BAB 16

42.7K 1.8K 20
                                    

Bunyi bergemerincing apabila Aidil menolak pintu kafe itu membuatkan Chris yang sedang berada di kaunter bar memandang ke arah pintu masuk. Matanya membulat apabila melihat Aidil dan Dian masuk ke dalam kedainya.

"Walawei! You guys dah get back together ke?" tanya Chris tanpa segan silu sebaik sahaja Aidil dan Dian mengambil tempat di kaunter bar.

Dian membulatkan matanya tanda suruh Chris untuk diam tetapi lelaki berbangsa Cina itu buat derk aje.

"Amacam, Aidil? Ayat apa yang you dah bagi dekat tuan puteri ni untuk dia cair balik dekat you?" tanya Chris sambil mengangkat kening double-jerk. Suka betul dia lihat Aidil dan Dian datang bersama-sama semula.

"Chris!" Dian menjegilkan matanya dan mencubit lengan lelaki itu. Kan aku dah jadi mak ketam ni!

Chris hanya gelak. "Yelah... Dulu you datang sini dengan orang lain. Hari tu Aidil datang sini pun dengan orang lain. Sekarang datang berdua pulak. Miracle betullah you berdua ni!"

Dian terdiam. Aidil pernah datang sini orang lain? Dian memandang Aidil di sebelahnya tetapi lelaki itu kelihatan selamba dan bersembang dengan Chris seperti biasa. Tiba-tiba Dian berasa asing. Ternyata perasaannya tidak suka apabila Aidil tidak memberi perhatian kepadanya.

"Let me take your orders first. You guys nak order apa?"

"I macam biasalah Chris, black coffee and hari ni I nak try chicken pie dalam showcase tu," jawab Aidil seraya memandang ke arah Dian yang hanya diam dari tadi. "Dian, awak nak order apa?"

Dian diam tidak menjawab.

"Dian?"

Dian tersentak dari lamunannya. "Apa dia?"

"Awak nak order apa? Like usual, espresso and french toast?"

Abang masih ingat lagi menu favourite Dian...

Dian menggeleng. "I nak iced lemon tea je Chris." Dian bersuara perlahan.

"Are you sure? You tak pernah order selain espresso tau." Chris sendiri rasa pelik apabila Dian memesan minuman lain selain daripada espresso kegemarannya.

"Tak nak order makan ke? I thought you said that you haven't had your breakfast."

"Tak rasa macam nak makan."

Chris sudah melangkah ke tempatnya untuk membuat minuman. Dian dan Aidil masing-masing diam sehingga dapat dirasakan suasana janggal bermain di udara. Dian sudah tidak seceria tadi. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya yang seperti ribut katrina itu.

"Tadi Chris cakap awak pernah datang sini dengan orang lain. Siapa?" Aidil tiba-tiba bertanya.

Dian geram. Aidil memang sengaja nak main-mainkan hati aku! Tak payahlah nak tanya soalan macam tu!

"Encik Norman." Dian menjeling Aidil. "How about you? Pernah datang sini dengan siapa?"

"Julia." Aidil menjawab selamba.

Dian tahu air mukanya sudah berubah tapi sedaya upaya dia cuba menahan perasaannya.

"So... sini dah jadi dating spot for you and Norman ke? Kalau yes, saya rasa saya kena cari kafe lain untuk lepaklah..."

Dian rasa seperti tidak percaya. What kind of game is he trying to play now?

"Kenapa cakap macam tu dekat Dian?" Suara Dian sudah berubah sedih. "Am I look that bad to you?"

Aidil memandang wajah Dian yang sudah kelihatan seperti ingin menangis. Tiba-tiba dia didatangi rasa bersalah. Kasar sangat ke cara aku ni? Tapi, bukan itu ke yang Dian nak?

Dian tiba-tiba bangun dari duduknya dan melangkah ke arah pintu kafe itu. Dia tidak mahu lagi berada di situ. Tingkah-laku Aidil amat menyakitkan hatinya.

Sebaik sahaja dia berada di luar kafe, Aidil menyambar lengan Dian. Dian berpusing dan memandang wajah Aidil dengan perasaan geram.

"Isn't that what you want, Dian?" Aidil memandang tepat ke arah mata Dian. "Kenapa mesti marah? That's what you asked from me, kan?"

"You're not helping, Encik Aidil. Apa yang awak tengah buat ni akan menyakitkan lagi hati saya."

"Dian takkan sakit hati kalau Dian tak cintakan abang lagi."

"Stop it, Encik Aidil. Jangan main-main lagi dengan perasaan saya!" Dian terus menarik tangannya kembali lalu terus menahan teksi yang kebetulan lalu di situ.

Aidil hanya mampu melihat Dian berlalu menaiki teksi sambil mengeluh berat. It ain't going to be easy to forget her, Aidil.

***

Notakaki : Comments and votes are love! Alah, tak luak mana pun kan? Lagipun, inikan update kedua utk minggu ni hehehe ^^

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now