Seven

47 3 0
                                    


Senyum itu mengundang gentar pada sang gadis. Tangisan ketakutan menjadi latar menggantikan sunyi di kawasan itu.

Sang gadis cuba mengatur langkah untuk melarikan diri. Namun, tak mampu. Kesakitan semakin menguasai dan hilai tawa pemangsanya berselang-seli seiring dengan hujan yang baru mencemar bumi.

Seakan memahami jiwa-jiwa yang makin menunduk pada bumi.

"Kau nak pergi mana, hah, Ellen Denisha?".

Ketawa.

Ketawa dia melihat ketakutan yang bersalutkan kesakitan di wajah itu. 'Padan dengan muka kau, perempuan! Inilah akibat dari perbuatan kau!' Hatinya menyeranah. Kebencian terpamer jelas di mata.

Suara pemangsanya itu garau. Ellen cuba untuk mengenal pasti suara itu dalam kotak memorinya. Hampa. Pandangan Ellen jatuh kembali pada kakinya. Tiada.

Kedua-dua belah kakinya sudah dipotong dengan kejam.

Darah masih juga tidak berhenti mengalir dari tadi. Dia akan mati. Ellen yakin dengan itu.

"Well, kau jangan risau... I'll make it less painful for you, dear. Since you are not acting like a bitch, aku akan buat
ia lebih cepat dan mudah untuk kau pergi menghadap Tuhan. Itupun, kalau Tuhan nak terima kau lah.", sinis. Senyum di wajahnya hilang sebaik wajahnya didekatkan dengan wajah sang gadis.

Tangan dingin itu memegang erat lengan Ellen. Ada cahaya yang mengalir keluar dari tapak tangan itu disusuli bunyi tulang-belulang yang patah. Ellen meraung kesakitan. Seperti juga saat kakinya diragut tadi, terasa nyawanya ditarik perlahan.

Ellen menatap mata yang penuh kebencian itu. Sesuatu muncul di benaknya. Mata itu. Mata yang sangat dia kenali. Serentak itu, dia dapat rasakan perit di lehernya.

Nafas Ellen mula putus sebelum nyawa benar terpisah dari jasad.

"Sakit bukan?"
♛♕♛♕♛♕♛

Tunak matanya memandang lelaki yang baru sahaja mengambil tempat di hadapannya itu. Lelaki itu hanya makan tanpa menghiraukan sepasang mata yang tanpa segan meneliti dia. Perut yang lapar perlu diisi dan itu yang lebih penting bagi dia.

5 minit sebelumnya..

Bunyi kerusi yang ditarik membuatkan Airien mengangkat wajah daripada Ipad miliknya. Lari sekejap fokusnya pada rekod kewangan syarikat yang baru dia peroleh pagi tadi. Wajah lelaki itu dipandang namun dia tak mengeluarkan suara untuk bertanya gerangan nama.

"Kerusi ni ada orang?", soalan itu lazim Airien dengar setiap kali ada orang nak ambil kerusi tambahan untuk join meja member dia yang tak cukup kerusi. Tapi...

Bisu Airien membuatkan lelaki itu terus duduk tanpa menunggu jawapan lanjut.

Bunyi gelas yang baru diletak membawa lamunan Airien kembali ke dunia nyata. Lelaki itu mengalih pinggannya ke tepi tanda selesai makan.
"Sorry, aku Fattah. Baru daftar harini so, kinda takde member lagi. Kau tak kisah kan aku makan sini tadi?"

Airien menoleh ke kiri dan kanannya. Hanya dia yang ada di situ. Matanya kembali dialih pada wajah lelaki yang bernama Fattah itu.

Sekejap dia menggeleng. Tanda dia tidak kisah namun tak dapat dia nafikan bahawa dia agak terkejut dengan keselambaan lelaki itu duduk di hadapannya.

"Airien, Airien Elyana. Kau fakulti apa?", teragak-agak dia bertanya.

" FSKPM, course SK. Kau?", mata Fattah meliar ke sekeliling kawasan sekeliling. Seakan mencari seseorang.

"FEB, course business management.", Airien kemudian baru teringat sesuatu. Jam tangan yang terlilit di tangan kiri dilihat.

2.15

Barangnya dikemas dan dimasukkan ke dalam beg.

"Yin!"

Kepalanya berpaling memandang yang memanggil. Zairyn memandang dia dengan kerutan di dahi dan pandangan yang silih berganti antara Fattah dan dia.

Mata Airien turut sama beralih pada Fattah yang memandang Zairyn.

"Fattah.", tiada huluran tangan untuk disalam hanya nama dan senyuman sahaja yang dihulur.

Zairyn hanya mengangguk namun tidak membalas memberi nama atau senyuman. Perhatiannya kembali pada Airien yang kelihatan serba-salah.

"Lama dah ke tunggu?"

Dari suara Zairyn, Airien dapat rasa yang Zairyn tidak berapa menyenangi kehadiran Fattah di situ.

Airien perlahan menggeleng. Dia bangun dari duduknya dengan beg di tangan.

"Jomlah balik."

Tanpa sebarang kata pada Fattah, mereka terus berlalu.

😾😾😾😾😾😾😾

"Tuan, tak nampak macam kawasan jenayah pun tempat ni tuan."

Mata mereka sama meneliti sekitar tempat itu. Bersih. Terlalu bersih meski dikelilingi hutan dan semak samun di kawasan luar pagar.

Inspektor Zahri mengangguk perlahan mengiakan kata-kata orang bawahannya itu. Wajah dia tegang sambil mata cuba mencari bukti dari hasil laporan yang baru dibuat pagi tadi.

Krak.

Bunyi kayu patah itu mengejutkan kedua-dua mereka. Tindakan refleks terus membuatkan mereka mengeluarkan pistol dari saku di pinggang.

"Siapa kamu berdua ni?"

Seorang lelaki yang kelihatan lebih separuh abad berdiri tegak tanpa langsung ada gerun di wajahnya.

"Pakcik ni siapa? Pemilik rumah ni ke?" Pistol kembali disimpan.

Lelaki lebih separuh abad itu hanya diam.

Wan berdehem.

"Saya Wan, dan ni tuan saya, Inspektor Zafri dari unit siasatan jenayah berat. Sebenarnya pakcik, kami dapat aduan yang mengatakan ada kes pembunuhan dekat sini. "

Wajah lelaki tua itu tak membayangkan apa-apa reaksi mendengar berita yang lebih bersifat tuduhan itu.

Langkahnya dipusing menghala ke rumah agamnya semula.

" Jikalau kamu datang semula ke mari dengan waran untuk menyiasat kawasan ini baru aku benarkan kamu berdua teruskan niat kamu itu. Namun buat masa ini, aku nasihatkan kamu pulang sahaja. Hari sudah semakin senja, tempat ini bukanlah tempat kamu sepatutnya berada."

Kata-kata lelaki tua itu membingungkan mereka.

Tak mungkin dah senja, mereka datang tadi masa tengah hari. Kepala segera didongak ke langit.

Hari semakin gelap. Namun bukan gelap tanda hujan. Handphone dikeluarkan. Kedua-dua handphone mereka mati, langsung tidak berfungsi.

Semerta Inspektor Zafri dan Wan mengangkat wajah mencari lelaki tua itu. Hilang.

Pantas mereka beredar.

Twenty(20)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang