Six

43 4 0
                                    

       Awal-awal pagi lagi kedamaian tidur Zairyn dah diganggu dengan ketukan pintu bertalu-talu yang membingitkan telinga .

    "Dahlah semalam aku balik lewat, ni sape pulak yang berani kacau aku tidur pepagi buta ni?", omel dia sendiri sambil berjalan keluar dari bilik untuk melihat tetamu yang tak diundang itu.

      Tombol pintu kayu yang makin dimamah usia itu dipulas. Wajah dua orang geng lepak Zaim menyapa pandangan. Zairyn jadi jengkel.

'Nak apa pulak dua orang badut ni?'

  "Weh, Zaim mana?"  Akil bertanya dulu tanpa mempedulikan fakta yang Zairyn baru sahaja bangun tidur dan tak gosok gigi pun lagi.

    Zairyn hanya angkat bahu. Nampak jelas di wajahnya yang dia tak peduli pun tentang keberadaan abang dia.

" Betul ke dia dah blah? Awang kampung sebelah kata dia nampak ada orang jemput Zaim kat simpang empat depan tu.",walaupun  bicara Wadi hanya untuk didengari Akil, masih juga sampai ke pendengaran Zairyn.  Dia mula hendak melangkah masuk ke bilik semula.

Baru je pintu depan tu hendak ditutup, Wadi terlebih dahulu menolaknya. Zairyn jadi makin bengang. Sudahlah dia terpaksa balik lewat semalam, sekarang, diganggu pula sebab abang dia yang menyemakkan hidup tu.

"Apa korang nak hah? FYI, Zaim tak balik pun rumah semalam. In fact, pakaian dia semua dah takde dalam almari. So, if you guys don't mind, please let me rest without both of you disturbing me about him. Boleh?" Wadi dan Akil saling berpandangan. Jelas Zairyn tak tahu apa-apa tentang Zaim.

   Dan mereka juga sebenarnya sudah lama maklum dengan hubungan kedua beradik itu yang tak pernah rapat.

   Melihat dua orang itu yang seakan mati kata, terus Zairyn menutup pintu rapat-rapat dan mengunci dari dalam. Matanya melirik ke arah pintu bilik Zaim yang tertutup rapat.

♉♉♉♉♉

      Kelam sunyi itu langsung tak menakutkan dia. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran sejak awal dia tiba tadi. Kawasan sekeliling yang semak samun itu tak membuatkan dia janggal.

       Keterbiasaan yang seakan-akan menenggelamkan dia dalam kegelapan.  Atau mungkin, dalam fikirannya.. dia sendiri merupakan kegelapan.

Ya. Aku adalah kegelapan itu .

Kegelapan yang memusnahkan jiwa yang dah disakiti.

●●●●●●

     Hari berganti minggu sehingga habis sebulan cuti semester mereka di rumah. Zairyn seperti biasa, menantikan kehadiran Airien untuk ke kelas bersama.

      Jam di tangan dilihat sekilas. 9.30 pagi. Setengah jam lagi kelas akan bermula. Bayang Airien masih juga tak kelihatan. Iphone 6S hadiah pemberian Airien ketika sambutan hari lahirnya yang lepas dikeluarkan lantas nombor kawan baik dia itu didail.

Pin! Pin!

   Nyaris sahaja pegangannya terlepas. Zairyn angkat wajah dari Iphone di tangan ke kereta yang baru sahaja hon padanya. Airien tersenyum manis seperti selalu.
   
    "Ery, hop in!" Zairyn buat muka sebaik sahaja melihat wajah Airien yang sedang menanti dia masuk ke dalam kereta.

  Pintu kereta Swift Airien  dibuka sebelum dia masuk dan duduk di sebelah kerusi pemandu.

     "Kau dari rumah ke dari kolej ni?", tanpa tunggu lama terus Zairyn bertanya. Setahu dia, Airien jarang memandu di kawasan kolej kediaman melainkan dia ada urusan penting dan datang dari rumah. Tapi, semalam Airien jugalah yang menjemput dan menghantar dia pulang semula ke kolej kediaman. Takkan Airien balik ke rumah semula lepas tu?

    Airien tetap juga dengan senyum yang menghias wajahnya. Fokusnya tetap pada pemanduan. "Uncle suruh aku drive kat kampus since nanti aku akan banyak deal dengan company matters."

   Perlahan Zairyn mengangguk faham.

   Bangunan Fakulti Ekonomi dan Bisnes mula kelihatan. Airien dengan mudah memarkir keretanya di kawasan parkir siswa.

    "Yin, kau kelas pukul berapa sampai berapa?", dia sendiri meneliti jadualnya untuk hari itu. No night class. Bahagia.

    " This morning I have none, but then aku ada kelas straight dari pukul 3.00 sampai 10. Tapi ada break pukul 5 sampai 8, jadi I'll send you back first la around 5.30 tu. Kau kelas sampai pukul 4, kan?"

   Angguk. " Haah. So, nanti aku tunggu kau kat tempat biasa je la ye?"

   Giliran Airien pula mengangguk. "Apa-apa nanti just text me la."


Twenty(20)Where stories live. Discover now