BAB 21

41K 1.8K 72
                                    

"Betul ke nak pergi dataran ni?" tanya Aidil sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam kereta selepas makan malam.

Dian mengangguk. "Betul! Nak ambil gambar banyak-banyak!" ujarnya ceria.  Boleh update gambar dalam Instagram!

Aidil tergelak kecil. Tahu sangat dia dengan perangai Dian yang memang suka bergambar dan post ke Instagram.

Aidil memandu tenang sambil memikirkan tentang agenda yang perlu dia laksanakan minggu ini. Walau apa pun yang terjadi, hati Dian perlu ditawan semula. Everyone deserve a second chance, right?

Lagipun, dia sudah berterus terang dengan mummy dan daddynya tentang hubungannya dengan Dian sejak enam tahun yang lepas. Puas Aidil dileteri oleh Puan Sri Khaleeda selepas dia menceritakan segala-galanya. Kata Puan Sri Khaleeda, Aidil ni lelaki yang tak kenal dek untung. Ada perempuan sebaik Dian yang sudah setia selama enam tahun pun disia-siakan. Sedangkan mereka berdua suami isteri pun tidak pernah memilih tentang bakal calon menantu mereka, tetapi Aidil pula buat hal. Ego tak bertempat!

Tan Sri Adam dan isterinya tidak pernah sekalipun pernah menyebut bahawa calon menantu mereka haruslah datang dari keluarga yang kaya, berpangkat, berdarjat. Aidil je yang memandai sendiri. Bertuah punya anak!

Aidil berfikir sendiri. Apa salahnya kalau aku diberi peluang kedua kan? Tapi Dian pulak nak jual mahal.... makin bertambah payah la kerja aku! Aidil mengeluh lemah. Terima jelah Aidil... kau jugak yang buat hal kan? As you make your bed, you must lie on it lahhh!!! Sempat lagi Aidil beridioms dalam hati.

Tiada salahnya hubungan antara dia dan Dian. Dia sahaja yang cipta masalah sendiri, kononnya tak setaraflah, tak samalah, tak sesuailah... macam-macam! Kini, baru Aidil sedar bahawa Dianlah yang terbaik untuk dirinya. 

Apa salahnya kan? Dian single. Aku available. Dian cantik. Aku handsome. Haa! Kan dah padan sangat tu! Macam pinang dibelah lapanlah katakan! Aidil tersengih sendiri.

"Kenapa awak ni? Dari tadi diam je... pastu sengih sorang-sorang!" ujar Dian. Seram tau tak!

Aidil sengih lagi. "Kenapa? Rindu nak dengar suara abang? Ataupun... Dian rindu abang?" usik Aidil.

"Eiii!!! Perasan! Saya tanya sebab saya seram tengok awak, tersengih-sengih je dari tadi. Entah apalah yang ada dalam kepala otak tu..."

"Tengah ada sayang la dalam kepala abang ni..."

Dian buat muka. Ini semua taktik dia je Dian! Jangan percaya sangat!!!

"Dian..."

"Hmm?"

"I'm sorry. For everything."

Dian terkedu. Dia membuang pandang ke luar tingkap bagi meredakan perasaannya. Kenapa Aidil kena bangkitkan lagi hal ni? Dah hampir lima bulan mereka berpisah!

Tiba-tiba Dian rasa ada tangan yang sedang menggenggam tangan kanannya. Dia berpaling dan melihat tangan kiri Aidil menggenggam erat tangan kanannya. Hati Dian berdegup laju.

"Dian ingat tak... five months ago. Your 26th birthday. Our sixth year anniversary."

"And our break-up date. Of course I remember." Sambung Dian dengan senyum sinis seraya melepaskan tangannya dari pegangan Aidil. Ohh... macam ni kau nak main ya...

Aidil mengeluh berat. "Abang menyesal buat Dian macam tu. All the words I've said, it's not true at all. Dian yang terbaik buat abang... no one else."

"Yet, you left me hanging."

"And I regretted it until now."

"Dahlah... Saya malas nak cakap lagi."

"Dian..." Panggil Aidil lembut. Misi harus diteruskan!

"Apa lagi?" tanya Dian dengan geram. Macam-macam pulak perangai Aidil malam ni.

"Cuba bukak glovebox tu kejap, yang..."

Dian ikut sahaja arahan Aidil. Glovebox dibuka dan sebuah kotak baldu panjang berwarna hitam berada di dalamnya.

"Ambil kotak tu kejap..."

Dian ikut sahaja arahan yang diberi.

"Cuba bukak... ada apa dalam tu?" Aidil sudah tersenyum-senyum.

Dian membuka kotak baldu itu dan melihat isi di dalamnya. Matanya membulat. Seutas rantai. Lebih tepat, rantai yang dia lihat beberapa bulan yang lepas!

"Rantai... awak punya?"

"Dian punya. It's for you and it was meant to be for you."

Dian terkelu.

"Maybe it was too late but..." Aidil meraih tangan Dian semula dan digenggam erat. Wajah Dian dipandang sekilas. "Happy 26th birthday and... happy anniversary."

Dian dapat rasa ada air mata yang bertakung di birai matanya. Tidak dinafikan yang dia tersentuh dengan kata-kata Aidil. 

"Dian..."

Dian memandang ke arah Aidil yang tenang memandu dan fokus ke hadapan.

"Let's get married. I'm serious. Kita kahwin?"

Dan Dian terus terdiam tanpa dapat mengeluarkan kata-kata.

***

Notakaki : Wuuuu, three updates in three days! Macam mana, happy? Saya bagi hadiah kat pembaca saya minggu ni! Comment and vote to show your love and support! Jumpa lagi minggu depan! ;)

P/S : Saya amat mengalu-alukan sebarang teguran kalau ada kesilapan ejaan sana sini. Biasalah, bermata empat dan menaip pakai handphone je hahahaha...

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now