itu?

Bunyi telefon bimbit mengganggu perbualan mereka. Sempat Baekhyun menjeling nama manusia yang menelefon itu. Hmm... barangkali nama yang sama orang yang berbeza. Manusia di depannya itu teragak-agak untuk menjawab.

Baekhyun mengalihkan pandangannya memberikan sedikit privasi apabila panggilan telefon itu dijawab. Walaupun di dalam hatinya sudah berdebar maha hebat!

"Okay, Baekhyun. Aku ada hal. See you later," manusia itu pantas bangun meninggalkan Baekhyun keseorangan di kafe tersebut.

"Yah, Park Jimin!"

Baekhyun menggelengkan kepalanya. Dia sudah mula rasa tindakannya bercerita tentang masalah rumah tangganya pada Jimin itu satu kesilapan. Dia berasa was-was dengan Jimin.

Yes, Park Jimin. Lelaki yang ditumbuknya setahun yang lepas akibat sesuka hati memperlakukan isterinya seperti hak sendiri. Dan ya juga, mereka kini menjadi teman baik setelah beberapa minggu selepas kejadian itu berlaku Jimin datang menghulurkan kemaafan. Baekhyun mengeluh untuk kesekian kalinya. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi.

**

"Dah 2 minggu. Saya tak tahu nak buat apa dah Jimin-ah. Ottokhae?" suara cemas Ga In kedengaran dari luar bilik. Baekhyun yang ingin masuk ke dalam bilik tidak jadi meneruskan niatnya.

'2 minggu?'

'Jimin?'

Baekhyun memasang telinga. Matanya tajam merenung Ga In yang sedang leka bercakap di telefon itu.

"Kalau Baekhyun tahu habislah kita. Saya tak kira, awak kena bertanggungjawab," tegas Ga In. Talian dimatikan. Ga In mengurut kepalanya. Sesekali perutnya diusap.

'Bertanggungjawab?'

Tiba-tiba, Ga In berlari ke bilik air. Bunyi Ga In memuntahkan isi perutnya kedengaran kuat di telinga Baekhyun.

"Apa semua ni?"

Kepala Baekhyun bingung. Jangan cakap yang isterinya...

MY HUSBAND IS MR BLIND [C]Where stories live. Discover now