09| Baju raya

53 7 0
                                    

17 Ramadan 1445.

Dua minggu menjelang hari raya, Puan Asyura manusia yang paling sibuk menyiapkan persiapan raya. Semalam Ramadan dan Nana dikerah untuk mengubah susun atur perabot di ruang tamu dan menyiapkan 3 jenis kuih raya.

Ramadan langsung tak merungut, dia bantu Puan Asyura dengan hati yang terbuka. Lagipun lama dia tak rasai pengalaman menyambut hari raya, jadi semua kenangan semalam ia simpan rapi dalam memori otak kecilnya. Bila nanti dia rindu mak, dapat dia ulang semua kenangan terindah semalam.

Hari ini pula abah mengajak mereka sekeluarga keluar ke bandar membeli baju raya dan Ramadan salah seorang yang paling bersemangat selain Nana.

Remaja lelaki itu sibuk menyiapkan diri. Satu baju-T hitam Ramadan bawa keluar dari almari lalu dipadankan ke tubuhnya. Berkira-kira sama ada baju yang diletak atas tubuh itu sesusai dipakai atau tidak.

"Tak handsome," kutuk Ramadan lalu baju tadi disimpan semula dalam almari. Baju lain yang tergantung pula Ramadan ambil.

"Abang Ramadan dah siap?" Nana jengul sebalik pintu.

Ramadan segera menyarung baju ke tubuhnya "Dah. Handsome tak abang?" tanya Ramadan sambil betulkan kolar baju. Ramadan rasa tak yakin pula nak pakai baju ni, rasa pelik.

Nana tolak pintu bilik Ramadan seluasnya, memudahkan itu dia analisis Ramadan yang sedang berdiri bak model di hadapannya.

"Hmmm." Bola matanya bergerak dari atas ke bawah. Dagunya digosok.

Ramadan mengenakan baju kemeja biru gelap yang agak melekap pada tubuh dan dipadankan dengan seluar jeans biru denim itu nampak begitu menawan. Rambut yang digelkan dan dihias dengan gaya terkini itu pula menaikkan seri.

Bagi Nana... Ramadan nampak sempurna. Perfect.

"Handsome tak?" Ramadan cekak pinggang. Nana yang tenungnya terlalu lama itu menguras keyakinan Ramadan yang secuit.

"Fuyooo handsome gila adik aku." Tak sempat Nana menjawab, ada suara lain yang menyampuk perbualan mereka.

Syawal bersandar pada daun pintu itu naikkan jempol sebagai tanda memuji dengan style Ramadan.

"Betul eh? Tak tipu?" Ramadan ragu. Risau Syawal sebenarnya mengusiknya.

"Betul. Abang Ramadan handsome sangat." Puji Nana pula. Tak tipu. Nana jujur. Kalau dibandingkan dengan Syawal. Nana rasa Ramadan lagi handsome. Ramadan pakai baju T bodoh pun Nana rasa dah menawan. Ini kan pula bila Ramadan bersiap kemas, tambah-tambah lagi bila Ramadan senyum sampai nampak lesung pipit. Boleh cair Nana.

Ramadan berdehem mengawal hati yang kembang semangkuk kerana dipuji sebegitu oleh si adik. Tak tunggu lama Ramadan ambil dompet dan telefonnya.

"Tapi tak boleh lawan abang kan Nana?"

Nana yang terpanggil memusingkan badan ke Syawal yang sedang berdiri tegak di sebelahnya. Nana perhatikan Syawal pula. Syawal juga tak ada kurangnya. Dengan baju berkolar hijau gelap dan seluar jeans hitam, dua padanan warna itu menyerlahkan lagi kulit cerah abangnya. Sekali pandang Syawal macam artis korea. Dua kali pandang Nana rasa...

"Maaf anda kalah. Abang Syawal hudoh," kata Nana selamba.

Rahang Syawal terjatuh. Hidung yang baru nak kembang, kempis semula. Punah harapan. "Hey... sampai hati kata abang hudoh."

"Hudoh macam monyet kan?" Tokok Ramadan sambil menutup pintu biliknya.

"Haah."  Nana iyakan.

"Korang berdua ni kan..." Syawal mengepal tangan kirinya. Disorong tangkap penumbuknya. Ramadan dan Nana yang sedang mentertawakan dirinya itu Syawal pandang geram.

[C] RamadanWhere stories live. Discover now