04

10.2K 603 37
                                    

"Ah—Baekhyun!" Ga In kelu berbicara. Matanya tidak lepas memandang Baekhyun. Rasa tidak selesa kerana bola mata Baekhyun asyik merenung ke tubuhnya. Terus padam api kemarahan Baekhyun apabila matanya tertacap pada Ga In yang hanya berkemban tuala sambil mengelap rambutnya yang separa dada itu dengan tuala kecil. Baekhyun sudah terpana tidak bergerak.

"A—aku lapar. Aku nak kau masak," arah Baekhyun yang matanya masih tidak berganjak memandang tubuh Ga In. "Okay," balas Ga In pendek. Tuala yang sudah longgar dan hampir melurut di dadanya itu dibuka lalu diikat kemas semula. Itu pun dilakukan dengan membelakangkan Baekhyun.

Langkah Baekhyun dipanjangkan untuk segera keluar dari bilik Ga In. Tak tertahan rasanya menahan gelodak hati. "Konon membelakangkan aku! Tak sedar cermin depan mata," kata Baekhyun sambil duduk diruang tamu. Ingatannya tidak lepas pada apa yang dilihatnya sebentar tadi.

"Nampak je kecil dia tu. Tapi, aset mantap! Haihhh... naik gila aku dibuatnya," Baekhyun sudah tersenyum sendiri.

Ga In keluar dari biliknya dengan memakai spaghetti straps dress separas paha sendat melekap di tubuhnya. Dia berlalu ke dapur dan membuka pintu peti ais. Dia mengeluarkan barang-barang yang perlu dimasak. Tangannya lincah membuat kerja. Dalam masa satu jam, dia sudah selesai memasak.

Baekhyun mula terbau aroma kari ayam. Perutnya kembali memainkan irama rock kapak.

'Dia ni tak reti panggil aku ke?' Baekhyun mula merungut. Ketukan bertalu-talu di muka pintu bilik mematikan rungutannya.

"Budak ni dah kenapa? Ketuk macam nak pecah pintu tu dibuatnya," kata Baekhyun dah melangkah ke pintu. "Haa—" Baekhyun sudah menelan liur.

'Mentang-mentang dia fikir aku ni buta selamba je pakai seksi-seksi. Karang aku terkam naya je. Dah la tengah lapar ni. Sabar Baek sabar!' Baekhyun geleng kepala memikirkannya.

"Makanan dah siap. Jomlah makan," kata Ga In lembut sambil tersenyum manis. 'Hmmm... geramnya!' lagi sekali Baekhyun menahan geram. Ga In pantas mencapai tangan Baekhyun dan memimpinnya turun ke bawah. Baekhyun agak terkejut.

**

Selesai menikmati makan malam, Baekhyun duduk kekenyangan di ruang tamu manakala Ga In leka di dapur mengemas. "Pandai pulak dia masak. Sedap! Ini memang tak boleh lepaskan ni," kata Baekhyun sendiri. Selesai mengemas Ga In ingin terus ke biliknya tetapi langkahnya terhenti apabila Baekhyun memanggilnya.

"Duduk sini," arah Baekhyun senada sambil menepuk sofa yang didudukinya. Ga In tanpa banyak soal terus duduk disebelah Baekhyun. Matanya dikalihkan ke wajah Baekhyun. Kacak seperti selalu walaupun hari sudah larut malam. Sempat lagi Ga In tersenyum sendiri.

Baekhyun memandang wajah Ga In tidak berkelip. Bermula dari alis kening, turun ke mata, bahagian hidung dan perlahan-lahan matanya melorot ke bibir Ga In yang kemerah-merahan itu. Hati Baekhyun berdegup laju apabila Ga In menjilat bibirnya akibat kering.

"Sedap kau masak," tiba-tiba perkataan itu yang muncul keluar dari mulut Baekhyun. Muka Ga In kemerahan akibat malu dipuji oleh Baekhyun. Baekhyun mendekatkan dirinya pada Ga In. Ga In mula tidak selesa apabila Baekhyun sangat rapat dengan dirinya. Dia mula merasakan deras nafas hangat Baekhyun di lehernya.

Bau haruman yang wangi di tubuh Ga In menggetarkan naluri kelelakian Baekhyun. Baekhyun makin menghampiri. Ga In pula semakin terbaring ke sofa apabila Baekhyun makin menghampiri.

"Ba—Baekhyun..." panggil Ga In perlahan. Suara perlahan Ga In makin menaikkan gelodak hatinya. Tangan Baekhyun sudah ada di paha putih gebu Ga In. Ga In sedikit terkejut dengan tangan sasa yang ada di pahanya itu.

"Hmmm..." jawab Baekhyun yang hanya seinci dari wajah Ga In. Jantung Ga In berdegup pantas. Mukanya terasa membahang apabila nafas hangat Baekhyun mengenai wajahnya. Pantas dia menutup mata.

Baekhyun tersenyum kecil melihat gelagat comel Ga In. Baekhyun tidak kira. Dia akan meneruskan perbuatannya. Perbuatannya yang ingin....

MY HUSBAND IS MR BLIND [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang