BAB 27

36.6K 1.5K 42
                                    

Aidil meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja tidur dengan perasaan yang lebih lega. Lega selepas dia dapat mengenakan Norman semula apabila lelaki itu yang sebenarnya mahu menyakitkan hatinya.

Aidil tersenyum puas. Pertemuannya dengan Julia, anak kawan mummynya beberapa bulan yang lepas secara tidak sengaja telah membuka satu cerita tentang Norman yang tidak pernah sesiapa pun ketahui.

Sangkanya, Julia merupakan salah seorang lagi anak kepada kawan mummy yang ingin diperkenalkan kepadanya. Kata Puan Sri Khaleeda, Julia merupakan anak kepada kawannya yang baru pulang dari Australia selepas tamat menyambung masters di sana.

Aidil menjadi pelik apabila suatu hari Julia sendiri yang menghubungi dan mahu berjumpa dengannya. Oleh sebab itu, Aidil telah membawa Julia ke kafe kegemarannya dan Dian dulu kerana ingin sekadar memuaskan hati mummynya dan ibu Julia yang mahu mereka berjumpa.

Tidak dapat dinafikan, Julia seorang gadis yang cantik. Orangnya agak tinggi, berkulit putih dan berwajah seperti kacukan Cina. Sesiapa yang melihatnya pasti akan tertawan tetapi bukan Aidil.

Tidak seperti jangkaan Aidil yang beranggapan bahawa Julia pasti bersetuju dengan keputusan kedua-dua orang tua mereka yang ingin menjodohkan mereka berdua, rupa-rupanya Julia sangat menentang keputusan itu berhabis-habisan.

"C'mon Aidil. You ingat I nak setuju ke with all this crap? Of course not!" ujar Julia.

"It's good to hear that. I ingat I am the one who against it."

"I have my own life and I takkan biarkan orang lain yang tentukan hidup I."

"So... you dah ada your own choice la ni?"

Julia terdiam sebentar sambil mengacau airnya menggunakan straw. Kemudian dia menggelengkan kepala.

"Not anymore," ujar Julia perlahan.

"So... why are you against it so much?" tanya Aidil yang ingin tahu. Bukannya dia tidak berpuas hati Julia dengan keputusan Julia, tetapi perasaan ingin tahunya amat menebal.

"Look, Aidil. You mungkin tak kenal I, but I do know you before this. I nak jumpa you ni pun bukan sebab mama I yang suruh, but I really need your help," ujar Julia sambil memandang tepat ke matanya. Dapat Aidil lihat mata gadis itu seperti sangat berharap.

"Apa maksud you? You kenal I? Macam mana?"

Julia tunduk memandang meja.

"Norman."

Dahi Aidil berkerut. Semakin pening jadinya. "Norman? Cousin I tu? Apa kena mengena you dengan Norman?"

"I dengan Norman... He used to be my fiancé."

Mata Aidil membulat. Riaknya jelas menunjukkan yang dia terkejut mendengar kata-kata Julia.

"He never told anyone about being engaged! You ni biar betul?" tanya Aidil kurang percaya.

"We never told anyone about that," ujar Julia perlahan. "I kenal dia dekat Australia, masa tu I tengah buat internship dekat company yang dia kerja. I kenal dia for a few years before we decided untuk bertunang."

"Then?"

Julia mengeluh perlahan. "I... I terpaksa. I know I shouldn't do that..."

"What did you do?" tanya Aidil tidak sabar.

"I did something that make him loathed me so much. I terpaksa masa tu, Aidil..." ujar Julia dengan air mata yang mula menitis. "I tahu dia akan benci I sampai bila-bila... but I really want to apologise to him. I rasa bersalah sangat dengan dia. Eventhough kalau dia tak akan maafkan I sekalipun, at least I tahu I dah minta maaf dekat dia..."

Aidil bersandar pada kerusi dan melepaskan keluhan. Tak sangka dalam pertemuan yang singkat ini, ada cerita yang telah terbongkar.

Lamunan Aidil terhenti apabila pintu biliknya diketuk dengan kasar. Dia melangkah malas ke arah pintu biliknya lalu membuka pintu itu.

Tanpa dia sempat melakukan apa-apa, tiba-tiba pipinya menerima sebuah tumbukan daripada Norman. Aidil terdorong ke belakang apabila menerima tumbukan yang tiba-tiba itu.

"Encik Norman!" jerit Dian yang terkejut melihat tindakan tiba-tiba Norman itu.

"Kau ni dah kenapa Norman?!"

Norman mencengkam leher baju Aidil. "Macam mana kau tahu tentang Julia?! Tell me!" jerit Norman.

Aidil tidak menjawab pertanyaan Norman malah hanya tersenyum sinis. Norman jadi panas hati lalu mengangkat kembali tangannya untuk menumbuk Aidil semula tetapi pantas dihalang oleh Dian.

"Norman! What the hell is wrong with you?!" tanya Dian dengan geram lalu menarik Norman sekuat hati agar lelaki itu melepaskan Aidil.

"This has nothing to do with you Dian, so please stay out of this!" jerkah Norman yang tidak boleh menahan marah lagi. Mengingati Julia membuatkan darahnya mendidih tiba-tiba hingga tidak dapat ditahan lagi.

Dian tersentak mendengar jerkahan Norman. Tidak pernah sekalipun lelaki itu menjerkahnya sebegitu sekali.

"Aku tanya kau lagi sekali Aidil. Mana kau tahu tentang perempuan tu?!" tanya Norman kasar seraya mencengkam kembali kolar baju Aidil.

"Aku dah pernah jumpa dia. She's in Malaysia now," ujar Aidil tenang.

Norman melepaskan kolar baju Aidil.

Julia dah balik? Norman rasa seperti tidak mahu percaya.

***

Notakaki : Okayyyy this is really the last one before I take a break! Jadi macam mana, korang rasa Norman ni jahat ke? Ataupun Aidil yang ada agenda sendiri? Enjoy reading! ^^

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now