Syawal

74 10 3
                                    

1 Syawal  1448 Hijri.

Seawal pukul 5 pagi Syawal sudah terjaga dari lenanya kerana dikejutnya dengan deringan jam loceng yang nyaring. Tergagau-gagau dia mencari telefon yang terperosok bawah katil kerana ditendangnya semasa tidur semalam. Deringan jam loceng yang membingitkan itu segera Syawal tutup.

Dari telentang Syawal mengiring ke sebelah kanan menghadap sebuah katil bujang yang rapat di dinding sana.

Tiada sesiapa yang berbaring di atas katil itu, bahkan cadar yang mak serahkan pada Syawal malam semalam masih berlipat kemas di atas tilam. Sengaja Syawal biarkan tilam kekal tak bersarung. Dia tiada hati untuk tidur di atas katil dan lebih memilih untuk berbaring di lantai dingin.

Setelah puas memandang pandangan kosong itu, Syawal tolak tubuhnya dari lantai dan duduk. Bahu dan pinggang yang lenguh dan sengal akibat tidur tanpa alas Syawal urut.

Kain selimut motif bunga yang ia guna untuk membalut tubuh yang kedinginan malam semalam Syawal lipat kembali. Dia bangkit sambil mengambil dua bantal yang tergeletak di lantai. Dua kaki yang terasa berat Syawal paksa berjalan. Membawa diri ke katil bujang yang ada si sana untuk meletakkan semula bantal dan selimut yang diguna semalam.

Sebak bertandang tanpa dipinta, matanya yang sedikit sepet itu terasa berair dan memanas.

Kepala katil Syawal sentuh. Bayangan yang tidak dapat Syawal hapuskan sejak kehilangan pemilik bilik ini berputar lagi.

"Ramadan harap abang tak benci Ramadan. Ramadan harap sangat-sangat apa yang ayah beritahu dekat Ramadan itu satu pembohongan. Abang, emak, Nana dan abah satu-satunya tempat Ramadan bergantung harap sekarang ini. Abang tempat Ramadan berpulang. Kalau abang tinggalkan Ramadan, mana lagi Ramadan nak pergi?"

Memori-memori indah mereka berdua berpusu-pusu menerjah ingatan.

"Abang sentiasa ada tempat istimewa dalam hati Ramadan dan sebab abang la Ramadan masih berusaha untuk terus bernyawa sampai sekarang. Terima kasih abang sebab terus bersama dengan Ramadan dan tak pernah benci Ramadan."

Sejadah yang tergantung di kepala katil Syawal ambil.

"Rindu la nak jadi makmum Abang Syawal."

Setitis air jernih jatuh dari pinggir mata Syawal dan mengenai tilam tersebut.

"Dan keempat kalau Ramadan dah tiada nanti abang boleh ziarah Ramadan dengan baju tu."

Sejadah dalam pegangan itu diramas. "Selamat hari raya adik." Sesak dadanya.

"Abang Syawal rindu." Tangisan Syawal terhambur.

Setiap kali hari raya menjelang dan di saat umat islam yang lain seronok merayakan Syawal malah sebaliknya. Dia tersekat di kenangan silam yang memeritkan. Merindui seseorang yang tidak dapat kembali padanya lagi.

"Abang rindu." Syawal mencium dan membekam wajahnya pada sejadah yang pernah digunakan oleh Ramadan sebelum adiknya itu menghembuskan nafas terakhir. Meresapi bau haruman kasturi Ramadan yang masih melekat dan tidak pernah luntur biarpu sudah lama Ramadan meninggalkannya.

"Abang rindu sangat." Tanpa menghiraukan sesiapa Syawal menangis semahu-mahunya di tepi katil sang adik kesayangannya.

Orang-orang pernah berkata bulan Ramadan dan bulan Syawal itu umpama kembar. Mereka saling berdampingan dan sentiasa diraikan bersama. Hilang dua bulan bermakna ini akan hilang serinya penduduk bumi.

Namun ini bukan cerita tentang dua bulan yang saling berdampingan itu. Ini hanya cerita mereka yang merupakan manusia biasa. Manusia yang akan pergi saat ajal datang menjemput tidak kira bulan dan waktu.

Ini kisah mereka. Kisah disaat keluarga ini hilang seri Sang Syawal selepas ketiadaan Sang Ramadan.

 Kisah disaat keluarga ini hilang seri Sang Syawal selepas ketiadaan Sang Ramadan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] RamadanWhere stories live. Discover now