One

121 3 1
                                    


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Zairyn
Happy birthday to you

Dua batang lilin ditiup selesai lagu dinyanyikan.

"Happy twentieth birthday Ery! May God showered you with His blessings and love and thanks for being my superbly amazing bestfriend!" Kotak hadiah dihulur pada Zairyn yang dah menangis terharu.

"Thanks beb! Aku ingat kau marahkan aku sampai langsung taknak cakap dengan aku seharian ni", air mata itu dikesat.

Airien tersenyum menampakkan lesung pipit kirinya. Laju dia menggeleng. Rasa bersalah hadir sebab dah buatkan kawannya itu menangis dan menyangka yang bukan-bukan.

"Sajeje aku nak buat kau cuak.. Kalau tak takdela namanya surprise. Anyway, bukalah kotak tu. Aku tak beli sebab nak suruh kau pegang je."

Perhatian Zairyn beralih pada kotak hadiah ditangan. Perlahan dibuka.

Pandangan Zairyn kembali pada Airien yang sedang meneliti reaksi dia. Makin basah wajah dia dengan air mata. Seekor beruang teddy yang memakai baju '♥BFF♥' dikeluarkan. Dalamnya terdapat satu kotak lain yang lebih kecil. Kotak itu juga dibuka. Seutas rantai yang terukir 'A★Z' buat dia pandang Airien dengan riak wajah tak percaya.

"I had it made just for you. Pakaila..", Airien senyum.

Terus tubuh Airien dipeluk kejap.

"Thanks beb....Thanks for everything."

Zairyn tak yakin pun kalau dia mampu balas semua yang Airien dan buat untuk dia. Airien dah tolong dia macam-macam. Lebih-lebih lagi selepas ayahnya meninggal dunia dan ibunya terlantar di wad. Airienlah yang dah tolong dia dari bermacam segi.

Twenty(20)Where stories live. Discover now