02 | Ramadan pulang.

56 9 1
                                    

3 Ramadan 1445.

Malam hari ketiga bulan ramadan. Ketika muslim dan muslimat berpusu-pusu ke surau dan masjid menunaikan amalan sunat solat sunat terawih berjemaah. Lain pula dengan Syawal. Dia pula bersesak-sesak di stesen bas bersama orang awam yang tidak dikenalinya namun mereka mempunyai tujuan yang serupa iaitu menjemput kepulangan anak-anak perantau yang pulang menyambut bulan ramadan bersama keluarga.

Syawal berada jauh dari kerumun manusia. Memilih bersandar pada tiang yang sedikit tersorok tetapi masih lagi dapat melihat tempat menurunkan penumpang dengan sempurna. Satu persatu bas yang melalui pagar keselamatan Syawal lihat. Dicari bas yang dinaiki oleh Ramadan tetapi masih lagi tidak dijumpai.

"Mana dia ni." Keluh Syawal, tangan disekap di dada. Beberapa orang yang melintasinya sempat melirik padanya khususnya remaja-remaja perempuan. Dan tidak sekali Syawal peduli dia malah mempamerkan riak tidak ramah. Bukan kerana sombong tapi lebih kepada bengang kerana sudah terpacak di sini hampir setengah jam dan masanya terbuang begitu saja.

Semuanya gara-gara mak yang tidak sabar menanti kepulangan Ramadan. Selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, Syawal dipaksa pergi ke stesen bas lebih awal dari yang sepatutnya. Kata mak dia risau andainya Ramadan tiba lebih awal dari yang dijangkakan.

Syawal hendak membangkang. Ramadan bukan lagi kanak-kanak yang akan menangis jika dia terlambat ambil. Tetapi apa kan daya, melawan mak umpama diacu parang pada leher. Syawal sebagai anak yang taat terpaksa menurut bila mak mula keluarkan tanda-tanda jurus bebelan 7 petala langit. Mahu atau tidak dia terpaksa turuti keinginan sang ratu.

Azan isyak yang berkumandang dari surau belakang stesen bas sayup-sayup mengetuk gegendang. Syawal  melirik jam yang membelit di pergelangan tangan. Ada lagi 15 minit sebelum bas yang dinaiki Ramadan dijangka tiba.

Syawal menarik keluar telefon dari koceknya. Diliarkan juga mata ke tempat menurunkan penumpang. Setelah memastikan Ramadan masih boleh tiba, laju dia mengetik pesan pada adiknya.

Abang pergi solat kejap. Kalau dah sampai stay je dekat tempat duduk dekat area gerai nasi lemak.

Seusai menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp. Syawal meninggalkan tempatnya dan menuju ke surau di belakang sana. Dari terus membuang masa menanti Ramadan yang tidak tahu bila akan sampai, lebih baik dia pergi menunaikan kewajipan.

Berharap selepas keluar dari surau, Ramadan telah tiba dan menantinya.

***

Ramadan mengeliat. Meletup-letup bunyi pinggangnya. Mata yang kabur Ramadan kucek. Setelah sedar sepenuhnya baru ia keluar dari bas yang dinaikinya.

Tempat simpan barang dituju. Ramadan mengeluarkan bagasi miliknya. Pemegang dinaikkan. Kaki dihayunkan, mencari tempat duduk yang tersedia berdekatan dengan gerai nasi lemak seperti yang diarahkan oleh Syawal. Abangnya suruh dia menunggu di situ sementara lelaki itu menunaikan solat isyak sebentar.

Setibanya di sana, Ramadan memilih untuk berdiri di tepi tempat duduk yang tersedia. Enggan melabuhkan punggung di situ, punggungnya sendiri sudah lenguh dan penat duduk.

"Mana abang ni." Ramadan berdecit setelah gagal menemui gerangan yang dihantar oleh mak untuk menjemputnya di sini. Lama Ramadan menanti. Dari seminit bertukar menjadi sepuluh minit.

Melilau Ramadan memerhati sekeliling. Mencari susuk sang abang. Dah lama sangat abang pergi solat. Ke abang lupa dan sudah pulang tanpanya?

Dengan rasa sebal, Ramadan merangkuh kocek seluar dan menarik telefon bimbit.

Nombor telefon seseorang dicari. Setelah menjumpai dia menekan nama tertera itu tetapi jari yang ingin menekan simbol telefon terlihat ragu. Lama dia berfikir hingga skrin telefon yang bercahaya terpadam.

[C] RamadanOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz