Twelve

32 2 0
                                    

"Aku dah dapat accept yang kau sayangkan Yin."

Kata-kata yang baru dilontarkan Zairyn membuat Fattah angkat kepala. Jelas wajah dia bingung seketika apabila keningnya bertaut membentuk garisan bersambung.

"Aku dah dapat accept yang kau sayangkan kawan baik aku. But I won't forgive you if you ever hurt her feeling or if dia tak happy when she is with you." aa mengulang lagi dengan penjelasan.

Fattah tidak membalas apa-apa buat seketika. Mungkin bagi dia kejutan apabila Zairyn tiba-tiba muncul dan memberi kebenaran meski dia tidak rasa yang ianya diperlukan.

"Aku akan jaga dia baik-baik. Kau tak perlu risau."

"Aku tak risau, I just need an assurance since she is very important to me."

"Then you already got it from me."

Zairyn berpaling hendak berlalu dari situ sebelum sesuatu menerpa ingatannya. 'Dia tak perlu tahu rasanya.' Terus langkah kaki dibawa menjauh dari kafeteria menuju ke kelas.





"Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni?" letak topi di kepala dibetulkan. Wajah di tepi yang sedang enak menjamu Maggi cup dipandang. Lelaki itu menjongket bahunya beberapa kali.

"Kau rasa apa yang kau buat tu betul ke tak??" Fokus dilarikan pada bekas mi ditangan. Garfu kecil dengan gulungan mi segera dibawa ke mulut.

Tajam mata dia menjeling sahabat di tepi. 'Tak boleh harap punya member'

"Yin, do something for me? " tangan yang tadi sibuk memberus bedak Asa's ke wajah terhenti. Duduk dipusing menghadap Zairyn. Sebelah kening diangkat.

"Accept the proposal."

Wajah Zairyn diteliti. Anak mata yang bening itu tidak dapat ditelah isi hatinya.

Diam. Airien tidak membalas apa-apa pada permintaan itu. Tangan kembali cekap menyambung menata rias wajah yang makin pucat.




"Sampai bila baru kau mahu berhenti?"

"Sampai aku mati dalam jaga"

Twenty(20)Where stories live. Discover now