BAB 20

43.6K 1.7K 40
                                    

"So... Here's your room card, malady." Usik Aidil sambil menyerahkan kad bilik kepada Dian.

Dian menjeling Aidil. What get into him today? Tiba-tiba jadi... normal? Macam dulu...

Mereka berdua berjalan bersama-sama hingga masuk ke dalam lif. Aidil menekan punat bernombor 7 yang terletaknya bilik mereka berdua.

"Today's our off day, but let's meet for lunch. Okay?"

"No, I'm going myself." Dian berpeluk tubuh dan cuba mempertahankan pendiriannya. No more Aidil!

"It's not safe Dian. Dian tahu ke tempat-tempat kat sini?" Dahi Aidil berkerut. Dian ni... degil sungguh!

"Kalau tak tahu pun, boleh cari tahu. Bukannya susah, we're still in Malaysia, kan?" Dian masih lagi berpegang teguh dengan prinsipnya. "Kalau pergi dengan awak pun belum tentu selamat jugak..." ujar Dian perlahan dengan harapan Aidil tidak mendengarinya.

Aidil yang mendengar butir bicara Dian yang perlahan itu mula tergelak.

"Why are you laughing?" tanya Dian sambil melangkah keluar dari pintu lif sebaik sahaja pintu itu terbuka. Dian berdiri di hadapan pintu biliknya dan Aidil turut berdiri di sebelahnya. "Hello sir... your room is over there." Dian menunding jari ke bilik sebelah.

"I heard your words just now," ujar Aidil dengan senyumannya. "Hmm... kalau pergi dengan abang pun belum tentu selamat?"

Dian terdiam. Aidil mendekatkan dirinya pada Dian. "Why? Takut abang makan Dian?" bisik Aidil perlahan.

Dian berdecit perlahan. Dia menolak perlahan dada Aidil agar lelaki itu menjarakkan dirinya sedikit.

"Can you please stop doing that?" tanya Dian dengan geram. Geram kerana Aidil suka mengusik hatinya.

Aidil tergelak melihat wajah Dian yang sudah masam. "Okeylah sayang... Abang tak kacau dah." Aidil melangkah ke arah biliknya yang terletak di sebelah bilik Dian. "See you in an hour."

"No!"

Aidil mengimbas kadnya pada scanner lalu membuka pintu biliknya. Sebelum dia melangkah masuk, sempat dia berpesan sesuatu kepada Dian.

"Sorry sayang... I don't take 'no' as an answer." Dan dia terus menutup pintu biliknya.

Dian mendengus geram. Dia ni...!

***

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Perut Dian sudah berbunyi kerana lapar. Sepatutnya dia keluar makan bersama Aidil sejam yang lepas, tetapi dia sengaja mendiamkan diri apabila lelaki itu mengetuk pintu biliknya bertalu-talu dan menelefonnya tanpa henti.

"Dian... I've been knocking for like 10 minutes already. Can you please open the door?"

Dian hanya mendiamkan diri di sebalik pintu biliknya. Dia duduk bersandar pada pintu biliknya tetapi langsung tidak menyahut panggilan Aidil.

Aidil masih tidak berputus-asa dan terus mengetuk pintu bilik Dian.

"Dian kalau tak suka, cakap. Jangan diam macam ni je. I'm not going to force you anyway." Lelaki itu diam sebentar. "Kalau lapar nanti tapi masih nak berdiam diri macam ni, order room service. I'll get going."

Dan bunyi tapak kaki yang sayup kedengaran menandakan yang lelaki itu sudahpun berlalu pergi.

Dian mengangkat gagang telefon dan menekan satu nombor.

"Hello, room service..."

***

Dian duduk di atas katil sambil menongkat dagu melihat rancangam televisyen yang tidak menarik yang sedang ditayangkan di kaca televisyen. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 8 malam.

Sejak tengah hari tadi, tiada lagi ketukan di pintu atau panggilan telefon daripada Aidil. Dian sendiri keliru sama ada dia patut gembira atau tidak apabila Aidil mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Dian membaringkan dirinya di atas katil yang empuk sambil memandang siling.

Come on, Dian! Don't be such a loser! Get yourself together and have fun! Takkan nak terperap dalam bilik je? Lagipun... kau tak pernah sampai Langkawi lagi kan? Inilah masanya kau nak survey coklat dan pinggan mangkuk Corelle, Dian!

Dian tersenyum memikirkan perkara itu. Dia pantas bangun dan melangkah ke arah almari baju. Sehelai blaus putih dan seluar jeans biru gelap dibawa keluar. Dian terus menukar baju tidur yang dipakainya dengan blaus dan seluar jeans tadi.

Di hadapan cermin solek, Dian menyikat rambutnya yang panjang paras pinggang dan beralun di bahagian hujung dengan rapi. Rambutnya itu dibiarkan lepas tanpa diikat. Dian amat sayang akan rambutnya. Selepas tamat sekolah menengah, tidak pernah sekalipun dia memotong rambutnya sehinggalah sekarang rambutnya sudah mencecah pinggang.

Sebelum keluar dari bilik, Dian sempat mencalitkan pelembab bibir pada bibirnya yang kemerah-merahan dan menyembur minyak wangi sedikit.

Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik, Dian terpaku melihat lelaki yang tinggal di bilik sebelah yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik serentak dengannya. Aidil turut memandang ke arah Dian.

"Dian."

"Encik Aidil."

Aidil menutup pintu biliknya, begitu juga dengan Dian. Selepas menutup pintu, Aidil melangkah ke arah Dian.

"Nak pergi mana malam-malam ni?"

"Erm... nak pergi makan and then jalan-jalan kot. Bosan duduk dalam bilik," ucap Dian sambil berjalan menuju ke arah lif. Aidil melangkah bersama di sebelahnya.

"Did you eat your lunch?"

Dian mengangguk.

"Nak jalan-jalan pergi mana? Dah malam ni."

"Entah... Nak pergi tengok helang besar kat dataran la!" Ujar Dian ceria.

"I'll go with you."

Senyuman Dian mati. "Please don't treat me like a child. I know how to take care of myself!" Dian terus melangkah keluar dari pintu lif tetapi Aidil sempat menyambar tangan Dian sebelum gadis itu melangkah lebih jauh.

"You're not a child, but you're a lady. Cuba jangan degil sangat Dian."

"Saya bukan tanggungjawab awak pun." Dian melepaskan tangannya dari pegangan Aidil. Kini mereka berdua berada di lobi hotel mewah milik syarikat Tan Sri Adam.

"Sayang... cuba jangan degil sangat. Hari dah malam, and there's no way I'll let you go out by taxi. Awak tu dah la cantik... kalau pakcik teksi mengorat awak nanti siapa yang susah? Abang jugak... Come, I've got my car ready outside."

Dian mengalah juga akhirnya. Panjang muncungnya apabila dia kalah dengan pujukan Aidil.

This guy... He really knows me best.

***

Notakaki : Holaaaa! Ini chapter paling panjang and paling cepat sekali diupdate! Semalam satu chapter, harini satu chapter. Btw, ada sesiapa dah beralih ke #TeamAidil ? Ataupun masih setia kepada #TeamNorman ? Comment and vote to show your love! :)

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now