03| Ramadan kenapa?

57 7 2
                                    

4 Ramadan 1445.

      Bau sambal yang ditumis meruap ke segenap rumah. Aroma masakan Puan Asyura mengucur liur sesiapa sahaja yang menghidunya. menggugat keimanan insan-insan yang sedang berperang menahan lapar dan dahaga di rumah itu. Dan salah seorangnya yang sudah terseksa dengan masakan Puan Asyura ialah Ramadan.

Ramadan yang sedang bersolat di ruang solat tidak mampu lagi khusyuk. Segera dia menyudahkan solat asarnya. Doa sesudah solat juga dibaca seringkas yang boleh, zikir dan amalan selepas solat juga ditinggalkannya.

Tergesa-gesa Ramadan melipat sejadah yang dia gunakan dan digantung ke penyidai ala kadar. Kemudian, tergesa-gesa remaja lelaki itu keluar dari ruang solat.

Semakin menuju ke dapur, semakin tergugat imannya. Ramadan meneguk liur. Terbayang-bayang sambal maknya meresap di lidah, melalui kerongkong dan mendarat dalam perut. Ya Allah dah lama tak makan sambal tumis mak.

"Sabar Ramadan." Ramadan usap perut lepernya sambil mengerling jam dinding yang tergantung di dinding. Memujuk perut yang lapar dan meronta-ronta mahukan suapan makanan. Masih berbaki 2 jam sebelum waktu berbuka dan dia perlu memujuk perutnya untuk bertahan.

"Abang Ramadan lapar la tu." Nana di sofa menegur ketika Ramadan buru-buru melintasi ruang tamu.

Ramadan menghentikan langkahnya.

"Macam budak-budak la abang." Sambung Nana lagi dan disusuli dengan tawa. Mengejek si abang yang tak keruan.

"Mana ada abang lapar." Tegak Ramadan. Darah panas menyerbu ke muka. Tebakan Nana tepat dan membuatnya malu. Sedangkan kanak-kanak licik itu santai sahaja di sofa membaca buku. Tidak terganggu sedikit pun dengan masakan mak dan masih boleh menahan lapar. Ramadan yang besar panjang pula yang banyak ragam.

"Eleh tipu. Nana yang kecil dari abang pun boleh sabar lagi tau. Ni mesti nak curi-curi makan dekat dapur la tu." Nana tutup buku ceritanya. Dia selit buku di celahan kusyen lalu diberikan tatapan sinis pada Ramadan. Sengaja dia Menggerakkan bola matanya ke atas dan bawah.

"Aish tak baik fitnah. Abang nak tolong mak masak la. Awak tu kenapa tak tolong mak? Pergi la dapur tolong mak masak dekat sana. Perempuan kena rajin masuk dapur tau," bebel Ramadan.

Nana membuka buku ceritanya semula dan sibuk dengan kegiatannya kembali. Malas mahu melayan Ramadan."Tapi jangan pergi makan pulak."

Ramadan hiraukan sindiran Nana. Dia ke dapur.

Pembesar suara yang memainkan lagu Indonesia terkini dan suara merdu Puan Asyura bergabung. Wanita berusia itu menggerakkan kepalanya mengikut rentak musik manakala tangan sibuk mengacau masakan dengan senduk, menumis sambal di atas dapur.

Seringai Ramadan terserlah. Idea mahu mengejutkan mak muncul di benak. Terjingkit-jingkit dia menginjak lantai, sedaya upaya tidak menghasilkan seberang bunyi yang dapat menarik perhatian mak yang leka dalam dunianya.

Namun ketika Ramadan mahu merengkuh mak dari belakang, Ramadan menghentikan niatnya. Terdiam di belakang mak yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan jaudah berbuka.

Ramadan tiba-tiba ragu untuk meneruskan niatnya. Takut gurauan yang bakal dilakukan akan memberi kesan buruk kepada Puan Asyura.

Mak yang dulu tak sama dengan sekarang, Ramadan. Ramadan tarik semula tangan yang tergantung. Merapat ke sisinya. Perlahan-lahan dia mengundur dari terus berada di belakang maknya.

Mereka sudah lama berpisah. Hubungannya dengan mak juga agak renggang dan tak seutuh dahulu. Jadi layakkah dia untuk bergurau sebegitu?

Tak. Ramadan tak mahu mengambil resiko. Dia tak mahu kehadirannya membuatkan mak tidak senang. Oleh itu, lebih baik dibatalkan saja niatnya.

[C] RamadanWhere stories live. Discover now