BAB 1

37.6K 1.2K 36

Lama Dian memandang telefon bimbitnya yang masih berada di tempat yang sama sedari tadi tanpa sedikit pun bergerak. Fikirannya menerawang jauh memikirkan hubungannya bersama kekasih hatinya, Aidil.

Hari ini, genap enam tahun aku bercinta dengan Aidil. Ya, enam tahun bukannya satu tempoh yang pendek. Dan selama enam tahun ini jugalah aku dah banyak bersabar dengan segala kerenah dia. Tapi, sampai bila? Sampai bila aku nak terima jadi kekasih yang dia tak pernah mengaku?

Ya, depan aku memang dia cakap sayang, cinta. Tapi, kenapa hubungan ni mesti dirahsiakan dari semua orang? Penting sangat ke reputasi dia tu? Hina sangat ke aku ni sampai aku tak layak untuk diperkenalkan sebagai kekasih dia?

Dian mengeluh lagi. Sedari tadi dia menunggu panggilan dari Aidil tetapi panggilan itu masih belum muncul lagi. Aidil sudah berjanji akan menjemputnya selepas waktu kerja untuk meraikan ulang tahun hubungan mereka berdua. Tetapi sampai sekarang Aidil masih belum muncul-muncul.

Baru sahaja Dian ingin ke dapur, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Sepantas kilat Dian terus menjawab panggilan daripada Aidil.

"Abang dah sampai. Dian kat mana?"

"Dian baru nak keluar rumah. Abang parking kat mana?" Ujar Dian sambil tergesa-gesa keluar dari rumah dan mengunci pintu dengan sebelah tangan.

"Abang tak masuk dalam. Dian jalan keluar main gate, abang ada kat seberang jalan."

"Okey. Tunggu jap, Dian baru turun lif. Dian hang up tau?"

Tanpa sempat dia mematikan talian, talian di hujung sana telah dimatikan terlebih dahulu.

Dian cuba berjalan sepantas mungkin. Sebaik sahaja dia ternampak BMW milik Aidil, dengan pantas dia memboloskan diri ke dalam kereta itu.

***

Selesai sahaja makan, Dian cuba mengumpul semangat untuk berbincang dengan Aidil. Sudah lama dia bersabar, tetapi sabarnya juga ada had. Aidil memang seorang yang baik dan romantik, tetapi dia juga sangat ego!

"Abang, sampai bila kita nak macam ni?"

Aidil mengangkat muka dari pinggan kek dan memandangnya.

"Macam ni tu, macam apa?"

"Berahsia macam ni. Dian dah tak larat..."

Aidil meletakkan garfu keknya di atas pinggan. Wajahnya kelihatan tegang.

"Dian, abang tak mintak banyak tau dari Dian. Abang cuma nak Dian faham abang. Dian tahu family abang macam mana kan? You know that I have a reputation to take care, right?"

Dian mengeluh perlahan. "Dian faham... tapi sampai bila?"

"Sampai bila-bila Dian! Selama ni Dian tak pernah persoalkan, kenapa sekarang baru nak tanya? Dian sendiri tahu asal usul Dian macam mana, keluarga Dian macam mana, keluarga abang macam mana. Kalau nak diikutkan, Dian langsung tak layak untuk abang tau? Tapi sebab abang sayang Dian, abang cintakan Dian, abang terima Dian dalam hidup abang. Tapi satu benda yang Dian kena faham, Dian dengan abang tak sama."

Dian sudah menunduk ke meja sambil manik-manik halus mula menitik di pipinya. Sakit.... sakit sangat mendengar kata-kata Aidil.

"Dian tak nak kita macam ni sampai bila-bila..." ujarnya sambil teresak-esak.

Aidil menghela nafas berat. "Dian, kalau susah sangat untuk Dian faham, abang rasa baik kita putus je."

Makin laju air mata Dian turun ke pipi. Memang dia sudah jangkakan ini yang akan terjadi.

Dian mengelap air matanya yang turun. Sedaya upaya dia cuba untuk menenangkan dirinya.

"Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua." Perlahan-lahan Dian menanggalkan cincin yang tersemat di jari manisnya selama enam tahun.

"Saya harap, awak akan jumpa perempuan lain yang lebih layak bersama awak dan akan membahagiakan awak, Encik Aidil."

Cincin itu diletakkan di atas meja dan Dian terus berlalu pergi bersama air mata yang tidak dapat ditahan lagi.

***

Bekas Kekasih Dia! ☑Read this story for FREE!