12

9.3K 586 25
                                    

Bunyi enjin kereta mengejutkan Baekhyun dari lenanya. Dia bangun dari sofa empuk itu dan melangkah malas ke arah pintu. Dia mengesat perlahan matanya yang masih mengantuk itu. Tangan kirinya pula menutup mulut yang sedikit ternganga kerana menguap itu.

Baekhyun membuka pintu banglonya. Dari jauh dia nampak kelibat Ga In keluar dari kereta bersama seorang lelaki. Barangkali itu adalah Jimin. 'Boleh tahan,' hati Baekhyun berkata. 'Tetapi masih tidak boleh menandingi aku,' Baekhyun berkata di dalam hati tidak mahu kalah.

Ga In dan Jimin berbual seketika di luar banglo itu. Terpaksalah Baekhyun menunggu untuk beberapa minit lagi. Ingin sahaja dia melangkah keluar dari banglo itu dan menarik Ga In dari Jimin. Tetapi, pantas ditahan dirinya.

Matanya yang agak mengantuk itu membulat apabila ternampak perbuatan Jimin. Jimin telah mencium pipi Ga In. Isterinya sendiri. Walaupun hanya di pipi, tetapi itu memberikan impak besar bagi dirinya. Ga In adalah miliknya dan dia tidak suka miliknya dikongsi orang lain.

Sejak kecil dia telah di didik seperti itu. Lagi menambahkan amarahnya apabila dia dapat melihat reaksi malu dari Ga In yang seperti suka diperlakukan sebegitu. Baekhyun berjalan semula ke sofa dan duduk untuk menenangkan dirinya. Baekhyun memejam erat matanya mengawal amarah.

Bunyi pintu banglo dibuka dari luar menyedarkan dirinya. Dia dapat melihat Ga In yang sedang menutup perlahan pintu banglo tersebut. Dia sedar Ga In tidak perasan akan kewujudannya kerana dia duduk di satu sudut yang agak tersorok. Tambahan pula, hanya lampu kecil sahaja yang dibukanya.

"Tak boleh lagi lambat agaknya kau nak balik," kata Baekhyun sinis. Ga In yang baru sahaja ingin melangkah menaiki tangga ke biliknya terkejut apabila ternampak Baekhyun duduk di atas sofa sambil bersilang tangan di dada. Dia menyangkakan Baekhyun sudah tidur.

Perbuatan spontan Jimin yang mencium pipinya tadi terlintas kembali di mindanya. Perbuatan Jimin itu amat memeranjatkan dirinya. Di dalam hatinya sudah mengucap syukur mujurlah Baekhyun buta. Walaupun sebenarnya dia tidak seharusnya berkata begitu. Tetapi, kalau Baekhyun boleh melihat tidak kah haru jadinya?

Hendak dimarahinya Jimin dia sendiri berasa malu untuk memandang Jimin. Ga In diam membatu tidak tahu untuk berkata apa. "Seronok dapat ciuman dari lelaki lain?" tanya Baekhyun sinis apabila melihat Ga In yang hanya berdiri diam di satu sudut di hujung sofa.

Baekhyun sudah tidah boleh mengawal marahnya lantas telah membocorkan rahsia yang disimpannya untuk membalas dendam. Ga In terkejut mendengar kata-kata Baekhyun.

Bagaimana Baekhyun tahu dia telah dicium oleh lelaki lain sedangkan dia buta? Adakah Baekhyun telah boleh melihat semula? Dia sendiri tidak sedar jika benar Baekhyun boleh melihat semula. Yang pastinya sekarang, Baekhyun telah ternampak kejadian itu tadi.

"Terkejut aku dah boleh nampak?" kata Baekhyun sinis dan bangun dari duduknya. "Aku seorang pun tak cukup ke bagi kau?" kata Baekhyun dan mula melangkah ke arah Ga In. Ga In sudah ke belakang sedikit apabila ternampak renungan Baekhyun yang semacam itu. Hatinya mula berdebar ketakutan.

"Mentang-mentang aku 'buta', sesuka hati kau je keluar dengan lelaki lain dan biarkan diri kau dicium. Jangan-jangan ramai lelaki kau dah tidur di belakang aku," kata Baekhyun dengan ketawa sinisnya.

Ga In terkejut mendengar kata-kata serkap dari mulut Baekhyun. Tidak pernah sekali pun dia membiarkan lelaki lain menyentuh dirinya selain Baekhyun. Perbuatan Jimin itu tadi pun tanpa dia sendiri sedari.

"Saya masih suci lagi. Awak jangan nak cakap tanpa usul periksa," kata Ga In membela dirinya. Entah bagaimana seperti ada satu semangat yang datang padanya untuk membidas kembali kata-kata sinis Baekhyun itu. Dia bengang mendengar kata-kata Baekhyun itu tadi.

Baekhyun tergelak kecil. "Suci?" kata-kata Baekhyun terhenti. Dia memandang wajah Ga In dengan pandangan geram.

"Then, prove it to me."

MY HUSBAND IS MR BLIND [C]Where stories live. Discover now