06| Maafkan mak, Ramadan.

55 7 0
                                    

9 Ramadan 1445.

"Mak nampak Abang Syawal tak?" Ramadan menjengul sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur.

"Aik, Abang Syawal tak ada dekat rumah ke?"

Ahhhh. Bukan ini yang mahu Ramadan dengar dari mak. Kemana hilang abang kesayangannya itu? Puas mencari Syawal serata rumah. Dalam bilik tak ada, dapur tak ada, hatta dekat tandas pun tak ada. Ramadan rasa dia tak buta ataupun halusinasi baru je sejam lepas dia nampak Syawal yang baru pulang kerja melepas lelah di sofa.

Jadi sekarang abangnya di mana?

"Tak ada mak. Abang hilang. Dah satu rumah Ramadan cari tapi tak jumpa-jumpa." Cemberut Ramadan. Pipinya sengaja dikembung dan kaki dihentak. Manja.

Puan Asyura tergelak dengan telatah Ramadan. "Abang Syawal keluar sekejap la tu. Tapi pelik juga bila dia hilang macam tu. Selalunya ada dia beritahu dekat mak dulu sebelum keluar. Ramadan dah cari dekat bilik Nana?"

"Dah. Dua kali Ramadan cari dekat situ tapi tak ada, yang ada pun Nana yang tengah sedap tidur la." Ramadan mengatur langkah ke Puan Asyura yang sedang melipat kain baju di hadapan televisyen .

"Ramadan cari abang untuk apa? Nak ajak main?" tanya Puan Asyura sambil melipat kain yang baru diangkat dari tempat jemuran.

"Nak ajak abang pergi bazaar," balas Ramadan. Dengan tak bermaya dia menghampiri Puan Asyura. Hilang sudah semangat wajanya, baru dia bercita-cita mengajak Syawal ke bazaar ramadan yang tak jauh dari perumahan mereka. Mahu membeli makanan viral yang keluar di beranda Tiktok, roti john dan tepung pelita, tapi kalau dah macam ni memang tak dapat la dia nak beli.

Baju yang berselerak dan belum berlipat di sebelah mak, Ramadan pinggirkan. Dia mengambil tempat di sebelah Puan Asyura. Tanpa segan silu, kepala direbahkan ke paha kanan Puan Asyura.

Setelah mendengar nasihat dari Syawal tempoh hari Ramadan tidak lagi ragu-ragu untuk bermanja dengan ahli keluarganya di sini. Kepala yang berisik selalu mengacau kewarasannya pun perlahan-lahan menghilang, memberi peluang untuk Ramadan menikmati hidupnya di sini tanpa perlu berfikir buruk atas setiap tingkahnya.

"Rindu emak."

"Emak kan ada dekat dengan Ramadan ni. Rindu lagi ke?"

"Rindu. Ramadan selalu rindu mak."                    

"Emak pun. Mak pun sentiasa rindu Ramadan," lirih Puan Asyura. Puan Asyura termenung seketika, terkenang perbualan antaranya dan Syawal tempoh hari. Apa yang berlaku di ruang solat antara Syawal dan Ramadan dia ketahui. Teresak-esak Puan Asyura ketika mendengar, dia juga dihujani dengan rasa bersalah kerana membiarkan Ramadan pergi.

"Ramadan, mak..."

"Kepala Ramadan berat ke mak?" Ramadan memintas.

Puan Asyura memgemam bibirnya, melupuskan kata maaf yang ingin diucapkan kepada Ramadan sebelum ia membalas pertanyaan Ramadan.

"Mana ada berat. Ringan je mak rasa." Puan Asyura mengerakkan kakinya yang menampung kepala Ramadan, meyakinkan jawapannya.

Bergoyang-goyang kepala Ramadan dibuatnya.
"Macam tipu je. Mesti kaki mak lenguh dan kebas kan?" Lantas Ramadan mengangkat kepalanya dari kaki Puan Asyura. Baru kepalanya ingin mencecah lantai, Puan Asyura segera mencegah.

Puan Asyura menepuk pehanya dan menyuruh Ramadan merebahkan kepala di situ. Ramadan akur. Dia mengikut arahan Puan Asyura. "Terima kasih mak," ucapnya tulus.

"Kaki mak ni dah lama tak rasa lenguh dan kebas macam ni. Nana dan Abang Syawal dah jarang nak manja-manja dengan mak. Dorang lebih suka baring dekat sofa dari guna peha empuk mak ni." Adu Puan Asyura sambil menyusun baju yang sudah berlipat di tepi sofa.

[C] RamadanWhere stories live. Discover now