DUA BELAS - Jumpa Firash.

Start from the beginning
                                    

" Waalaikumussalam sayang. Kenapa call ni? " soal Firash

" Okey sekarang call pun dah tak boleh. Takpelah bye. " Rajuk Rasya.

" Sorry sorry. Bukan tak boleh tapi cuma pelik je awak call saya. Maklumlah selalunya saya je kene call awak. Awak rindu saya ke Asya? saya pun rindukan awak jugak. RINDU sangat-sangat! " Ucap Firash. Perkataan rindu sengaja ditekankan. Rasya hanya membisu. Dia membiarkan Firash bercakap sorang-sorang. Padan muka!

" Sayangg.. Janganlah merajuk . Alololo bucuk-bucuk kite ni. Sayang janganlah merajuk. " Pujuk Firash.

Rasya tergelak kecil. Pujuk macam Rasya ni budak kecik je.
" Ash, saya nak datang sana boleh tak? Awak kata awak rindu saya kan? "

" What?! No no awak tak boleh datang sini. " Halang Firash dengan tegas.

" Kenapa pulak? Australia tu awak punya ke sampai saya tak boleh datang sana? "

" Bukan. Cuma bahayalah awak nak datang sini sorang-sorang. "

" Bolehlah Ash. Please. Awak amik saya dekat Airport eh? "

" Tak boleh Asya. Australia ni jauh sayang. " Firash masih menghalang Rasya untuk ke Australia. Rasya memikirkan cara untuk memujuk Firash. Rasya berdehem kecil.

" Awak kata awak sayang saya. Awak kata awak rindukan saya. Kalau saya pergi sana bolehlah terubat sikit rindu awak tu kan. Bolehlah sayangg.. saya datang Johor nak jumpa Amirah tapi Amirah ade dekat kedah pulak. " Suara manja Rasya sudah keluar. Buat pertama kalinya Rasya memanggil Firash sayang. Tergugat iman Firash dengar suara manja Rasya. Huh. Kutip balik iman yang jatuh dekat lantai tu.

" Okeylah. Awak book ticket lepastu inform dekat saya. " Ujar Firash. Firash termakan juga umpannya. Mahu tidak mahu, Firash terpaksa ikutkan saja kemahuan Rasya. Rasya tersenyum senang .

" Okey. Jumpa nanti. Bye Ash. "

" Hey macam tu je? Kiss mana? I love you takde? Terima kasih? "

Rasya membuat muka menyampah.
" Terima kasih intan payung. " Ucap Rasya dengan malas.

" Tuje? " soal Firash. Selepas itu dia terdengar bunyi tuutt tuuutt tuutt. Sah Rasya matikan panggilan. Jual mahal betul. Firash tersenyum kecil. Dia merebahkan badannya di atas katil. Tak sabarnya nak jumpa Rasya..


-------------

" Padan muka. Siapa suruh miang sangat kan dah kene. Dasar lelaki. " Omel Rasya seorang diri. Telefon dicampak ke atas katil. Segera dia membuka laptop untuk menempah tiket ke Australia. Finally dapat juga dia bercuti ke luar negara.

" Yess tiket adaa untuk petang ni! " Jerit Rasya dengan riang. Segera dia menempah tiket. Selepas itu dia mengemas pakaiannya. Sengaja dia mengemas awal sebab takut ade yang tertinggal. Rasya ni cuai sikit.
Selesai mengemas dia mencapai telefonnya dan membuka aplikasi whatsapp.

Rasya to Mama; 3.50 AM
" Maa kejap lagi Asya nak pergi Australia. "

Send!

Dia menghantar whatsapp pada Firash pula.

Rasya to Firash; 3.51 AM
" Flight I pukul 5 petang ni. Jadi esok you bolehlah tunggu I dekat Airport. Seeyou! "

Tingggg...

Tanda ada whatsapp masuk.

Mama; 3.54 AM
" What?! Australia? Kamu ni kenapa nak pergi Australia pulak? "

Rasya; 3.55 AM
" Amirah takde dekat johor jadi Asya ingat nak pergi Australia. Dah lama tak bercuti luar negara. Ape salahnya kan mama. Lagipun ada Firash dekat sana. "

Mama; 3.55 AM
" Kamu kalau dekat dengan mama dah lama mama ketuk kamu guna senduk. Yelah hati-hati pergi negara orang tu. "
Rasya tersenyum kecil membaca whatsapp dari mamanya. Dalam masa yang sama dia berasa lega kerana mamanya izinkan dia pergi ke Australia. Bukan senang nak pujuk Puan Sri Mariam ni..
Rasya; 3.56 AM
" Okey mama. Muahh sayang mama. "

Mama; 3.57
" Balik Malaysia nanti kite kene jumpa peguam daddy. Jangan nak duduk negara orang lama-lama pulak. "

Rasya; 3.57 AM
" Boek boss "

Perbualan mereka habis begitu saja. Puan Sri Mariam meninggalkan bluetick buat Rasya. Huhu 😂

------------

Maaf kalau ada kekurangan :')

Bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now