06

9.8K 587 51
                                    

Ga In duduk mengelamun memikirkan suaminya. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang aneh pada diri Baekhyun. Dia sendiri tidak tahu apa. Woman instinct. Bunyi pintu dibuka mematikan lamunan Ga In pada suaminya. 'Customer,' bisik hatinya. Ga In bingkas bangun dan menuju ke customernya.

"Yes, can I help you?" sapa Ga In ramah. Berdiri dihadapannya seorang perempuan cantik bersama seorang lelaki. Pasangan kekasih agaknya. "You tengok dulu. I nak jawab call ni," kata si lelaki. Si perempuan hanya mengangguk dan bergerak ke rak pakaian.

"Hmm, any latest design?" tanya perempuan tersebut. Ga In mengangguk dan menunjukkan sederet rak pakaian yang baru sampai. Perempuan tersebut berlalu ke rak tersebut. Ga In mengikut perempuan tersebut. Perempuan tersebut mengambil beberapa helai baju dan dilontarkannya kepada Ga In.

'Biadap betul! Nasib baik kau customer. Kalau tak...' Ga In menahan geram. "I want to try this all," kata perempuan tersebut menunjukkan baju yang berada di tangan Ga In. Ga In mengangguk dan menunjukkan bilik persalinan. Dia masih lagi memberikan senyuman yang manis kepada perempuan itu.

Ga In menarik nafas lega apabila perempuan tersebut sudah masuk ke bilik persalinan. Paling kurang dia tidak perlu melayan perangai biadab perempuan tersebut untuk beberapa minit. Ga In kembali ke rak pakaian tersebut. Dia menyusun semula beberapa helai baju yang berselerakan disitu disebabkan perempuan tadi.

"Hai," sapa satu suara dari dibelakang. Ga In terhenti kerjanya apabila satu nafas hangat terasa di lehernya. Perlahan-lahan dia berpusing. Lelaki tadi. Lelaki yang datang dengan perempuan biadap itu. Sudah selesai agaknya dia menjawab telefon.

Ga In meneruskan kerjanya. Dia menghiraukan lelaki tersebut. "Hey, I'm talking to you my dear," kata lelaki tersebut dan mendekati dirinya. Bau haruman lelaki tersebut menusuk ke hidung Ga In. Baunya agak lembut dan menenangkan. Ga In agak suka tetapi pantas ditangkisnya.

Ga In pergi ke rak yang lain. Dia tidak mahu mencari pasal. Nanti ternampak pula akan girlfriend lelaki tersebut boleh jadi drama swasta dibuatnya. Maklumlah dengan perangai biadap perempuan tersebut sahaja dia boleh mengagak betapa penuh dramanya nanti.

Lelaki itu menghampiri Ga In. "Are you playing hard to get?" kata lelaki tersebut sambil memberikan senyuman manis. Tidak dinafikan lelaki tersebut sememangnya seorang yang agak good looking. Dengan senyumannya sahaja boleh mencairkan hati ramai wanita.

Ga In memerhatikan wajah lelaki tersebut. Mukanya agak comel. Jika dibandingkan dengan badannya yang agak sasa itu macam tidak sesuai sahaja. Lelaki itu masih tersenyum. Ga In bergerak ke kaunter pula dan lelaki itu masih mengikutnya.

"So... you are really playing hard to get," kata lelaki tersebut tersenyum nipis. Ga In menjeling lelaki tersebut. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana lelaki tanpa sebarang urusan penting memandangkan dia sudah berkahwin. Jika dia tidak berkahwin sekalipun, dia tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan mana-mana lelaki mendekati dirinya.

"You know what? It's kind of thrilling to me," bisik lelaki tersebut menggoda di telinga Ga In. Ga In menjauhi lelaki tersebut. Ingin sahaja dia memaki lelaki dihadapannya itu. Tetapi memandangkan dia sedang bekerja di butik milik kawannya, dia hanya berdiamkan diri. Dia tidak mahu menyusahkan kawannya dengan masalah yang akan timbul nanti. Dia hanya membuat muka marah.

"By the way, my name is Jimin. Park Jimin," kata lelaki tersebut memperkenalkan diri. "And you look so beautiful when getting angry. It's getting me turn on by only looking at your expression," kata Jimin tersenyum nakal.

Ga In mula membuat muka meluat. "Mr Park, can you mind your manners? I don't like it!" kata Ga In bengang. Jimin hanya tergelak kecil. Dia agak suka mengusik perempuan di hadapannya itu. Satu experience yang baru baginya.

Perempuan di hadapannya itu tidak seperti perempuan yang dia kenal sebelum ini. Agak berbeza. Agak berlainan. Perempuan tersebut tidak mudah jatuh hati melihat ketampanan wajahnya. Itu agak mencabar kelelakiannya.

"Okay okay," kata Jimin mengangkat tangan tanda menyerah. "I just want to know your name," kata Jimin masih lagi tersenyum. "Ga In," sepatah Ga In menjawab. Jimin mengangguk. "Hmm... your full name, please?" tanya Jimin masih tidak berpuas hati.

Ga In mengeluh. "Byu... Park. Park Ga In," dia sendiri tidak tahu kenapa dia masih menggunakan nama keluarganya. Mungkin dia belum bersedia untuk menggalas nama keluarga Baekhyun semenjak peristiwa Baekhyun tahu akan identiti dirinya. Lagipun Baekhyun sudah mengingatkan Ga In yang dia tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan dirinya meskipun mereka masih suami isteri.

Jimin agak terkejut. "Are you sure your last name is Park?" tanya Jimin mengerutkan dahinya. 'Eh, dia tahu ke aku dah berkahwin?' monolog Ga In. Ga In menggigit bibirnya. "Not because you had fallen for me and change your last name?" kata Jimin nakal. Barulah Ga In faham. Dia sendiri pun tidak sedar nama keluarga mereka yang sama itu. Ga In ketawa kecil dan tersenyum manis ke Jimin.

Jimin agak terpesona melihat wajah Ga In. 'I guess, it's me who had fallen for you,' kata Jimin di dalam hati. "Oppa!" kata satu suara. Jimin yang hendak meneruskan sesi menggoda Ga In terbantut hasratnya. Dia berpusing ke arah suara itu. Jimin mengeluh kecil.

"I want all of this," kata perempuan tersebut tersenyum riang sambil menunjukkan lima helai baju di depan Jimin. Jimin hanya menggelengkan kepalanya. "Anything for you, Naeun-ah," kata Jimin dan mengeluarkan kad kreditnya. Perempuan yang bernama Naeun itu tersenyum puas hati.

"Gomawo, oppa!" kata Naeun dan mencium pipi Jimin. Ga In yang melihat hanya tersenyum meluat. 'Dasar playboy!' getus Ga In sambil meletakkan baju-baju tersebut ke dalam beg kertas. Selepas selesai membayar harga baju tersebut, Naeun keluar dari butik itu tanpa menunggu Jimin dengan beg kertas ditangannya.

"See you next time, Ga In-sshi," kata Jimin mengenyitkan matanya ke Ga In dan berlalu keluar dari butik tersebut. Sempat lagi dia mengenakan rayban hitamnya. Ga In hanya menjelirkan lidahnya.

MY HUSBAND IS MR BLIND [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora