BAB 6

48K 2K 130
                                    

Aidil duduk termenung memandang air terjun buatan yang terletak di laman rumah. Di sekeliling air terjun buatan itu terdapat bermacam-macam jenis bunga yang ditanam sendiri oleh ibunya.

Puan Sri Khaleeda memang suka menanam bunga. Yelah, dia merupakan suri rumah tangga. Kalau tidak berpersatuan, pasti dia akan ada duduk di rumah untuk menanam dan menjaga pokok bunganya. Patutlah semua pokok bunga hasil tangannya menjadi.

Aidil mengeluh lemah. Malam minggu seperti ini sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya. Selalunya pasti dia akan keluar bersama Dian pada malam minggu seperti ini. Yelah, pada hari biasa dia tidak akan keluar bersama Dian. Hanya pada hari minggu sahaja Aidil akan meluangkan masa bersama Dian.

Dia suka melayan kerenah Dian. Dian sangat manja dan selalu inginkan perhatian dan dia akan selalu memberi perhatian kepada Dian.

Aidil mengaku, dia memang sayang dan cintakan Dian. Tapi, Dian dan dia berbeza. Dian hanyalah orang biasa, anak yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim sejak kecil. Dian bukannya sesiapa. Sedangkan Aidil merupakan anak kepada antara usahawan yang terkaya di Malaysia. Dia perlu jaga prestasi dan nama baik keluarga.

Walaupun ayah dan ibunya tidak pernah meletakkan apa-apa syarat kepada sesiapa sahaja yang bakal menjadi menantu keluarga ini, tetapi Aidil tahu, nama baik keluarga perlu dijaga. Apa kata orang kalau dia, anak kepada Tan Sri Adam, bercinta dengan Dian Raisya, seorang yatim piatu dan juga bekerja sebagai secretary di syarikat daddynya?

"Hai... jauh anak mummy termenung. Fikirkan buah hati ke?"

Lamunan Aidil tersentak. Dia berpaling ke belakang dan melihat ibunya sedang melangkah ke arahnya. Puan Sri Khaleeda mengambil tempat di sebelah anak terunanya.

"Fikirkan siapa sampai termenung jauh ni?" tanya Puan Sri Khaleeda lagi.

"Mana ada fikir sesiapalah mummy... saja je Aidil tengok fountain ni ha..."

"Aidil tengok fountain ke, fountain tu yang tengok Aidil? Mummy tengok sampai nak tembus mata Aidil tenung fountain tu!"

Aidil tergelak kecil. "Mummy ni... ada-ada jelah!"

"Betul kan tekaan mummy? Aidil tengah fikirkan buah hati, kan? Kenapa Aidil tak nak bawak girlfriend Aidil datang rumah? Boleh berkenalan dengan mummy and daddy!"

"Nak bawak macam mana mummy... girlfriend pun dah tak ada..." gumam Aidil perlahan tapi masih boleh didengari oleh Puan Sri Khaleeda.

"Dah tak ada? Apa maksud Aidil? Maknanya dulu Aidil dah pernah ada girlfriend la ni? Kenapa tak pernah bagitahu mummy? Aidil ni!" Puan Sri Khaleeda membebel.

"Aidil tak cakap pun Aidil ada girlfriend!" Aidil cuba untuk menafikan.

"Dari cari Aidil cakap tu pun mummy dah boleh tahu la! Maknanya sekarang ni Aidil dah single balik la?"

Aidil menjungkitkan bahunya. Dia masih belum mahu sesiapa tahu tentang hubungannya dan Dian dulu.

"Mummy ada sorang kawan ni... Aidil ingat tak Datin Aisyah? Anak dia dari Australia tu baru balik Malaysia tau..."

Aidil mengerling ibunya di sebelah. Lain macam mummy aku ni... macam ada udang di sebalik batu!

"Anak dia yang mana?" Aidil bertanya malas.

"Anak bongsu dia yang nama Julia tu. Baru habis belajar kat Australia. Nanti mummy aturkan, jadi Aidil berkenalan la dengan dia ya!"

Aidil mengeluh perlahan. "Malas la mummy... maybe someday, tapi bukan dalam masa yang terdekat ni. I'm not in the mood."

"Aidil... Aidil dah 30 tahun tau! Sampai bila nak hidup macam ni?"

"Hidup macam mana?"

"Hidup sendiri macam ni la! Aidil kena ingat, mummy dengan daddy bukan selama-lamanya hidup menongkat langit tau!"

"Habis tu, mummy nak Aidil buat apa? Cari isteri?"

"Kalau boleh, why not? At least mummy percaya ada orang boleh jagakan anak mummy ni. Bukan semua perempuan boleh jaga anak mummy ni, perangainya ya Allah... lain macam betul!"

Aidil tersenyum. Ya, dia mengaku dia berperangai agak lain macam. Dia seorang yang agak cerewet, tak kisahlah dari segi makanan atau apa saja.

Tetapi... hanya Dian yang boleh tahan dengan perangainya yang bermacam-macam ragam.

Ya... hanya Dian yang bertahan selama enam tahun.

Hanya Dian.

***

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now