Bab 17:Why?!

2.5K 116 4
                                    

Masa telah berlalu, tidak terasa hari sudah malam. Para ibu bapa ini masih tidak penat berbual. Perasaan bosan, mengantuk dan penat tersimpan di hati anak-anak mereka. Apa yang mereka buat hanyalah menjadi pendengar setia mereka. Niya mengusik lengan Emma, Emma memandang Niya. " Apa kita buat ni? Berjam-jam kita di sini. " adu Niya, " Sabarlah, kaka pun tak tau kenapa lama sangat. " kata Emma.

Mira menggosok-gosok matanya, dia mendekati Adam. " Abang, bila nak balik ni? Ngantuklah! " soal Mira, " Sabarlah Mira. " pujuk Adam. Mira mula merengek, dia menumbuk-numbuk dan menendang-nendang sofa. Niya mengendong Mira lalu membawanya keluar ke tepi kolam, " Mira sabarlah kejap lagi kita balik. " pujuk Niya. Mikhail mendekati Niya, " Eh, kenapa ni Mira? " soal Mikhail. " Mira nak balik. " kata Mira, " Emm, Mira nak tinggalkan abang ke? Jahatnya Mira. " kata Mikhail dalam nada merajuk.

Dari dalam rumah, keluarga mereka memerhati. " Nampak sesuai diorang dua tu. " kata Datin Sharifah, mama Izah dan Encik Syakir hanya tersenyum. " Abang Mikhail marah Mira? " kata Mira, dia telah berada di tangan Mikhail. Niya duduk di bangku sambil memerhati Mira dan Mikhail. " Mestilah abang marah, Mira nak balik! " kata Mikhail dia mencebik, " Alah, abang janganlah marah! " kata Mira. " Ok, janji Mira tak balik awal. " kata Mikhail, " Tapi, Mira nak tidur. " kata Mira. " Mira tidurlah sini, biar abang gendong Mira. " kata Mikhail.

" Tak apakah? " soal Mira, " Tak, asalkan Mira tak balik! " kata Mikhail. Mira memejamkan matanya, Mikhail menepuk-nepuk lembut belakang Mira. Perlahan-lahan dia telah terlena. Mikhail duduk di sisi Niya, " Tak berat? " soal Niya. " Tak juga, berat lagi kau! " kata Mikhail, " Eleh, macam kau pernah gendong aku! " kata Niya. " Eh, Cik Puan! Dulu tu apa? Masa kau jatuh dari basikal? " kata Mikhail, Niya tersentak. Dia mengingati masa itu.

Flashback~

Niya dan Mikhail berumur 7 tahun, ketika Mikhail masih tinggal di kejiranan yang sama dengan Niya, mereka selalu bermain bersama-sama. Main layang-layang, basikal, congkak, kadang-kadang Niya ikut Mikhail main guli, kadang-kadang Mikhail ikut Niya main masak-masak.

Niya mengayuh basikal barunya di kawasan kejiranan, Mikhail berlari
mengejar Niya. " Hahaha, Mikha kejarlah! " kata Niya sambil menoleh ke belakang, " Kau tunggu Niya! Kau ingat aku tak dapat kejar kau! " kata Mikhail. Niya menjelir, dia mengayuh basikalnya selaju yang mungkin.

Sedar tak sedar, dia mengayuh sehingga ke highway, tiba-tiba basikal Niya terlanggar batu. Niya hilang imbangan lalu terjatuh di atas jalan raya, sebuah kereta yang dipandu laju menghampiri Niya. Niya tidak mampu bangun kerana kakinya terasa sakit, " Aaa!! " Niya menjerit sekuatnya. " Niya! " jerit Mikhail, dia menarik Niya ke tepi jalan. Pemandu kereta tersebut terkejut, dia terus menekan break kereta.

Mereka berdua terbaring di tepi jalan, pemandu itu segera turun lalu mendekati mereka berdua. " Adik Ok? Ada cedera? " soal lelaki itu, " Saya Ok. Niya kau Ok? " soal Mikhail. Niya mengangguk, lelaki itu menghembus nafas lega. " Maaflah abang tak perasan kamu tadi maaf ya. " kata lelaki itu, " Tak apa bang, kami pun cuai, main sampai sini. Kami minta maaf juga. " kata Mikhail. " Ha, ya lah! Ni adik betul Ok kan, tiada cedera? " soal lelaki itu mahukan kepastian, Mikhail dan Niya mengangguk. Lelaki itu berdiri di hadapan mereka berdua yang masih terduduk di tepi jalan.

" Ok lah, kalau macam tu abang pergi dululah! Dah lambat nak mesyuarat ni. " katanya, dia masuk ke dalam kereta. Kereta itu dipandu laju ke tempat yang dituju, Mikhail hanya memerhati kereta tersebut hingga hilang dari pandangan. Mikhail memandang Niya, " Ya Allah Niya! " jerit Mikhail. Dia terkejut melihat seluar Niya yang terkoyak dan lututnya yang berlumuran darah. " Apa? " kata Niya, " Apasal kau tak bagitau kaki kau luka! " kata Mikhail. Dia duduk sambil memandang Niya, " Alah, sikit ja pun! " kata Niya.

Dia cuba berdiri, terasa pedih dan sakit yang amat! Niya terduduk di riba Mikhail, terkejut Mikhail. " Aduh, sorry Mikha! Kaki aku sakitlah! " kata Niya, " Tu lah! Tadi abang tu tanya, kau tak bagitau! Ni siapa susah? Diri sendiri juga kan! " leter Mikhail. Sakit juga telinga Niya mendengar, tapi luka di kakinya ini lagi sakit. Tiba-tiba Niya terasa diri nya diangkat. " Eh, apa kau buat ni? " soal Niya, " Nak buang kau! " kata Mikhail. " Eh, lepaslah gila! " jerit Niya, " BUK! " Mikhail melepaskan Niya. Niya jatuh terhentak di atas tanah.

My Lovely Crush❤ حيث تعيش القصص. اكتشف الآن