Bab 1

363K 7.2K 508
                                    

"Arissa .. Ayah kamu sakit .. Doktor kata ayah kamu perlukan pembedahan dengan segera," kata Puan Hajar kepada Arissa. Puan Hajar ialah kakak kepada arwah ibu Arissa. Dialah yang menjaga Arissa sepanjang ayah Arissa sakit.

Hati Arissa jatuh berkecai. Arissa memandang wajah Puan Hajar dengan reaksi terkejut. "Betul ke Mak Long?" Puan Hajar mengangguk. "Sekurang-kurangnya 5 jam dari sekarang Arissa .. Mak Long dah minta pembedahan dijalankan dulu tapi dia kata tak boleh. Kena bayar 50% duit dari pembedahan dulu." terang Puan Hajar sambil mengusap belakang Arissa. Dia faham benar Arissa yang sayang akan ayah dan ibunya itu. "Mak Long.. Berapa kena bayar Mak Long??" dia mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Puan Hajar memegang tangan Arissa. " RM5000 untuk sekarang"

~

Arissa mundar-mandir di dalam rumah keluarga dia. Dia mencari akal untuk mencari duit sebanyak RM5000 itu dalam masa 5 jam. "Patut ke aku pinjam? Siapa yang boleh bantu aku? Ya Allah .. Tolong hambamu Ya Allah.." Arissa mengaup mukanya sambil beristighfar.

Tiba2 dia teringat akan Mak Ngah nya yang tinggal di pekan. Perjalanan dari kampung hingga pekan selama 2 jam menaiki bas. Arissa turun dari rumahnya lalu bergegas mengunci rumah. Dia menunggu di stesen bas. Telefon bimbit nokia 610 dikeluarkan.

"Assalamualaikum Mak Long. Ni Arissa, Arissa nak pergi rumah Mak Ngah," kata Arissa sebaik Puan Hajar menjawab panggilannya. "Nak buat apa Arissa? Mak Ngah takut nanti dia minta Arissa bayar lebih. Tak payahlah Arissa," Puan Hajar mundar-mandir di luar hospital.Dia kenal benar dengan adiknya itu. "Tak apa Mak Long. In Shaa Allah, lepas ni Arissa akan cari kerja. Yang penting ayah selamat Mak Long. Arissa tak sanggup nak kehilangan ayah pula". Kedengaran sayu suara Arissa. Puan Hajar mengangguk tanda mengizinkan. "Baiklah Arissa. Hati-hati ye. Baca ayat kursi selalu. Kentalkan iman. Ingat Allah,ingat kami di kampung," pesan Puan Hajar. "Baiklah. Assalamualaikum," Arissa menamatkan perbualan. Dia mematikan telefon apabila Puan Hajar menjawab salamnya.

2 jam telah berlalu. Arissa telah sampai di Pekan Kapar. Dia menaiki teksi untuk sampai ke rumah Mak Ngah nya. "Terima kasih pak cik", Arissa menghulurkan duit sebanyak RM 10.50 kepada pemandu teksi.Kini, dia di hadapan rumah Mak Ngahnya. Dia memasuki perkarangan rumah tersebut. "Assalamualaikum,Mak Ngah! Assalamualaikum!" laung Arissa. Kelibat wanita berumur 50-an muncul di daun pintu. "Waalaikumsalam. Ha Arissa, kenapa ni?" Puan Fatimah bertanya sebaik sahaja menjawab salam Arissa. Arissa menyalam tangan Puan Fatimah. "Mak Ngah..Arissa nak minta tolong boleh?" "Minta tolong apa?" tanya Puan Fatimah sambil mengangkat keningnya.

~

"Apa?! RM10 000?!" terbeliak mata Puan Fatimah mendengar duit sebanyak itu. Arissa mengangguk perlahan. "Tolong Mak Ngah .. Ayah tenat Mak Ngah.. Arissa tak sanggup nak kehilangan ayah pula Mak Ngah" Arissa mula bangun dari sofa. Dia ke sisi Puan Fatimah. Air matanya mengalir deras. Dia sudah tidak tahu hendak minta tolong dengan siapa lagi.

"Mak Ngah boleh tolong tapi Arissa kena ganti balik. Boleh?" Arissa mengangguk laju. "Boleh Mak Ngah. Arissa janji Arissa akan bayar balik Mak Ngah. Arissa janji," Arissa mengangkat tangan gaya ikrar. Dia mengelap air matanya. "Baiklah .. Mak Ngah bagi RM5000 dulu. Lagi RM5000 esok boleh? Mak Ngah ke bank besok," dia menghulurkan duit yang disimpannya selama 2 tahun ini. Arissa mengambil duit itu sambil mengangguk. Dia memeluk Mak Ngahnya. "Terima kasih Mak Ngah. Terima kasih," ucap dia. Mak Ngah mengusap belakang Arissa. "Sama-sama Arissa"

~

"Damn!She's hot man!" kata Ammar kepada aku. Mata tak habis-habis pandang 'barang' perempuan. "Enough for that Ammar Danish. Aku nak balik dulu. Nanti mummy aku membebel" aku bangun dari kerusi. Jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Ah,mati aku!

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now