Bab 23:Hero Aku!

2.8K 119 1
                                    

Mikhail mengukir seribu senyuman di bibirnya, bola sepak yang berada di tangan asyik di putar-putar. Naik pening di lihat Achai, anak matanya asyik memandang bola sepak yang diputar oleh Mikhail. " Hoi! " Yusry menampar pipi Mikhail, hampir terjatuh Mikhail kerana hilang imbangan. " Apa kau ni? Tampar tampar orang! Aku tumbuk kang! " marah Mikhail, " Woo, lek bro! Lek! " kata Yusry. Mikhail membetulkan duduknya, " Kau ni, senyum, senyum! Apa cerr? " soal Yusry. Mikhail tersenyum lagi, " Nah, senyum lagi! Apa cerr kau ni? "  soal Yusry.

" Tak ada apalah! Aku senyum ja! Salah? " bohong Mikhail, jelas-jelas dia gembira kerana Niya sudah tinggal serumah dengannya. " Ish, peliklah kau ni! " kata Yusry, Mikhail membuang bola sepak itu ke tanah. " Dah, jom main! Yang lain sudah tunggu! " ajak Mikhail, Achai dan Yusry mengikuti langkah Mikhail ke tengah padang. Pada Sabtu ini, sekolah Mikhail akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Sekolah Menengah Tun Musafir Shah (Rekaan sahaja). So, kiranya hari ni diorang tak ada di kelaslah, cuti belajar hari ni belajar main bola jerrr~

Seperti biasa, Mikhail akan menjadi striker bagi pasukan sekolah, Achai dan Yusry merupakan defence, Naim sebagai gol keeper kemudian Zaid dan Jimi akan menjadi wings pasukan sekolah. Kemahiran bermain bola Mikhail memang tak dapat disangkal lagi, ini jugalah salah satu sebab Mikhail menjadi pujaan hati ramai pelajar perempuan kecuali Niya. Start je main, kelas mulai bising. Bangunan sekolah dekat dengan padang senanglah diorang nak intai, tambah lagi dengan kelas kosong, apa lagi jadi pasukan soraklah pelajar-pelajar tu.

Kelas 5 Inovatif kini sedang kosong, ketua kelas pergi main bola, penolong ketua kelas entah ke mana, pengawas dalam kelas pun jadi pasukan sorak, bising gila kelas ni. Sebahagian pelajar tu melekat dekat tingkap yang menghadap padang, terutama perempuan lah, mana boleh lepas tengok lelaki-lelaki handsome main bola. Terutama Mikhail lah yang menjadi target diorang tu. Pelajar lelaki pula, sibuk nak komen itu komen ini, kau ingat kau main? Kalau nak pergi cakap dengan Cikgu Ryzal yang kau nak main sekali senang cerita, tak payah nak banyak songeh. Taulah korang tak terpilih, tak payahlah nak komen bagai. Ish.. Ish.. Ish..

Niya hanya duduk di tempatnya sambil melukis-lukis sesuatu di atas kertas. Malas nak bersempit tengok diorang main bola, nanti dia balik dia nampak juga muka si Mikhail tu di rumah. Free lagi tu tak payah bayar, tak payah nak bersempit macam diorang semua. Hahahaha...

" Niya. " Jura duduk di hadapan meja Niya, " Yes? " kata Niya. " Kau tak ikut diorang tengok main bola? Best Niya, rugi kau! " kata Jura, " Buat apa? Malas lah aku nak bersempit-sempit dengan diorang cuma gara-gara nak tengok main bola free. Lagi satu, bukan ada mamat handsome pun, kawan-kawan kita ja kot! " kata Niya. " Hek eleh, jual mahal pula kau ni! " kata Jura, " Apa jual mahal? Buat apa aku jual mahal? Aku jual ais krim lagi baik, dapat juga 20 sen! " kata Niya. " Amboi, aku cakap jual mahal lain, dia cakap lain pula. " kata Jura, " Eh, aku cakap betul apa? Jual ais krim dapat 20 sen, dapat untung. Kalau aku jual ais krim cornetto tu lagi dapat aku 2 ringgit lagi untung! " kata Niya. " Ish, budak ni! " Jura mencubit pipi Niya, " Adoi, sakit lah! " Niya memukul lembut tangan Jura.

" Hai korang. " Hafsirah duduk di hadapan meja Mikhail, dia meletakkan kepalanya di atas meja Mikhail. Beberapa buah buku berada di tangannya, pasti dia baru balik dari perpustakaan. Baru sekejap tadi dia di panggil oleh Cikgu Annie, ada urusan katanya. Maklumlah, sebagai ketua pengawas pusat sumber yang bertauliah, aiseh, kenalah Hafsirah menguatkan semangatnya untuk ke blok paling hujung, naik tingkat tiga dan masuk ke bilik Cikgu Annie, kemudian menuruni anak tangga, dan ke blok paling hujung semula.

" Kesian kawan kita ni, penat. " kata Niya, Jura mengusap kepala Hafsirah. " Penat gila! " keluh Hafsirah. " Hei, kamu semua buat apa?! " tiba-tiba suara lantang Cikgu Laura kedengaran, bertempiaran para penonton bola sepak itu duduk di tempat mereka. " Mana ketua kelas kamu? " soal Cikgu Laura dengan suara lantangnya, " Mikhail pergi main bola cikgu. " jawab Rina yang kini berhadapan dengan Cikgu Laura. " Penolong ketua kelas? " soal Cikgu Laura lagi, semua memandang tempat duduk Nazmie. Beg ada, orangnya mana?

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now