09

9.3K 565 3
                                    

Ga In membantu Baekhyun bangun dari perbaringannya. Dia menyandarkan Baekhyun pada kepala katil. Ga In bangun dan pergi ke meja solek yang menempatkan makanan buat Baekhyun yang baru dimasaknya. Dia duduk disebelah Baekhyun. Perlahan-lahan dia mengacau bubur ayam yang panas itu.

"Baekhyun, makan sikit," katanya lembut. Baekhyun memandang lemah ke arah Ga In. Dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak larat untuk berkata-kata. "Makanlah. Nanti awak bertambah sakit. Makan sikit ye," kata Ga In dan menyuakan sesudu bubur ke mulut Baekhyun.

Baekhyun mengalah akhirnya apabila ternampak muka Ga In yang bersungguh-sungguh memujuknya. Dia membuka mulutnya dan bubur itu pantas disuap masuk ke dalam mulut Baekhyun oleh Ga In. Baekhyun menelan perit bubur itu. Tekaknya berasa sakit. 'Sedapnya,' Baekhyun berkata di dalam hati.

Baekhyun tidak mahu memuji Ga In di depannya. Biarlah kejadian tempoh hari, pujian yang terakhir diberikannya pada Ga In. Dia tidak mahu Ga In salah faham dengan pujian yang diberikannya. Lelaki. Ego haruslah tinggi. Tidak begitu?

Ga In meniup perlahan bubur tersebut dan menyuakan lagi ke mulut Baekhyun. Terpancar kasih sayang Ga In buat Baekhyun. Cuma Baekhyun sengaja buat-buat tidak nampak. Maklumlah, dia harus berpura-pura buta. Dia sendiri tidak tahu sampai bila lakonan ini harus diteruskan.

Baekhyun makan dengan penuh berselera. "Nak lagi," kata Baekhyun apabila melihat Ga In tidak lagi menyuakan bubur ke mulutnya. Baekhyun memuncungkan bibirnya ke Ga In. Ga In tergelak kecil. 'Tadi tak nak. Sekarang berselera pula,' getus Ga In.

Baekhyun sendiri tidak tahu. Tetapi apabila bubur itu masuk ke dalam mulutnya, selera makannya tiba-tiba datang. Barangkali kerana ada orang yang menyuapkannya. Ga In menyuapkan lagi bubur itu ke Baekhyun. "Comotnya awak ni makan. Macam budak kecil," kata Ga In sambil ketawa kecil. Dia mengesat bibir Baekhyun yang comot itu dengan ibu jarinya.

Tanpa Ga In sendiri sedari, dia menjilat ibu jarinya yang digunakan untuk mengesat bibir comot Baekhyun. Baekhyun menelan laju liurnya. Perbuatan Ga In dirasakannya agak seksi. Nasib baiklah dia tidak sihat. Kalau tak... Baekhyun tersengih sendirian. Pemikiran byuntaenya datang kembali.

Baekhyun menghabiskan suapan terakhirnya. Habis licin mangkuk itu dibuatnya. Ga In mencapai segelas air suam dan dua biji panadol. Disuakannya ke mulut Baekhyun. Baekhyun membuat muka. Bau ubat itu sahaja sudah meloyakan anak tekak Baekhyun. "Tak nak. Pahit," kata Baekhyun menutup mulutnya. 'Degilnya,' getus Ga In.

Ga In mencapai tangan Baekhyun dan meletak dua biji panadol tersebut ditangan Baekhyun. Baekhyun mengeluh lemah. Sambil menutup mata, dia menelan panadol tersebut dan mengagau mencari air. Ga In menyuakan segelas air itu ke mulut Baekhyun.

"Ughh... pahit betul!" kata Baekhyun sambil lidahnya terjelir menahan pahit ubat tersebut. Ga In hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah Baekhyun yang seperti kebudak-budakkan itu. "Sekarang ni awak tidur ye. Saya nak turun bawah," kata Ga In membantu Baekhyun untuk baring.

Ga In menarik comforter sehingga menutupi dada Baekhyun. Dia mencapai paket Cool Fever dan diletakkannya di dahi Baekhyun. Setelah semua selesai, dia berjalan ke arah pintu bilik tersebut untuk turun. Sempat dia mengerling Baekhyun yang sudah terlena tidak sampai beberapa minit itu. Dia tersenyum sendiri.

"Ahh... lapar la pulak," kata Ga In ketika turun dari tangga. Perutnya sudah bermain irama Growl di dalamnya. Ga In terus ke dapur dan memasak makanan tengah hari. Sengaja dia masak awal makanan tengah hari. Takut tiada masa untuk melakukannya memandangkan dia perlu menjaga Baekhyun yang sakit.

Selepas empat puluh minit, makanan yang dimasak Ga In siap. Ga In terus mencapai pinggan dan menikmati makanannya. Ga In tersenyum kegembiraan menikmati makanannya. Sudah lapar benarlah katakan. Setelah selesai makan, Ga In mengemaskan dapur dan bergerak menuju ke ruang tamu.

Ga In memandang jam di ruang tamu. Hampir dua jam dia meninggalkan Baekhyun. Risau pula jika dibiarkan berlama-lamaan. Dia menaiki tangga dan ingin bergerak terus ke biliknya untuk mengambil telefon bimbitnya.

Tetapi, langkahnya terhenti apabila terdengar suara Baekhyun seperti memanggil dirinya. Ga In bergegas ke bilik Baekhyun. Dia masuk ke dalam bilik Baekhyun dan menghampiri Baekhyun. Dia duduk di atas katil tersebut.

"Awak panggil saya ke?" tanya Ga In memandang muka Baekhyun.

MY HUSBAND IS MR BLIND [C]Where stories live. Discover now