Yein membebel sekali lagi dalam hatinya dan terus berjalan laju untuk mengelak dari Jungkook yang masih terkedu.

"Wow...budak baru tu...menarik."

Jungkook senyum sinis.

"Weh kau pahal tersenyum sorang-sorang tengah jalan ni? Buang tebiat ek?"

Jungkook tersedar apabila Taehyung menegurnya. Taehyung pun hampir lepuk kepala si Jungkook tu dek menyampah a.k.a meluat tengok Jungkook tersenyum jahat.

Bukan apa, kalau kawannya yang lain senyum jahat nampak okay lagi...sampai Jungkook, dia rasa menjengkelkan sangat okay.

"Dah ah jom jungkook. Kau nak tak tolong aku ni?"

Tiba-tiba Taehyung menyoal dan Jungkook mengerut dahi kepelikan.

"Tolong apa?"

"Aduhhh! Kau lupa ek semalam? Kau kan janji kerjakan pengawas semalam yang tulis nama kita sebab datang lambat punya hal tu."

"Hok aloh..aku lupa! Jom ah! Bila kau mention pengawas tu naik mendidih pulak aku teringat kes semalam kene denda!"

"Rilek! Kita nak pi membalas jasa dia lah ni! Dah jom!"

Taehyung dan Jungkook apa lagi, dengan bajetnya berjalan samseng nak pi bersemuka dengan pengawas bernasib malang tu.

Habislah kau wahai pengawas...

----------

Yein sedang beratur menunggu giliran mengambil makanan tiba-tiba ada sekumpulan geng perempuan gedik muncul dan menolaknya ketepi.

"Ishh sanalah! Sibuk je makan di kantin. Dahlah huduh!"

Dengan selambanya salah seorang perempuan gedik berambut coklat highlight pink yang dikenali sebagai 'Cherry' itu mengutuk.

"Kuanghajo punya pompuan. Kau kata aku buruk..eiii kau tu dahlah tahi lalat tepi idung tu besor siap berbulu lagi...eii tak selera aku."

Yein mengutuk-ngutuk perempuan itu dalam hatinya. Dia pula sudah terkebelakang kerana barisannya sudah dipotong oleh kuncu-kuncu si Cherry ni.

"Kalau kau tahu aku ni siapa, aku rasa kau dah melutut tercium-cium kaki aku"

Desis hati yein yang hampir termuntah melihat kegedikan Cherry and the gangs.

Tengah-tengah yein melayan perasaan bengangnya bersendirian tiba-tiba kelihatan seperti sesuatu melayang dan mendarat di atas sebuah meja di kantin tersebut.

BAMM!

Semua terkejut dan membulatkan mata dan ada yang dah balik kelas tak selera nak makan. Cepat betul balik kelasnya...

Siapa yang tak terkejut! Yang melayang tadi ialah manusia! Dia kelihatan menahan kesakitan yang amat.

Tapi macam mana boleh melayang? Keturunan burung ke?

Tak jangan nak mengarut. Tu semestinya kerja si member terkuat BTS iaitu Jungkook!

Ya, dia memang selalu berlagak dan malas nak belasah orang tapi tak tahu kenapalah dia hari ni rajin pula mahu belasah orang.

Sekali dia belasah..hmm mendung dunia ni. Mana taknya, sampai melayang anak orang dia buatnya.

Yein masih terkejut dan keliru macam mana orang tadi boleh melayang?

Tapi persoalannya terjawab apabila dia terlihat seseorang berjalan dengan muka yang macam nak makan orang.

Yein menutup mulutnya menggunakan tangannya tidak percaya orang itu ialah Jungkook.

Memanglah Yein pandai juga berlawan, tapi dia tidak tahu lelaki yang baru mengacaunya tadi pun turut pandai berlawan.

"Jungkook jebal! Aku minta maaf!"

Orang itu sudah merayu-rayu untuk dimaafkan. Tapi kelihatan seperti Jungkook masih tidak mahu melepaskan orang itu dengan mudah.

Hati yein sudah panas. Dia tidak suka orang yang kuat cuba mengambil kesempatan terhadap orang lemah. Dia sendiri pun tidak pernah menggunakan kelebihan dirinya untuk memudaratkan orang lain.

"Jebal jungkook lepaskan.."

"Lepaskan? Kau tahu aku dengan Taehyung sakit hati macam mana bila tengok kau jadi barua?!"

Yein mengagak orang yang berada di sebelah Jungkook sekarang yang juga kelihatan bengang ialah Taehyung.

Dua lawan satu? Uii mana adil!

"Aku minta maaf...ya aku janji-"

"Ahh! Senyap ah kau! Banyak mulut! Tae bagi spray tu!"

"Nae!"

Taehyung memberi jungkook spray kaler yang orang selalu buat grafiti di jalanan. Dah pulak si Jungkook ni dah jauh sangat kau nak balas dendam ni.

Yein terbuntang matanya.

"Ini dah melampau..."

Yein berkata dalam hati dan sekarang matanya tertumpu pada Jungkook dengan penuh berapi-apinya.

"Aku nak jadikan kau eksperimen seni aku! Ahahahhha"

Jungkook gelak begitu juga Taehyung. Entah apa yang lawak. Diorang ni dah tahap sakit jiwa buli orang pun rasa lawak.

Jungkook menggoncang-goncang tin penyembur tersebut. Orang yang dibulinya sudah tidak larat untuk bergerak. Baru sahaja Jungkook mahu menyembur-

"Mampus kau-"

"Stop it!"

Tiba-tiba kedengaran suara seorang budak perempuan menjerit mahu memberhentikan perbuatan Jungkook.

Semua memandang budak perempuan itu seperti tidak percaya terutama Jungkook.

Jungkook menoleh memandang budak tersebut. dia terkejut.

Ini kerana orang yang menjerit tersebut ialah...Yein.

------------

Aiyoo! Best tak? Kalau tak best pun pi best kan. Okay gurau.

Sorry for typo T.T

Comment and vote please >~<

Author tak minta lebih pun T.T

Thank you ♡

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now