Four

57 3 0
                                    

Lif yang tadi hampir tutup, terbuka. Seorang lelaki yang Airien kira hanya beberapa tahun lebih tua dari dia melangkah masuk. Dari tag pekerja yang tergantung di leher lelaki tu, Airien tahu yang dia merupakan staf praktikal di syarikat AE Holdings.

Nafas lelaki itu mengah. Nama di tag dilihat lagi sekali imbas. Harith Zalfi.

"Sorry, cik. Lif sebelah penuh. Saya nampak lif ni vacant so saya bedal je la. Saya dah lambat sebenarnya ni."

Airien hanya diam berdiri di situ.

'Mamat ni taktau ke yang lif ni untuk VVIP je? '

"Cik ni pun staf kat sini jugak ke? Department mana ye? " Lelaki yang bernama Harith itu tetap juga bercakap walaupun sedar yang Airien hanya diam berdiri di situ.

"Cik, nama cik apa ye? Sebab saya rasa macam pernah nampak je wajah cik ni. Macam ada iras-iras Intan Ladyana. Cik ni adik dia ke?"

"Sepupu-sepapat dia ke...?"

Masih lagi dia diam. Membiarkan Harith bercakap seorang diri.

"Cik ni bisu ye?"

Tajam mata dia menikam lelaki itu namun tetap tak melayan bicara Harith. Matanya beralih memandang penanda aras lif. Seketika kemudian pintu lif terbuka menandakan dia sudah sampai ke aras yang menempatkan pejabat unclenya.

Langkahnya terus berlalu meninggalkan perut lif. Dan juga lelaki yang tidak berhenti mengumpan bicara dia.

"Miss Elyana, nice seeing you. Dato' Sri is already waiting for you inside." Raina, setiausaha uncle yang manis bertudung litup memaklumkan Airien. Airien hanya mengangguk dengan senyuman tanda terima kasih. Kakinya terus dihala ke pejabat unclenya.

Knock. Knock.

Pintu dibuka dari dalam dengan senyuman mesra uncle menyambut kedatangan dia. Tangan lelaki itu didepang menanti dia untuk pelukan.

Hangat terasa tubuh itu seakan tubuh arwah papa dia sendiri. Air mata ditahan dari jatuh. Ada perkara lain yang lebih penting sekarang ini.

"So, what is it about, that you wanna talk to me?" Ayat mukadimah uncle bila masuk mode serious dan sebaik duduk mereka dilabuhkan di atas sofa empuk yang diimport dari Itali.

Twenty(20)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن