TUJUH - ' Cuma sementara '

Start from the beginning
                                    

Rasya memandang Firash dengan geram. Nafasnya sudah turun naik.

" Awak kalau tak sudi nak kahwin dengan saya tak perlu lah sampai nak meninggi suara dekat saya. Daddy pun tak pernah tinggikan suara pada saya tau ! " Tengking Rasya. Puas hatinya. Tubir matanya sudah panas.  Rasya memang dari kecil takut bila orang meninggi suara padanya. Lama-lama dia pasti akan menangis.

Firash menarik nafas panjang. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia pun tidak tahu kenapa dia perlu marah pada Rasya. Rambutnya dikuak ke belakang.

" I'm sorry Asyaa. Saya terlalu ikutkan perasaan. Sorry. " Ucapnya. Tangan Rasya dicapai dan digenggam kemas namun cepat-cepat di tepis oleh Rasya.

" Don't touch me Firash Mikhail. " marah Rasya.

" Please maafkan saya. Saya tak sengaja Sya.. " Rayu Firash.

Air mata Rasya yang dari tadinya ditahan akhirnya jatuh membasahi pipi. Dia duduk dibangku. Kepalanya ditundukkan. Memandang rumput-rumput yang hijau itu lebih membuatkan hatinya tenang.

" Saya cuma ajak awak kahwin je tapi awak marah-marah saya. " Ujarnya dalam keadaan teresak-esak.

" Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya ye? " Rayunya lagi. Bersungguh-sungguh Firash memujuk dan meminta maaf pada Rasya. Rasya hanya membatukan diri sahaja.

" Asya, pandang Ash. " Pinta Firash. Namun dibiarkan oleh Rasya. Firash memegang dagu Rasya dengan tangannya. Dia mengangkat wajah Rasya agar pandangan mereka bertembung.

" Saya minta maaf. " Bisik Firash ke telinga Rasya. Rasya mengangguk laju. Gabra semacam. Rasya cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah taman. Firash tertawa kecil melihat gelagat Rasya. Comel!

" Saya terima untuk jadi suami sementara awak. " Ujar Firash sambil tersenyum kecil.

" Jangan paksa diri tu kalau awak tak mampu. Saya tarik balik apa yang saya minta pada awak. Saya taknak hati awak terluka di sebab kan saya. "

" Saya mampu sebab saya memang cintakan awak. Cuma saya tak faham kenapa suami sementara? Memang perkahwinan kita hanya sementara sahaja ? Kita tak boleh hidup bersama sampai ke tua ke ? " Soal Firash kebinggugan.

" Bagi saya perkahwinan ni pasti ada penghujungnya. Antara berpisah dengan penceraian ataupun kematian. Jadi sebab tulah saya minta awak jadi suami sementara buat saya. Kita takkan tahu apa yang akan jadi masa hadapan nanti. "

" Tapi awak kene yakin Asya bila kita berkahwin hubungan tu pasti akan kekal sampai bila-bila. "

" Saya tak pernah percaya akan perkahwinan dan sebenarnya saya tak bersedia untuk berkahwin. Tapi demi daddy, saya terpaksa buat. "

" Awak percayakan saya kan Rasya? " Soal Firash. Rasya mengangguk perlahan.

" Jadi percayalah bila kite kahwin nanti hubungan kite akan kekal hingga jannah. "

" Kita buat perjanjian. Masa kita berkahwin nanti, kalau sampai setahun awak tak boleh terima saya sebagai suami awak, saya akan lepaskan awak tapi kalau awak jatuh cinta pada saya, kita jaga rumah tangga kita sebaik mungkin ya. " Cadang Firash. Dia betul-betul berharap yang Rasya akan bersetuju.

Rasya tidak membalas. Dia hanya mendiamkan diri saja. Entah kenapa dia langsung tak bahagia bila Firash terima lamarannya. Sepatutnya dia bahagia kerana masalahnya sudah selesai. Tak lama lagi dia pun akan berkahwin... Kahwin tanpa cinta mungkin...

Tiba-tiba telefon Rasya berbunyi tanda ada satu panggilan masuk. Tertera nama 'Abang Hafiz' dengan segera Rasya mengangkat panggilan itu.

" Adik! Balik sekarang ! " Arah Hafiz selepas panggilan disambungkan. Takde salam takde hello tiba-tiba disuruh balik. Kedengaran suara Hafiz sedikit cemas. Entah kenapa pun Rasya tak tahu. Rasya mula rasa tak sedap hati. Apa yang jadi?

" Kenapa abang? tell me bang. " tanya Rasya terikut cemas.

" Asya pergi Hospital besar kuala lumpur sekarang. Jangan balik ke rumah. Abang dan mama on the way pergi sana. Please jangan tanya kenapa. Asya pergi je okey? "

" Tapi.... " Belum sempat Rasya menghabiskan ayat, panggilan terus dimatikan. Rasya terpinga-pinga. Dengan pantas Rasya mencapai beg tangannya.

" Ash. Hantar saya pergi Hospital besar Kuala lumpur sekarang. "

" Nak buat apa pergi sana? " Soal Firash.

" Ash cepat. Kite takde masa dah ni.. "

" Okey jom. "

Mereka mengatur langkah dengan pantas. Rasya gelisah. Apa yang jadi pun dia tak tahu. Tapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku. Kalau tidak takdenya sampai perlu ke hospital..

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now