Bab 41:Satu Kebenaran

Start from the beginning
                                    

" Atau kau masih sayangkan aku? ", " Apa? " mama Izah tersentak. " Kalau aku jadi kau, aku akan maafkan ja supaya tak dikacau lagi. Tapi, kenapa kau tak maafkan aku? Sedangkan permintaan aku senang ja, maafkan aku, aku pergi. " jelas Tengku Rizman. " Kau ingat aku ni binatang? Bila kau buat salah, kau minta maaf dan paksa dia maafkan kau. Kau tak ada hati perut langsung! ", Tengku Rizman mengangguk. " Aku ada kanser paru-paru tahap akhir. ", mama Izah terkejut mendengar nya. " Aku cuma nak pergi dengan tenang. Jadi tolonglah maafkan aku. Aku tak banyak masa. " jelas Tengku Rizman.

" Kau tipu! Kau cuma nak aku maafkan kau ja. ", air mata mengalir di pipi Tengku Rizman. Mama Izah terdiam, " Kau ingat benda ni boleh dimain-mainkah? Tau tak berapa tahun aku sanggup bertahan untuk cari kau dan untuk minta maaf dari kau. Aku sanggup laporkan Amiza pada polis, sebab aku tak nak dia tahu hal ni. Jadi aku nak minta maaf dari kau, dan aku nak kau ambil anak aku. Tolong jagakan dia. Aku merayu. " kata-kata Tengku Rizman membuatkan mama Izah sebak. " Kau tolong lah jaga dia. Dia dah banyak menderita sebab kami. Dia terpaksa terima mama dia penjenayah, dia terpaksa terima Niya gadis yang dia cintai tu adik beradik dia. ".

" Anak kau suka Niya? " soal mama Izah, Tengku Rizman mengangguk. " Dia hampir bunuh diri sebab tak dapat Niya. Masa aku jumpa kau di hospital hari tu lah dia ditahan. ", " Apa yang dia buat? ". " Dia kerat nadi dia. Nasib baik kawan sekolah dia jumpa dia di tandas. " jawab Tengku Rizman. " Kenapa sampai macam tu sekali? Sepatutnya dia terima hakikat yang Niya tu isteri Mikhail. " kata mama Izah, " Dia ikut perangai mummy dia. Mummy dia pun pernah kecewa sebab ex boyfriend dia kahwin dengan kawan baik dia sendiri. Amiza pun pernah cuba bunuh diri dulu. ".

Niya meletakkan kepala nya pada meja, mood belajarnya belum ada masa ni. Mikhail pula sedang focus dengan menulis karangan bahasa inggeris yang diberikan oleh Cikgu Anne. " Abang sayang tak ada mood nak buatlah. Macam mana ni? " bisik Niya, " Jangan letak kepala di meja tu. Itu yang buat sayang jadi malas. " jawab Mikhail sambil membuat karangan. Niya mengangkat kepalanya dari meja, dia melihat Cikgu Anne yang masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu menamatkan kelas Bahasa inggerisnya. " Bila lah cikgu tu nak keluar? " kata Niya.

Mikhail memandag Niya, " Kenapa tak ada mood pula? Selalunya sayang suka buat karangan. " soal Mikhail. " Abang rasa sebab apa? Mestilah sebab masih mood cuti. " jawab Niya, " Ya kah? Bukan sebab hal semalam tu kah? " kata Mikhail dalam nada mengusik. Niya menjeling Mikhail, " Janganlah cakap! Buat malu ja! " Niya membuang pandangannya ke luar tingkap. Mikhail tersenyum nakal, dia mendekatkan mukanya pada Niya.

" Nanti malam nak tak? ", terasa malu Niya dibuatnya walaupun tiada sesiapa dengar. Secara automatic Niya mencubit pinggang Mikhail. Mikhail terjatuh dari kerusi kerana terkejut. Mereka berdua jadi tumpuan rakan sekelas mereka. " Mikhail. Daniya. Kamu dua buat apa tu? " soal Cikgu Anne, " Niya cubit saya cikgu! " jawab Mikhail. " Niya. Kenapa cubit Mikhail? " soal Cikgu Anne, Niya terdiam. " Apa aku nak jawab ni? " bisik hati Niya, dia menacari-cari idea. " Internet searching. Internet searching. " Mikhail mula mengusik Niya, Niya menjeling Mikhail.

" Hei apa ni? " Cikgu Anne mula nak naik angin, pening tengok dua orang muridnya. " Macam ni... " Mikhail bangun lalu mengganding bahu Niya, " Niya malu cikgu pasal hal semalam. ", " Mikhail! " Niya menutup mulut Mikhail. Terlepas ketawa rakan sekelas mereka, Cikgu Anne pula tak jadi nak marah. Merah pipi Niya dibuatnya, dia tertunduk malu. Mikhail pula slumber ja muka dia, muka tembok betul :p

" Niya. Kenapa ni sayang? " Mikhail duduk di sisi Niya, Niya memandang ke tempat lain sambil mukanya dah masam mencuka. " Boahh, boahh. Niya marah! ", " Haha tak tahu. " Hafsirah dan Rina mula menakut-nakutkan Mikhail. Mikhail cuma tersenyum lebar, " Ala Niya tak payah nak merajuklah. Tak payahlah kau nak malu. " sampuk Fira. " Betul tu Niya, mana boleh masam-masam muka tu. Kata pengantin baru. " tambah Naim pula, Niya masih buat acuh tak acuh pada Mikhail. " Niya, dahlah. Tak payah nak merajuk lagi. ", " Kau tak kesian kat Mikhail kah? " kata Achai dan diikuti Jimi.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now