Bab 14:Isi Hati

3K 118 4
                                    

Siapa sangka pertemuan Niya dan Riyan pada hari itu, membuat Niya terbayang-bayang akan Riyan. Luka di tapak tangannya itu sering ditatap, pakaian yang dipakai pada hari itu sering digantungkan pada dinding dan ditenung. Perasaan resah dan gelisah pastinya hadir di saat ingin melelapkan mata.

" Dapatkah aku jumpa dia lagi? " soalan ini sering bermain di fikiran Niya, setiap malam sejak hari itu. Selalu sahaja dia ingin bermimpi tentang kejadian itu, namun kenapa? Niya telah jatuh cinta kepada Riyan kah?

" Niya. " panggil Emma, Niya tersentak. Dia menoleh ke arah Emma yang berada di belakang nya, " Ya.. Ya Ka? " kata Niya. " Kenapa termenung ni? Ada problem? " soal Emma, Emma membuka peti sejuk lalu memgambil sebotol vitegen. " Tak adalah! " jawab Niya, dia memandang hand phone nya. " Ke, tunggu Mikhail chat? " usik Emma sambil menyedut airnya, Niya ketawa.

" Kenapa pula nak tunggu chat dia? Buang masa lah! " kata Niya, Emma duduk di sisinya. " Habis tu? " soal Emma, Niya terdiam. " Tak tahu lah. " kata Niya, " Niya, Niya tak teringin nak bercintakah? " soal Emma. " Bercinta? Dengan siapa juga? Niya tak suka lelakilah! " jawab Niya. " Mikhail? Dia Ok apa. " cadang Emma, " Mikha tu kawan Niya saja lah! " kata Niya. " Cinta bermula dari kawan lah. " kata Emma, Niya tersentak.

" Takkanlah Mikha tu suka Niya! " kata Niya, " Dalam hati ada taman Niya! " kata Emma. " No, Mikha bukan macam tu! Dia dah janji takkan suka Niya! " kata Niya, " Kita ni manusia Niya. Janji boleh di mungkiri, tapi hati tak boleh di bohongi. " kata Emma. Bertambah-tambah tersentak Niya, dia mengimbas kembali hubungannya dengan Mikhail. Memang rapat, sangat rapat. " Mungkin Niya tak jatuh cinta dengan Mikhail. Tapi Mikhail? Mungkin dia sudah pun jatuh cinta pada Niya! " tambah Emma.

" Dup.. Dap.. Dup.. Dap.. " Laju jantung Niya mengepam darahnya, semuanya ter-flashback dan ter-throwback kenangannya bersama Mikhail. " Emma! " mama Izah memanggil Emma, Emma bingkas bangun lalu keluar ke ruang tamu. Niya meletakkan kepalanya pada meja makan itu, air mata mengalir perlahan-lahan. " Ya Allah, aku tidak mahu perasaan ini menjadi perosak hubungan antara aku dan dia ya Allah. " kata Niya.

Dia mengangkat wajah nya, lalu memgesat air matanya. " Mikha, aku harap semua tu salah. " bisik hati Niya, dia bingkas bangun. Dia menuju ke arah anak tangga, Emma, mama Izah dan Encik Syakir hanya memandang Niya. " Kenapa tu? Lemah je. " kata mama Izah, " Pasal Mikhail lah tu. " kata Emma. Muka tanda tanya terukir di wajah mama Izah dan Encik Syakir.

Niya berjalan menuju ke biliknya, Hafizah dan Lina berada di ruang tamu atas. " Hoi, hoi! " panggil Hafizah, Niya menoleh. " Kau mari sini. " katanya, dengan langkah yang malas Niya menuju ke arahnya. And.. " Bush! " satu simbahan air daripada Hafizah singgah ke wajahnya. Lina dan Hafizah ketawa terbahak-bahak, Niya meraup wajahnya dengan tangan kanan.

" Cuma mau buat bahan lawak dah shuh! Shuh! " kata Hafizah, Niya berpusing ke belakang. Kaki kanan diangkat dan.. " Kedebuk! " Niya terjatuh di atas lantai kerana di sangga oleh kaki Lina. Hafizah dan Lina ketawa terbahak-bahak lagi, " Sabar Niya! Sabar. " bisik hati Niya. Dia bangun perlahan-lahan, " Kesian dia Ka kena buli " kata Lina. " Peduli, sebab memang itulah anak pungut. Kalau tidak dibuli bukan anak pungutlah namanya! " sindir Hafizah.

Niya menahan geram, dia mempercepatkan lagi langkah untuk ke bilik. " Hahaha!! " ketawa Lina dan Hafizah meresap ke telinganya, dia terus menutup dan mengunci pintu biliknya. Dia duduk di katil, wajah nya itu diraup beberapa kali. " Get your crayon~ Get your crayon~ " hand phone Niya menerima mesej. Niya memeriksa mesej itu. Nama ' Fira' terpapar pada skrin.

" Assalamualaikum Niya, petang Ahad ni jom pergi makan pizza hut di 1B jom.. Aku belanja..tu kan birthday aku so.. Biarlah aku belanja. Datang tau jangan risau gegirls je tak ada boys-boys tu... Malam nya baru aku celebrate di rumah dengan Naim Mikhail, Achai, tu semua... Kalau kau nak join malam tu boleh juga Hafsirah Jura dan yang lain nak join kecuali Umi kau faham-faham lah kenapakan.. Tapi kalau kau dapat lah... Ok sekian dan terima kasih :)
-your bestie: Afirah Alyana ✌ "

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now