05

9.8K 631 4
                                    

Baekhyun menghulurkan tangannya. Tangannya pantas mengambil tongkat yang berada di belakang Ga In. Setelah mencapainya, dia bingkas bangun dan berpura-pura meraba mencari jalan ke tingkat atas. Dia perlu segera beredar dari situ. He have to release his needs.

Ga In yang merasa akan kehilangan Baekhyun membuka perlahan matanya. Mukanya sudah merah padam menahan malu. Dia bangun dari perbaringan dan memegang dadanya. Jantungnya berdegup hebat! Dia memandang ke arah tangga sambil mengipas mukanya yang terasa hangat.

'Berhentilah. Kau tak penat ke?' kata Ga In ke jantungnya yang makin hebat berdegup kencang. Dia bangun dan masuk ke biliknya. Kedua-dua mereka tidak dapat melelapkan mata terutama sekali Baekhyun!

**

Bunyi ketukan di pintu mengganggu tidur Baekhyun. Dia menarik comforter menutupi kepalanya. Terdengar lagi bunyi ketukan di pintu. Baekhyun mendengus marah. Diabaikannya sahaja bunyi itu. Tidak berapa lama kemudian, bunyi pintu dipulas kedengaran. Ga In masuk ke dalam bilik Baekhyun perlahan-lahan.

Dia menghampiri katil Baekhyun. Ga In dapat melihat Baekhyun yang sedang lena berselubung dengan comforter. Dia mengerakkan sedikit bahu Baekhyun.

"Baekhyun... bangun. Saya dah siapkan sarapan," kata Ga In. Masih tiada balasan. Kali ini Ga In menarik comforter Baekhyun pula. Baekhyun yang lena tidur membelakangkan Ga In, tidak memberikan sebarang respons.

Ga In sudah berputus asa. Jika dikejutnya Baekhyun lagi sekali kali ini, mesti dirinya akan dihambur oleh Baekhyun. Jadi, sebelum perkara itu terjadi lebih baik dia beredar sahaja. Baru sahaja setapak dia melangkah, tangan kirinya dicapai oleh Baekhyun. Dia berpusing dan ingin menepis.

Belum sempat dia ingin berbuat demikian, Baekhyun telah menarik dirinya ke dakapan Baekhyun. Dia terjatuh di atas Baekhyun. Dia ingin bangun tetapi Baekhyun mengeratkan lagi pelukannya. Ga In hanya membiarkan sahaja dirinya di dalam dakapan Baekhyun. Matanya memandang ke wajah Baekhyun.

Baekhyun yang matanya masih terpejam rapat. Dia tersenyum kecil. Tiba-tiba dia merasakan tangan Baekhyun makin menjalar jauh dari pinggangnya. Dia ternampak senyuman nakal Baekhyun. Pantas dirinya menampar kuat tangan Baekhyun dan bangun dari katil tersebut. Baekhyun mengaduh sakit.

"Hey!" marah Baekhyun dan terus duduk dari perbaringannya. "Sarapan dah siap. Pandai-pandailah awak turun makan nanti," kata Ga In keluar dari bilik Baekhyun dan terus ke biliknya. Baekhyun memandang tangannya yang sedikit merah akibat ditampar Ga In. Dia tergelak kecil.

"Baru pegang sikit dah tampar aku. Belum buat apa-apa lagi," kata Baekhyun sambil memegang kepalanya yang agak pening itu. Dia tidur lambat semalam. Memikirkan Ga In. Bibirnya mengukir senyuman nakal. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

**

Baekhyun turun ke ruang tamu selepas selesai mandi. Dia mencari bayang isterinya. Tiada. Dia pergi ke meja makan. Terdapat sarapan yang telah disediakan oleh isterinya. Dia duduk di meja tersebut dan menikmati sarapan yang disediakan oleh Ga In.

Selepas makan, dia ke ruang tamu dan menonton tv. Di kepalanya sedang sibuk memikirkan sesuatu. Perlukah dia berterus terang kepada Ga In tentang matanya yang semakin sembuh itu? Atau patut dibiarkannya sahaja dulu?

Baekhyun memegang dadanya. "Aku suka dia ke?" tanya Baekhyun kepada dirinya. Tetapi, apabila dia teringat balik tentang perbuatan Ga In yang menyebabkan dirinya buta, perasaan itu pantas ditepis.

'Aku takkan jatuh cinta dengan kau! Seperti yang aku janji dulu, aku akan buat kau menyesal kahwin dengan aku,' monolog Baekhyun di dalam hatinya. Azamnya ditetapkan. Pelbagai rancangan diatur di dalam kepalanya. Dia tersenyum jahat.

MY HUSBAND IS MR BLIND [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu