Bab 1

36.5K 990 22
                                    

Cerita ni 100% saya taip sendiri. Eh. Hahaha

Langkah diatur keluar dari MR Holdings. Syifa Ammara mengeluh panjang. Mukanya merah macam udang kena bakar. Yelah cuaca panas sangat!

"Dapat ke tak ni kerja? Ni dah kali ke 3 aku pergi interview. Taknaklahhh fail lagi," Memang dia dah tak tahu nak buat apa lagi. Ni interview kali ke 3, kalau tak dapat memang menganggur lagi lah jawabnya.

"Hello ayah. Syifa dah siap ni. Syifa tunggu kat cafe pagi tadi,"

Dari jauh Syifa ternampak kelibat kereta ayahnya. Memang dia rasa nak menangis melalak kat situ jugak. Tapi dikira malu, Syifa tahan je diri. Masuk je dalam kereta, apa lagi dia menangis semahu mahu mahunya.

"Kenapa? Fail?" Soal Encik Rosli hairan melihat keadaan anaknya.

"Tak tahu lagi. Tapi macam fail aje ayah. Huaaaaaa," yee Syifa dah start melalak.

Encik Rosli faham benar dengan sikap anaknya itu. Kalau buat benda tak kena memang melalak habis.

"Alah dia tak cakap pun lagi kan fail. Tunggulah diaorang call. Sabar je lah Syifa ni,"

"Hmm ye lah," berhenti menangis 3 saat. Tapi lepas tu bunyi lagi!

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Macam mana interview. Okay?" Kali ni Puan Esah pula bertanya. Tengok muka cemberut Syifa tu memang dah tahu ada tak kena ni.

"Tak tahu lagi ibu. Syifa naik dulu eh. Nak mandi,"

Malam tu Syifa tak turun makan. Terperap dalam bilik. Rutin yang sama lepas dia balik dari interview. Tapi esok okaylah.

"Bosannyaa. Call Maira laa,"

Tutt tutt. Tutt tutt. Tutt tutt.

"Hello assalamualaikum cik adik manis ayu jelita. Macam mana interview?"

'Ni sorang lagi. Tak tanya pasal interview tak boleh ke hah? Stress mak!'

"Waalaikumussalam. Tak tahu la weii. Dahlah yang interview aku tu semua muka ketat je. Nak nak si bos tu haa. Maigod. Kalaulah aku dapat kerja tu. Mesti aku jadi PA dia. Scary nye makk!" Syifa Ammara memang mengada. Nak kerja tapi banyak complain.

"Ish kau ni kan. Biarlah boss muka ketat ke muka longgar ke kau kerja jelah. Takkan nak menganggur lagi. Bukan senang tau nak dapat peluang interview ni. Kena tunggu dua tiga bulan tau," Maira memang kesiankan kawan dia yang memang dah lama menganggur. Dia pun bekerja sebagai PA kepada bos gatal. Lagi lah seram dari bos muka ketat!

"Ye la ye la saya mengerti Cik Laila Humaira,"

"Kau macam mana dengan Adam?" Suasana krik krik. Krik krik dan krik krik.

"Hello? Dengar tak ni. Ke kau tidur Syifa?" Kawannya itu bukan boleh kira. Tengah bersembang depan muka pun boleh tidur ni apalah sangat dalam handphone.

"Taklah! Dengar dengar. Em macam mana nak cakap erk. Dia busy la lately ni. Jarang contact dia,"

"Kau ni kan jangan lah berlembut sangat dengan Adam tu. Kesian aku tengok kau. Asyik mengalah je. Cuba kau bertahan. Bagi dia mengalah pulak,"

"Dia busy la. Malas lah nak kacau orang kerja. Aku ni lainlah takde kerja,"

"Haa sebut pasal kerja. Aku letak dululah. Nak tidur. Dah lewat ni. Kau ni pun satu call aku lewat malam macam ni,"

"Untunglah orang kerja. Yelah,"

Adam. Kekasih hati Syifa. Mereka dah lama bercinta dari zaman diploma ke ijazah dan sekarang Adam dah bekerja. Tapi semenjak Adam kerja ni, dia dah kurang berhubung dengan Syifa. Syifa malaslah nak kacau orang busy kan tak pasal pasal kena marah lagi.

"Hailah nasib badan. Kerja tak de. Boyfriend ada tapi macam takde,"

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Nak pergi mana kau ni cecantik pagi pagi depan rumah aku ni?" Soal Syifa hairan kepada Maira.

"Pagi apanya? Dah nak dekat pukul 12 ni kan. Jomlah weii jalan jalan. Bosan laa duduk rumah. Housemates aku balik kampunglah kerja lah. Hari minggu pun kerja. Hairan mak!"

"Aku tanya sikit je yang kau jawab satu karangan kenapa? Aku tak mandi lagi ni," Datang rumah orang tak cakap apa apa pun lepastu ajak keluar. Please lah kau tak sweet lah Maira.

"Eii kau ni. Pergi mandi sana pergi pergi," Maira tayang muka geli.

"Tak payah nak geli sangatlah. Kau tu pun kalau takde class dulu petang baru mandi. Masuklah dulu. Ibu dengan ayah aku je ada. Macam tak biasa kan,"

Syifa terpaksa tebalkan muka mintak duit dengan Encik Rosli. 'Ayah, Syifa tak kerja lagi.'

"Ei kau lah ni punya pasal. Tebal muka aku mintak duit dengan ayah," marah Syifa. Pandai pandai je plan.

"Ala bukan selalu kan. Ke kau tiap tiap hari mintak duit dekat ayah kau?" Serkap jarang Maira dan muncul dah.

"Kau ingat aku ni jahat sangat?"

Sesampainya di mall, mereka terus beli tiket wayang. Sambil menunggu cerita ditayangkan mereka berdua pergi penuhkan perutkan kosong tu.

"Weh weh. Tu lah bos muka ketat tu. Yang aku pergi interview tu," tunjuk Syifa ke arah meja di penjuru kedai. Bos muka ketat bersama seorang lagi dengan lelaki muka longgar.

"Eh tu kan CEO MR Holdings. Encik Khaalish Zafriel,"

"Eh kau kenal dia?" Syifa hairan. How?

"Kenal lah. Company aku tengah berurusan dengan company dia. Aku cam lah muka sebab dia hensem!" Maira teruja terlebih lah pulak.

"Kau ni pantang tengok orang hensem eh. Menggedik aje. Kaya jugak lah dia eh ada company sendiri." menyampah Syifa dengan perangai gedik kawannya.

"Ei biarlah. Tu company bapak dia lah. No bukan. Company parents dia. M for Mukhlis R for Rose. Jadilah MR. Dia tu kira baru lagilah jadi CEO,"

"Semua kau tahu eh. Pengkaji sejarah ke apa?"

My second attempt. Idea tengah banyak dalam kepala nak buat cerita ni cerita tu tapi boss vs pa ni saya pilih. Lepas baca sila vote ya. Muah ciked :*
Disarankan baca my first story juga. Saya Tunggu Tau.

Boss Vs PA Where stories live. Discover now