BAB 28

37.6K 1.5K 30
                                    

Malam itu, Norman terus menukar tiket penerbangannya untuk ke Kuala Lumpur. Sepatutnya dia kembali ke Kuala Lumpur dua hari lagi tetapi dia mengambil keputusan untuk pulang malam itu juga.

Sementara menunggu waktu penerbangan tiba, Norman mendail nombor seseorang.

"Zali, aku nak kau cari Julia secepat mungkin. Aku nak tahu mana dia tinggal, mana dia kerja and everything about her. Aku rasa dia ada dekat KL. Aku akan send more details about her. Jumpa aku dekat ofis dalam masa dua hari."

***

Di dalam biliknya, Dian jadi tidak senang duduk memikirkan insiden yang berlaku petang tadi. Dia mundar-mandir di hadapan televisyen yang sedang memainkan sinetron Indonesia sambil berfikir tentang Aidil dan Norman.

Apa yang dah jadi sampai dia orang boleh gaduh sampai macam tu sekali? Apa yang dia orang rahsiakan? Julia? Siapa Julia?

Pelbagai soalan bermain di minda Dian. Dia tahu dia tidak sepatutnya masuk campur dalam hal Aidil dan Norman, tetapi sekarang ini perasaan ingin tahu amat menebal dalam hatinya. Lebih-lebih lagi dia telah menyaksikan adegan pergaduhan antara Aidil dan Norman petang tadi.

Ish... ini tak boleh jadi. Kalau aku berdiam diri je, mahunya tak boleh tidur malam seminggu!

Dian lantas ke almari baju dan mencapai sehelai cardigan labuh paras buku lali warna hitam lalu disarungkan ke tubuhnya bagi menutup baju tidur bercorak teddy bear yang dipakainya.

Di hadapan bilik Aidil, Dian membaca bismillah lalu dihembuskan tiga kali pada pintu bilik Aidil. Konon-konon supaya Aidil sejuk hati. Sebenarnya Dian pun takut dengan perangai Aidil jika lelaki itu tiada mood.

Loceng pintu bilik Aidil ditekan sekali. Tiada jawapan. Dian tekan lagi dua kali. Kemudian barulah pintu bilik Aidil terbuka.

Berkerut dahi Aidil melihat Dian di hadapan pintu biliknya. "Dian buat apa ni? Dah nak dekat pukul 11 malam dah..."

"Pipi awak tu okey tak?" Sempat lagi Dian bertanya. Risau juga dia apabila melihat Aidil ditumbuk petang tadi.

"Mestilah okey, yang... Kata jantan, takkan kena tumbuk sekali nak pengsan kot. Tak tough la, betul tak?" usik Aidil dengan senyuman mengusiknya. "Dian buat apa kat bilik abang malam-malam macam ni?"

Dian berdecit perlahan sambil berpeluk tubuh. "Ini semua salah awak dengan Norman. Sekarang ni awak dengan Norman dah buat saya curious. Awak pun tahu kalau saya curious saya jadi macam mana. Saya takkan boleh tidur. Jadi untuk menyelamatkan masa tidur saya yang berharga ni, awak kena cerita dekat saya apa yang dah jadi sebenarnya!" ujar Dian panjang lebar tanpa henti.

"Nak cerita apanya dah nak dekat pukul 11 malam dah ni sayang... Takkan nak masuk dalam bilik abang kot? Itu namanya mintak nak kahwin free, Dian... Abang tak naklah kahwin free. Kalau boleh abang nak kahwin dengan Dian betul-betul. Ada mas kahwin, hantaran, majlis..." Belum sempat Aidil menghabiskan ayatnya, Dian terlebih dahulu memotong.

"Ish... Awak merepek apa ni..!" Berkerut dahi Dian mendengar bebelan panjang Aidil. "Saya pun tak naklah kahwin free! Kita duduk dekat luar ni dahlah... Lagipun saya tak boleh tidur lagi ni!"

"Kat luar ni? Mana ada tempat nak duduk sayang oii..."

"Kita duduk dekat lantai jelah. C'mon Encik Aidil... takkan duduk atas lantai pun tak boleh kot?" Dian angkat-angkat kening.

"Fine..." Aidil menutup pintu biliknya lalu bersila betul-betul di hadapan pintu biliknya.

Dian tersenyum lalu melangkah ke biliknya semula lalu bersila di hadapan pintu biliknya tapi bertentangan dengan Aidil.

"Aik... Jauhnya duduk. Macam mana nak sembang kalau jarak dua batu ni..." komplen Aidil apabila Dian duduk agak jauh darinya.

"Mana boleh dekat-dekat Encik Aidil... dah malam ni. Bahaya."

Aidil senyum menyenget. "Tahu pun bahaya... habis tu tekan loceng pintu bilik abang sampai tiga kali tu tak fikir bahaya pulak?" usik Aidil. "Bahaya tau sayang... datang bilik abang malam-malam pastu pakai baju tidur teddy bear macam tu. Dahlah tuannya memang dah comel, pakai pulak baju teddy bear macam tu, alahai sabarlah hati..."

Panjang muncung Dian apabila terus-terusan diusik Aidil. Pantang jadi saja dia ni! getus Dian dalam hati.

"Ish... Saya tak nak cerita tentang saya... Saya nak tahu cerita lain!"

"Tentang apa?" Aidil buat-buat tanya.

"Tentang hal petang tadi... Saya bukannya nak menyibuk tapi I accidentally knew things that I was not supposed to know, Encik Aidil."

Aidil mengeluh perlahan. Dia meraup muka hingga ke rambut kemudian berakhir di belakang lehernya.

"Bukannya abang tak nak cerita..." Aidil terdiam sebentar. "Tapi benda ni terlampau peribadi untuk abang ceritakan. What ever happens, Norman is still my cousin. He's like my brother already. Rahsia dia dah jadi rahsia abang jugak Dian..."

Giliran Dian pula yang terdiam. Dia faham dan hormat dengan pendirian Aidil yang tidak mahu membuka cerita.

"Abang rasa... lebih baik kalau Norman sendiri yang bercerita tentang hal ni dekat Dian," sambung Aidil. Lama dia memandang Dian sebelum berkata, "You must be curious about Julia and Norman, right? Is it because jealousy strikes you?" tanya Aidil perlahan.

Dian tidak tahu ingin menjawab apa. Cemburukah dia sebenarnya?

***

Notakaki : Holaaaa semuaaaa! Tiga hari dah tak update so hari ni ken la update hehehe... Btw, satu bab hari ni sebagai hadiah awal bulan November! Don't forget to vote and comment! Adiosssss! ^^

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now