10

9.8K 624 27
                                    

Baekhyun mengerutkan mukanya. "Saya nak... bwekkk!" belum sempat kata-katanya habis, Baekhyun telah termuntah di atas katil itu. Malang sekali bagi Ga In kerana Baekhyun muntah betul-betul dibajunya. Ga In mengusap-usap perlahan belakang Baekhyun.

"Kalau rasa nak muntah lagi, muntahlah," kata Ga In sambil menadahkan tangannya ke mulut Baekhyun. Tanpa perlu menunggu dengan lama, Baekhyun terus memuntahkan isi perutnya. Ga In terus mengusap-usap belakang Baekhyun dan juga tengkuk Baekhyun.

Setelah beberapa minit, Baekhyun akhirnya berasa sedikit lega. Dia tersandar kepenatan di kepala katil. Ga In bangun sambil membawa comforter yang dipenuhi dengan muntah itu ke bilik air. Dia membasuh tangannya kemudian. Dia keluar dari bilik air itu dan menuju ke Baekhyun.

"Jom, saya bersihkan awak," kata Ga In apabila melihat keadaan Baekhyun yang penuh dengan muntah itu. Baekhyun hanya mengangguk. Dia sendiri tidak tahan dengan bau muntahnya. Ga In membantu Baekhyun masuk ke dalam bilik air. Di dudukkan Baekhyun di atas bangku mamar itu.

"Awak tunggu sini kejap," kata Ga In. Ga In keluar dari bilik air tersebut. Dia mengemas katil Baekhyun yang terkena muntah itu. Ditukarkan katil tersebut dengan comforter yang baru. Lantai marmar itu pula dilapnya kerana ada sisa muntah Baekhyun.

Ga In menyembur penyembur wangian pada bilik itu untuk menghilangkan bau muntah Baekhyun. Tingkap bilik Baekhyun dibukanya luas. Setelah selesai semuanya, dia masuk semula ke dalam bilik air. Dilihatnya Baekhyun sudah tersandar pada dinding bilik air tersebut.

Ga In menghampiri Baekhyun. Di tanggalkannya t-shirt yang dipakai oleh Baekhyun itu. Dia teragak-agak sama ada hendak menanggalkan tidak seluar panjang Baekhyun itu. Dengan selamba, dia menanggalkan saja seluar Baekhyun itu dengan hanya meninggalkan Baekhyun dengan boxernya.

Baekhyun tidak dapat memprotes. Dia sudah terlalu lemah. Ga In membasahkan badan Baekhyun dan juga rambutnya. Kemudian, dia mengambil syampu dan menggosok perlahan ke rambut Baekhyun. Dia perasan muka Baekhyun yang berkerut itu. Baru dia sedar, dia tidak membasuh lagi muntah yang ada pada bajunya.

Perbuatannya terhenti menggosok rambut Baekhyun. Tangannya mencapai hujung baju yang dipakainya. Dengan pantas, baju tersebut ditanggalkannya dan dicampak ke tepi. Seluar yang dipakainya juga dibuka kerana masih ada sisa muntah Baekhyun. Ga In kini hanya berpakaian dalam.

Ga In sebenarnya tidak berapa risau berada dalam keadaan begitu. Dia tahu Baekhyun buta dan tidak akan nampak dirinya. Ga In tidak sedar yang Baekhyun menahan geram dirinya dari melakukan sesuatu kepada Ga In. Walaupun dia tidak sihat, dia tetap seorang lelaki. Lelaki yang mempunyai nafsu.

Tangan Ga In menyabunkan badan Baekhyun pula. Selepas selesai, dia mengelap badan Baekhyun yang basah itu dan membalut tuala di sekeliling pinggang Baekhyun. Ga In mencapai lagi sehelai tuala dan membalutkan ditubuhnya pula. Ga In membawa Baekhyun keluar dari bilik air dan di dudukkannya di atas katil.

Ga In membuka almari pakaian Baekhyun dan mengeluarkan pakaian untuk dipakai oleh Baekhyun. Dia ingin menolong Baekhyun memakaikan pakaian tetapi pantas ditegah Baekhyun. "Aku boleh buat sendiri. Kau pergilah bersihkan apa yang patut," kata Baekhyun.

Sebenarnya, Baekhyun tidak tahan melihat Ga In yang hanya berkemban itu. Ketika dalam bilik air tadi, beberapa kali tubuh kecil Ga In itu bergesel pada tubuhnya. Dia tidak mahu kali ini terjadi apa-apa pula. "Nei..." sepatah Ga In menjawab dan keluar dari bilik Baekhyun itu.

Baekhyun menyarung pakaian ke tubuhnya. Kemudian, dia mengelap kering rambutnya yang agak basah itu. Dia berasa sedikit lega berbanding tadi. Dia membaringkan dirinya di atas katil. Kejadian tadi kembali bermain dimindanya.

Ga In sedikit pun tidak menunjukkan reaksi loya ataupun pun menutup hidungnya ketika membantu dirinya. Bahkan, lagi disuruh muntah ke dirinya jika tidak tahan. Baekhyun berasa terharu dengan layanan Ga In. Tiada sebarang rungutan yang keluar dari mulut Ga In. Hanya tangannya saja lincah membuat kerja.

Ga In masuk ke dalam bilik Baekhyun semula selepas selesai mandi. Rambut Ga In yang basah itu dilap oleh Ga In dengan tuala kecil. Baekhyun memerhatikan saja tingkah laku Ga In itu. Dia cepat-cepat menutup mukanya dengan comforter tidak mahu melihat Ga In. Apa saja yang perbuatan Ga In, dirasakannya sangat bahaya buat dirinya.

Ga In menyelesaikan semua kerjanya yang tertangguh tadi. Setelah selesai, dia menghampiri Baekhyun. Dirabanya kepala Baekhyun lagi. Sudah sedikit kurang panasnya. Dia duduk di atas katil tersebut. Ga In merenung sayang wajah Baekhyun yang terpejam rapat matanya.

Ga In mencapai tangan Baekhyun. Diusap-usapnya lembut. Kemudian, dibawa tangan Baekhyun ke pipinya. Dia mencium perlahan jari Baekhyun yang panjang itu. "Semoga awak cepat sembuh," kata Ga In perlahan. Dia mendekatkan dirinya pada muka Baekhyun.

Dia mencium lembut dahi Baekhyun. Agak lama. Kemudian, di kedua-dua belah pipi Baekhyun dan juga dagu Baekhyun. Sampai saja di bahagian bibir Baekhyun, dia berhenti. Ga In mengeluh.

Ketika Baekhyun tidak sedar ini saja dia berani untuk melakukan perkara itu. Tetapi, untuk mencium bibir Baekhyun walaupun dalam keadaan dia tidak sedar, Ga In tidak mampu.

"I love you," bisik Ga In perlahan ke telinga Baekhyun. Hanya itu mampu dilakukannya. Dia bingkas bangun dan menarik rapat comforter itu pada diri Baekhyun. Perlahan dia menutup pintu bilik Baekhyun dan bergerak ke biliknya.

Baekhyun membuka perlahan matanya. Ciuman yang diberikan oleh Ga In masih hangat dirasakannya. Kata-kata terakhir Ga In, menyebabkan jantungnya tiba-tiba bergetar. Dia meraba dadanya. Can you feel my heartbeat?

Baekhyun sedar. Dia sekarang berada dalam keadaan bahaya. Sangat bahaya! Hatinya mula terbuka pada seorang perempuan. Perempuan yang bernama Park Ga In. Isterinya sendiri.

MY HUSBAND IS MR BLIND [C]Where stories live. Discover now