14

10.3K 618 29
                                    

Baekhyun POV

Baekhyun meraup kasar mukanya. Dia tersandar di dinding dan melorot jatuh ke lantai. Dia meramas kasar rambutnya. Kejadian tadi bermain semula di mindanya. Asalnya dia hanya ingin mengusik Ga In. Tetapi, tidak disangka pula usikannya tadi membuatkan dirinya pula yang tergugat.

Tiba-tiba dia tidak dapat mengawal nafsunya. Mujurlah tangisan Ga In menyebabkan perbuatannya terhenti disitu. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan Ga In nanti. Perasaan dendam yang dulunya membara di dalam hati Baekhyun kini kian pudar.

Hatinya kuat ingin memiliki Ga In, isterinya sendiri. Tetapi, dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Permulaan kisah mereka tidak begitu baik. Baekhyun meramas kasar rambutnya lagi. Dia kini mengeluh.

Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan Baekhyun mengangkat mukanya. Matanya tertumpu pada Ga In yang lengkap berpakaian itu. Ga In merenungnya dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan.

Baekhyun mengalihkan pandangannya dari melihat mata Ga In. Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu biliknya. "I'm sorry. Again..." kata Baekhyun seperti berbisik dan masuk ke dalam biliknya. Sempat dia mengerling Ga In sebelum menutup pintu.

"I think I really have fallen for you," bisik Baekhyun pada dirinya sendiri.

**

Ga In duduk keseorangan di kafe. Dia mengacau malas latte yang dipesannya. Seperti Baekhyun, dia juga memikirkan kejadian semalam. Hatinya berdegup kencang memikirkan Baekhyun. Kejadian semalam bermain semula dimindanya.

Anak mata hitam pekat Baekhyun telah menunjukkan segala-galanya semalam. Baekhyun sangat menginginkannya. Cara Baekhyun yang menyentuh lembut dirinya, membuatkan dia sendiri agak terkejut.

Sungguh dia tidak menyangka Baekhyun akan seperti itu. Sangkaannya sama sekali meleset. Ga In seperti dapat merasakan kasih dan sayang Baekhyun pada dirinya. Tipulah jika dia kata dia sedikit pun tidak suka disentuh sebegitu oleh Baekhyun. Dia juga wanita. Turut sama mempunyai nafsu seksual.

Tetapi, dalam keadaan keterpaksaan itu mana mungkin dia suka diperlakukan sebegitu. Disebabkan itulah air matanya tidak henti-henti mengalir semalam. Itu bukan apa yang dimahukannya. Tangisannya telah membuatkan Baekhyun berhenti melakukan perkara tersebut.

"Look who I found here," kata satu suara. Lamunan Ga In mati begitu sahaja mendengar suara yang dia kenali. Ga In mengangkat mukanya. Dia lagi... getus hatinya. Ga In bingkas bangun.

"Asal nampak saya je mesti awak nak lari kan diri. Kenapa eh?" kata Jimin dan menarik lengan Ga In agak kuat sehingga Ga In berada di dalam dakapan Jimin. Jimin pantas memeluk erat pinggang Ga In tidak mahu Ga In lari dari dirinya.

"Lepaslah," kata Ga In sambil meronta. Mujurlah Ga In memilih tempat yang agak tersorok sikit. Kalau tidak malu dirinya apabila dipeluk sebegitu di hadapan khalayak ramai. Jimin merenung wajah Ga In yang kemerah-merahan itu. 'Comelnya...' sempat lagi hati Jimin berkata.

"Jimin-ah, tolonglah. Jangan buat macam ni." Ga In sudah mula memanggil Jimin tanpa panggilan 'sshi' dihujungnya kerana Jimin mendesaknya untuk menyebut sebegitu. Jimin suka mendengar suara Ga In yang sedang merayu itu. Suara itu ibarat melodi terindah buat dirinya.

Tiba-tiba, pelukan erat dipinggang Ga In terlerai. Ga In ternampak Jimin sudah terduduk memegang mukanya. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Riak terkejut jelas terserlah di wajah Ga In.

"Don't you ever dare touch her like that again," kata satu suara memberi amaran. Terdengar getaran amarah di setiap kata-kata yang keluar dari tuan punya suara itu. "Kau ni siapa? Suka hati je tumbuk aku!" kata Jimin mengelap bibirnya yang sedikit berdarah itu.

"Ba—Baekhyun..." kata Ga In perlahan. Ga In takut apabila melihat muka Baekhyun yang agak bengis itu. Turun naik dada Baekhyun menahan marah. "Aku siapa kau tanya? Kau tu yang siapa!" tengking Baekhyun. Dia sudah tidak dapat mengawal marahnya.

Lelaki dihadapannya kini sudah keterlaluan. Tidak cukup mencium pipi isterinya, sekarang sudah sewenang-wenangnya memeluk isterinya di tempat umum. Tidak tahulah apa yang sudah dilakukan lagi lelaki tersebut dibelakangnya pula.

"I'm her boyfriend."

Kata-kata berani mati Jimin menambahkan lagi amarah di hati Baekhyun. Senyuman sinis yang dilemparkan oleh Jimin pada Baekhyun lagi mengeruhkan keadaan. Ga In sudah dapat merasa bahang api Baekhyun yang bila-bila sahaja akan meletus itu. Dia menarik perit nafasnya.

"Ohh... her boyfriend." Baekhyun berjeda seketika. Tangan Ga In dipegang erat.

"Kau tu pula siapa?" Jimin bertanya tidak puas hati. Pandangannya jatuh pada tangan Ga In yang berlingkar erat dengan Baekhyun. Perasaan tidak suka kembali menguasai. Baekhyun tergelak kecil. Senyuman sinis kembali dilemparkan pada Jimin.

"If you are her 'boyfriend', then I'm her husband."

"For your information, Jimin-sshi... aku ni suami dia!"

MY HUSBAND IS MR BLIND [C]Where stories live. Discover now