Five

54 3 0
                                    

"I need you to cancel all the projects that involves Datuk Rafael's company."

    Permintaan yang lebih berupa arahan itu langsung tidak menghairankan Dato' Sri Arham. Sama seperti arwah abangnya, Airien Elyana juga suka membuat keputusan mendadak. Namun dia tahu yang anak saudaranya itu punya sebab tersendiri.

      Lagipula syarikat itu merupakan milik tunggal Airien Elyana. Dia hanyalah pemegang amanah sementara menanti Airien cukup bersedia untuk menggalas jawatan sebagai CEO di situ.

      "Why?" Tetap Dato' Sri Arham bertanya.

       "Other than he is a total jerk, the company is about to go through bankcruptcy. So far, two companies have been filing lawsuits against them. We will only suffer losses if we continue the project." Tenang bicara Airien.

       Sudah dua minggu lebih dia tahu mengenai idea projek kolaborasi itu dan sepanjang tempoh itu juga dia mencari segala informasi yang mungkin akan menyebabkan kerugian pada syarikat yang dah dibina atas usaha arwah papanya.

     Well, what do you expect from a business student huh? Lagi-lagi bila dia dah pun belajar mengenai pengurusan syarikat since umur dia 14 tahun. And having a degree is just for the sake of the certificates for her. Still la, kena juga ada qualification kan? Okay..enough merapu.

     Kepala Dato' Sri Arham mengangguk faham. " Other than that? What is your main reason of visiting?"

    Mata Airien kekal tak dapat dibaca. Seolah semua perasaan dan fikirannya sudah dikunci kemas hanya untuk dia.

"About that.."

♚♚♚♚♚

     Tubuh yang terikat kemas itu meronta kuat. Suasana di sekitar suram, sunyi, jauh dari kesesakan dan juga manusia yang kebanyakannya bertopengkan syaitan. Sama macam dia. Bibirnya menarik senyum sinis.

      Ikatan tali di kaki mangsanya malam itu dilerai. Sengaja hendak melihat tindakan refleks mangsanya . Seperti juga manusia lain yang dalam ketakutan, dia berlari. Walaupun dalam keadaan mata yang ditutup dan tangan yang terikat, mangsanya itu cuba lari dari dia. Dan dia? Hanya berdiri di situ dan memerhati.

    Dia hanya tersenyum. Ketakutan mangsanya menjadi satu hiburan.
     
'Bodoh!'.

     Terus tanpa sebarang tanda kemudian, pisau sederhana besar yang tersisip kemas di pinggang tadi dibaling.

'Tepat pada sasaran.'

    Tiada raungan mahupun jeritan. Yang ada cuma bunyi erangan halus dan tubuh yang sudah pun terkulai layu.

'Another one down. Strike!'

       Perlahan kaki dia melangkah ke arah tubuh mangsa yang sudahpun tidak bernyawa. Pisau yang terbenam tepat di kepala mangsanya itu ditarik keluar. Darah.

     Bibirnya tetap juga tersenyum sinis. Makin terhibur hati melihat ketakutan yang jelas di wajah mangsanya malam itu. Perlahan kulit bahagian abdomen mangsanya ditoreh buka. 

    Jantung.
    Hati.
    Buah pinggang.
Done.

     Kesemua bahagian organ itu disimpan kemas di dalam sebuah bekas khas. Mayat itu? Dibakar tanpa langsung meninggalkan kesan. Hatta walaupun satu serpihan tulang.

Twenty(20)Where stories live. Discover now