Bab 10:Punca

3K 123 1
                                    

Mikhail terbaring di atas katil, dia memandang keluar tingkap. Datin Sharifah duduk di kerusi yang di khaskan untuk penunggu pesakit, dia membaca akhbar yang turut di sediakan oleh pihak hospital. " Ibu. " panggil Mikhail, Datin Sharifah memandang Mikhail. " Kenapa adik sakit kah? " tanya Datin Sharifah, Mikhail menggeleng perlahan.

Datin Sharifah tersenyum lega, dia mendekati Mikhail. Lalu dia mengusap kepala Mikhail, " Adik rindu Niya. " kata Mikhail. Datin Sharifah tersenyum lagi, " Adik nak ibu culik Niya kat sekolah bawa dia datang sini kah? " kata Datin Sharifah. " Eh, tak nak lah! Nanti Niya marah! " kata Mikhail. " Habis tu dah adik rindu dekat dia. Ibu nak buat macam mana? " kata Datin Sharifah.

Mikhail tersenyum, " Mikhail nak cakap je. Tak nak lah ganggu Niya. " kata Mikhail. " Adik sebenarnya buat apa dekat Niya sampai Niya mengamuk semalam? " pertanyaan Datin Sharifah membuat fikiran Mikhail buntu. " Err, kalau adik cakap ibu jangan marah please. " kata Mikhail. Datin Sharifah tersenyum lebar, Mikhail menarik nafas. " Sebenarnya.. " Mikhail menceritakan segala-galanya dari A sampai W je, sebab dia tak tahu Niya buat apa masa dia pengsan.

" Ish, tu lah adik! Suka sangat menipu, ni lah namanya pemabalasan! " kata Datin Sharifah sambil mengetuk dahi Mikhail dengan tangan nya. " Aduh, adik sengaja! Supaya Niya datang. " kata Mikhail, dia mengurut dahinya. " Adik betul-betul suka Niya kah? " tanya Datin Sharifah dalam nada yang serious, Mikhail mengangguk. " Dah lah adik rehat, jangan banyak fikir. " kata Datin Sharifah, Mikhail akur. Dia menutup matanya, dan tak lama kemudian dia terlena.

Manakala di sekolah, Niya meletakkan kepalanya di atas meja. Wajah nya kelihatan murung sahaja, wajah Mikhail sering muncul di dalam ingatannya. " Niya. " suara Umi kedengaran memanggilnya, Niya membetulkan posisi duduknya. " Ya? " kata Niya, " Awak Ok? Muka awak pucat lah, masa rehat tadi pun awak tak makan. " kata Umi. " Saya Ok, cuma risau pasal exam tak lama lagikan. " kata Niya cuba membohong. " Niya, mana boleh macam ni. Awak kena makan baru ada semangat untuk belajar! " kata Umi, Niya tersenyum.

Dia memandang meja Mikhail yang kosong itu, " Kenapa Mikhail tak datang hari ni erk? Selalunya dia paling awal paling rajin datang. " kata Umi. Terimbas kembali memori Niya tentang peristiwa semalam, " Sorry Mikha, gara-gara aku kau masuk hospital " bisik hati Niya. Kemudian cikgu Aslam memasuki kelas mereka, Naim selaku penolong ketua kelas memberi salam.

Pada masa pulang, Niya duduk di bus stop seorang diri. Jam menunjukkan pukul 2:15 petang, Niya menoleh ke kiri ke kanan namun tiada bayang-bayang kereta Emma. " Mana kaka ni? Dah lebih 15 minit ni! " rungut Niya, dia mengeluh, mengeluh lagi dan lagi. Tiba-tiba, " Bush! " Niya dilempar dengan belon yang berisi air berwarna biru. " Woi! " Niya berdiri tegak, dia memandang ke arah pagar sekolah. Niya mengorak langkah ke sana, dia mencari-cari di sekeliling semak.

" Tak ada siapa pula! " bisik hati Niya, " Jangan-jangan han.. ". " Titt.. Titt.. " bunyi hon kereta Emma dari arah bus stop mengejutkan Niya, Niya segera menoleh ke belakang. " Niya! " Emma keluar dari kereta lalu mendekati Niya. Niya terkaku, matanya hanya memerhati Emma yang mendekatinya. " Niya kenapa macam ni? Kenapa habis basah? Warna biru pula tu! " kata Emma, dia memandang Niya dari atas ke bawah. " Tak taulah Ka, tadi ada orang baling belon dekat Niya. Ni lah jadi dia. " kata Niya, " Ha, Niya bergaduh kah? " tanya Emma.

Niya menggeleng-gelengkan kepalanya, " Tak taulah! " kata Niya. Dalam fikiran Niya, pasti bukan crush Mikhail yang melakukannya, sebab diorang cuma akan hentam Niya di laman sosial. " Hmm, tak apa lah. Mungkin budak-budak nakal kot. Dah jom balik. " kata Emma, Niya memasuki kereta Emma.

Tanpa di sedari, ada seseorang sedang memerhatikan Niya. Dia bersembunyi di belakang pondok security. Meremang pula bulu roma nak buat~ >_<

Sudah masuk pukul 12:30 malam, Mikhail masih belum tidur. Di fikirannya cuma Niya, Niya, Niya dan Niya! Ke kiri ke kanan, mengeluh dan terus mengeluh. " Kenapa aku ni? Dah gila bayang agaknya! " bisik hati Mikhail, dia memandang hand phone nya yang berada di atas rak untuk menyimpan makanan. " Nak call Niya ke tak? Kalau aku call tak kacau dia kah? " kata Mikhail, dia mengeluh lagi.

My Lovely Crush❤ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora