Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)

2.7K 116 4
                                    

Niya duduk di meja solek, air mata mengalir di pipinya, fikirannya kusut memikirkan hal yang baru sahaja terjadi. Mikhail masuk ke dalam bilik, dia mendekati Niya yang sedang menangis teresak-esak itu. " Sayang. " Mikhail mengusap rambut Niya, Niya memandang Mikhail dengan air mata yang masih belum berhenti mengalir. Mikhail mengesat air mata Niya, Niya masih diam sambil anak mata memandang tepat mata Mikhail. " Sayang janganlah nangis. Nanti abang pun nangis. " Mikhail duduk melutut di hadapan Niya, dia mula memujuk isteri kesayangannya itu. " Sayang tak faham lah, kenapa mama Izah nak buang Sayang? Kenapa Ka Emma yang tahu hal ni tak bagitau? " jelas Niya.

Mikhail mengukir senyuman, Niya mengerutkan dahinya. " Kenapa senyum? " soal Niya, " Sayang, setiap orang tak lepas dari membuat kesalahan. Mungkin pada mulanya mama tak dapat terima sayang sebab ayah kandung sayang kahwin lain kan? Tapi mungkin lepas tu Allah bagi mama petunjuk, jadi mama ambil keputusan untuk dapatkan sayang balik. Ka Emma pula, mungkin sebab dia tahu hal ni akan jadi, sebab tu dia masih diam dan tunggu masa yang sesuai. " kata Mikhail. Niya memandang ke tempat lain, dia memikirkan kata-kata Mikhail. " Dah lah tu sayang, ini mungkin ujian daripada Allah untuk sayang. Allah nak uji kesabaran sayang, lagipun keluarga sayang kan dah makin baik sekarang. Sekarang ni kalau sayang marah macam ni, mungkin akan merenggangkan lagi hubungan tu semula. " tambah Mikhail.

Niya mengusap rambut Mikhail, " Mungkin Allah hantar abang untuk Sayang, untuk ubah fikiran sayang yang tak dapat nak fikir positif ni. ". " Setiap pasangan adalah untuk melengkapi kekurangan masing-masing. Allah hantar sayang untuk abang ialah untuk uji abang macam mana abang pimpin keluarga abang. Abang bersyukur sangat dapat sayang. " kata Mikhail. Niya mula tersenyum, Mikhail mengukir senyuman lebar di wajahnya. " Kenapa senyum macam tu? " kata Niya, " Salah kah? ". " Salah sebab cute sangat. " Niya mencubit-cubit pipi Mikhail, " Sakitlah sayang. ". Niya tetap mencubit pipi Mikhail, " Aduh-aduh Sayang. " Niya tergelak mendengar nyanyian Mikhail yang tak berapa nak sedap tu. " Amboi, suka ya. " Niya ketawa lagi.

Tengku Rizman sedang menunaikan solat fardhu Isya' di bilik rawatan Riyan, Riyan yang sedang terlantar itu masih belum sedarkan diri. " Ya Allah ya tuhanku, tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasih. Kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku ya Allah. Ya Allah, kau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman, kau jauhilah mereka dari azab api neraka mu ya Allah. Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku untuk tempuhi segala dugaan mu ya Allah, kesabaran dalam setiap cabaran, dan sentiasa menjadi hambamu yang soleh. Kau jauhi lah aku dari sikap takbur dan ria. Ya Allah, kau lindungi lah anakku Riyan. Kau berikan aku kesabaran dalam menjaganya ya Allah. Aku mohon padamu ya Allah, sesungguhnya kau yang maha mengetahui dan maha menguasai. Amin ya rabbal alamin. "

" Riyan. ", " Riyan. ", " Riyan. ", " Riyan. "

Riyan memandang sekelilingnya, suasana taman itu sunyi dan tiada sesiapa di sana. " Aku di mana? " Riyan mula berjalan beberapa langkah, " Riyan! " Riyan menoleh ke belakang. " Eh, mummy! " baru selangkah dia berjalan, tiba-tiba seorang anak kecil yang miripnya sewaktu kecil berlari ke arah Tengku Amiza. Tengku Amiza mendukung anak kecil itu lalu dipeluknya erat, Riyan tercengang melihat mereka berdua. " Riyan. " Riyan menoleh ke kanan, dia melihat Tengku Amiza dan Tengku Rizman sedang berjalan-jalan bersama anak kecil itu. " Riyan. " Riyan memandang ke kiri, kali ini dia melihat anak kecil itu sedang bermain chess bersama Tengku Rizman.

" Budak kecil tu, aku? " bisik hatinya, tak lama lepas itu lebih banyak lagi bayangan Tengku Amiza, Tengku Rizman dan anak kecil itu muncul. Riyan memandang ke atas langit, bayangan-bayangan itu seolah-olah ditarik naik. Air human menitis di batang hidungnya, hujan lebat mula membasahi bumi. Riyan berlari ke arah sebuah pondok, sedang dia berlari, kakinya terpijak tali kasut nya sendiri. Riyan jatuh tersembam di atas air lopak.

Tiba-tiba bayangan Tengku Amiza sedang sibuk keluar shopping, bayangan Tengku Rizman yang sedang sibuk bekerja, bayangannya yang sedang sibuk mengejar cinta Niya muncul di lopak itu. Kemudian banyak lagi yang telah menjadi punca keluarganya hancur, Riyan menangis selepas itu. Kini dia sedar yang keluarganya hancur kerana kesalahan dari mereka sendiri. " Ya Allah.. " Riyan menangis teresak-esak, dia terus menangis dan terus menangis.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now