ENAM - ' Awak bukan kawan saya '

Start from the beginning
                                    

" Ibu dan ayah dah lama berpisah. tahun lepas ayah meninggal akibat sakit jantung. Saya sempat jaga ayah waktu ayah sakit walaupun saya sibuk dengan hal kerja. Cuma ibu je saya tak pernah munculkan diri saya depan dia. Saya tak berani... " Terang Firash.

" Umur saya sepuluh tahun saya di hantar oleh ibu ke rumah nenek saya di kampung. Nenek jaga saya tak lah seelok ayah jaga saya. Nenek selalu marah-marah dan pukul saya. Nenek kata saya ni pembawa malang. Satu hari tu saya dapat peluang lari dari rumah nenek. Sehelai sepinggang saya lari tanpa hala tuju. " Firash berhenti seketika. Nafasnya dihembus perlahan.

" Tapi ada seorang pakcik baik hati tolong saya. Saya kata nak balik rumah ayah saya, saya bagi pakcik tu alamat rumah ayah dan pakcik tu hantar sampai lah ke rumah ayah saya. Bila saya sampai je dekat rumah ayah saya, saya jadi takut nak masuk. Saya takut saya dimarahi atau di halau dengan ayah. Waktu tu saya sangka ayah dah tak sayangkan saya lagi. Semalaman saya tidur dekat luar rumah. Sampailah keesokkan harinya bibik ayah terjumpa saya. Bibik terus ajak saya masuk dalam rumah. Saya kata taknak tapi dia tetap tarik saya masuk. Saya terus di bawa jumpa ayah. bila ayah nampak saya, ayah terus datang peluk saya. Ayah kata ' dah lama ayah cari saya. ' Rindunya saya pada ayah . Macam baru semalam saya bersama dengan ayah. " Firash mengesat air matanya yang jatuh membasahi pipi. Kejadian yang lalu masih kuat di dalam ingatannya. Tak mungkin dia dapat melupakan keperitan hidupnya di waktu kecil . Dari situ dia dapat belajar bermacam-macam perkara. Salah satunya hidup susah. Dia menjadi seorang yang berfikiran lebih matang walaupun waktu itu umurnya baru sepuluh tahun.

Rasya memandang Firash dengan pandangan sayu. Disebalik senyum tawa Firash, ada seribu satu kesedihan yang tiada siapa dapat melihat.

" Pergilah jumpa ibu awak. Saya teman awak ya ? " Pujuk Rasya . Laju saja Firash menggeleng.

" Saya taknak. Saya taknak ganggu kebahagiaan ibu saya. Saya takut bila saya mengaku saya anak dia, dia kata saya tipu sedangkan itulah kebenarannya. Saya lebih rela dapat tengok ibu saya dari jauh daripada ibu saya tak mengaku saya sebagai anak dia. " balasnya.

Rasya tidak tahu bagaimana harus memujuk Firash untuk menemui ibunya. Peluang sudah ada di depan mata, tak seharusnya Firash mensia-siakan peluang itu.

" Awak kena pergi jumpa ibu awak. Sampai bila awak nak pendam rasa rindu awak pada ibu awak ? " soal Rasya dengan nada sedikit marah. Marah kerana Firash terlalu degil. Dia langsung tidak ada usaha untuk berjumpa dengan ibunya. Melihat dari jauh langsung tidak dapat mengubati rasa rindu di hati.

" Saya perlukan keberanian untuk jumpa dengan dia tapi sekarang ni keberanian tu tak ada. Tolong bagi saya masa untuk semua ini. Saya mohon jangan paksa saya... " Rayu Firash kemudian dia terus bangun dan mengatur langkah pergi dari situ. Rasya segera mengejar Firash . Dia mahu memohon maaf kerana memaksa Firash dengan perkara yang Firash tidak mampu lakukan.

" Firash ! " Panggil Rasya dari jauh. Firash masih meneruskan langkahnya tanpa menoleh kebelakang.

" Firash, saya minta maaf. " ucap Rasya separuh menjerit. Firash masih membiarkan saja.

" Kita kan kawan. Takkan awak taknak maafkan kawan awak ? Awak tak kesian ke dengan kawan awak sorang ni ? "

Terus Firash memberhentikan langkahnya. Dia menoleh kebelakang dan terlihat Rasya sedang berlari-lari anak mendekatinya. Tersenyum kecil dia melihat Rasya berlari seperti itik.

Rasya berdiri berhadapan dengan Firash. Termengah-mengah dibuatnya. Sudah lama tidak berlari sambil memakai kasut tumit. Amat mencabar rasanya.

" Awak bukan kawan saya.... " kata Firash, tegas. Muka Rasya sedikit berubah mendengar ayat itu.

Firash perasan atas perubahan wajah Rasya itu. Bibir Firash mengukir satu senyuman manis.
" Tapi awak cinta hati saya... " Hidung Rasya dicuit.

Lama Rasya membuat muka. Kemudian mereka berdua tergelak sama. Tak kisah lah di anggap apa pun. Asalkan Firash tidak terasa hati dengan Rasya.

Hati Rasya sedikit berbunga-bunga bila Firash melayannya dengan sangat baik. Tetapi dia sekadar menganggap Firash hanyalah kawan tidak lebih dari itu.

Cinta masih tidak terbalas lagi. Mungkin memerlukan masa yang lama.

----

Last update untuk minggu ni 😋 Hadiah buat korang tu yang banyak extra update 😁

Happy reading 😇
Bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now