07| Bazaar ramadan.

97 12 3
                                    

12 Ramadan 1445

Ramadan menyelinap masuk ke bilik Syawal yang sengaja dibiarkan terbuka oleh si pemilik bilik. Dengan azam yang teguh demi mendapatkan roti john dan tepung pelita yang dia indamkan semenjak dua hari yang lepas. Kalau la mak benarkan dia ke bazaar seorang diri sudah lama dia pergi sendiri tetapi setiap kali dia nyatakan hasratnya mak akan membangkang dan suruh dia pergi bersama Abang Syawal. Jadi Ramadan sebagai anak yang taat hanya mampu pasrah dan mendengar cakap mak.

Ramadan berdiri di hujung katil Syawal sambil menanti syawal menyudahkan panggilan ilahi. Ayat-ayat memujuk buat abangnya cair dan akan membawa dia ke bazaar ramadan, Ramadan praktik banyak kali dalam hati. Dalam masa yang sama dia sibuk memerhati bilik Syawal.

Ini kali pertama setelah sekian lama Ramadan jejak kaki ke bilik Syawal. Selama seminggu di sini Ramadan tiada kesempatan menjengah ke bilik Syawal. Tak sempat pergi Syawal yang akan datang ke biliknya untuk bersembang, bermain game bersama dan kadang-kadang Syawal akan tidur bersamanya.

Ramadan ukir senyum bila terperasan akan gambar mereka berdua yang terletak di rak buku. Di sebalik bahan-bahan bacaan fiksyen dan kitab-kitab arab kepunyaan Syawal yang tersusun rapi ada dua bingkai gambar di situ. Dan kedua-duanya merupakan foto dia dan Syawal. Gambar mereka yang tersenyum hingga menampakkan barisan gigi itu lucu.

Ramadan agak tersentuh bila mengetahui Syawal mempamerkan gambar mereka berdua tanpa dia pinta. Dari situ Ramadan tahu Syawal benar-benar tulus dan menyayanginya.

"Abang tak benci dan tak akan benci Ramadan."
"Kalau Syafie membenci Ramadan, ada abang dan mak dekat sini yang sentiasa terima Ramadan."

"Nak apa?"

"Allah." Ramadan terloncat. Hampir terlucut bingkai gambar yang dipegang Ramadan. Terkejut dia tiba-tiba disergah oleh Syawal dari belakang.

Segera Ramadan menyimpan bingkai gambar ke tempat asal lalu dia menghadap Syawal sambil mencekak pinggang. "Abang Syawal ni kalau tadi Ramadan kena heart attack macam mana?" Ramadan hadiahkan satu jelingan buat Syawal yang sedang melipat sejadah.

"Dah awak yang main terjah masuk bilik abang dah kenapa? Awak ingat abang tak terkejut bila bagi salam ternampak lembaga hitam dekat belakang abang."

Bibir Ramadan mengecut. Tak jadi nak marah Syawal lagi. Salah dia juga main masuk je bilik Syawal tadi.

"Awak nak apa jumpa abang?" soal Syawal sambil sibuk mengemas katilnya yang sedikit berantakan.

Ramadan mendekati Syawal. Bahu tegap Syawal dicuit.

Syawal pandang adiknya yang agak aneh. Nak tergelak pun ada bila lihat Ramadan yang memandangnya sedang melaga-lagakan jari telunjuk sesama sendiri.

Ramadan seperti budak-budak yang nak minta coklat. Gemas.

"Haaa nak apa ni?" Sengaja Syawal mengeraskan nadanya. Tangan kiri mencekak pinggang.

"Hmmmm Abang Syawal... jom pergi bazaar." Ramadan mencuba. "Ramadan teringin nak makan roti john dan tepung pelita."

***

Syawal naik pening dengan gelagat Ramadan dan Nana yang serupa manusia yang tak pernah jumpa makanan. Leka sedikit pasti dua beradik itu lesap dan akan datang padanya semula dengan pertambahan satu plastik baru di tangan.

Baru Syawal faham bila mak tak benarkan Ramadan dan Nana pergi ke bazaar tanpa pengawasannya. Bukan kerana mak takut dua anaknya itu diculik tapi takut dua beradik tu borong satu bazaar.

Syawal mengeluh. Dia memanjangkan leher mencari Ramadan dan Nana yang sekali lagi hilang dari pandangannya. Naik kesal dia dengan dua orang adiknya. Sepatutnya dia bawa tali dan ikat pada pergelangan tangan mereka berdua, senang sikit dia nak jejak.

[C] RamadanWhere stories live. Discover now