BAB 22 : Sangkar Cinta

29 4 0
                                    

Pasangan pengantin baru kini duduk saling berhadapan, merasakan kuatnya aura cinta yang sekian lama terpendam.

Thalhah dan Tiara baru sahaja selesai solat sunat selepas nikah.

Usai berdoa, Tiara mencium tangan Thalhah penuh takzim.

Thalhah mencium dahi Tiara dengan segenap rasa cinta.

Dua pasang mata bertemu, kali ini, tak perlu dialihkan lagi pandangan mata itu. Berlama-lama memandang suami dan isteri dengan penuh kasih sayang itu perbuatan yang sangat disukai Allah, dan Allah akan memandang mereka kembali dengan kasih-sayangNya.

"Tiara sayang, sejak nikah tadi sampai sekarang, Tiara bersembang dengan abang, Tiara terus ke poin percakapan, tanpa sebut 'abang'. Cuba Tiara panggil 'abang', abang nak dengar." Thalhah membelai manja pipi gadis yang telah sah menjadi isterinya dengan sekali lafaz di masjid, petang tadi.

Pipi Tiara merona, laju Tiara menutup wajahnya dengan dua telapak tangan, "Malu..."

Thalhah sangat suka melihat Tiara bertingkah seperti ini, kelihatan manja dan comel.

"Alolo comelnya isteri abang ni malu. Cubalah panggil 'abang', sayang. Abang nak dengar ni..."

"Akhi..." Tiara masih menutup muka, tersenyum malu di balik telapak tangannya.

"Akhi?" Thalhah mengangkat sebelah keningnya.

"Aish... malu sangat ni sampai panggil akhi lagi..." Thalhah tertawa geli hati.

"Sayang... ingat tak hari orientasi pelajar baru tingkatan 4? Yang sayang datang terlambat tu?" Thalhah memancing Tiara untuk sebuah pengakuan yang ingin diluahkannya.

Tiara membuka sedikit sela-sela jarinya, ingin melihat reaksi wajah Thalhah ketika dia berkata,

"Ingat... masa tu kan, Tiara cakap dalam hati, muka je handsome tapi garang!"

Laju Tiara merapatkan kembali sela-sela jari sambil tersengeh nakal di sebalik telapak tangannya.

Bibir Thalhah tak boleh berhenti tersenyum di saat ini. Setiap tingkah dan kata-kata Tiara sangat menggemaskan.

"Sebenarnya, malam orientasi itulah abang mula jatuh cinta pada Tiara..." Suasana hening, Tiara menanti lanjutan kata-kata Thalhah.

"Abang minta maaf sangat-sangat. Hati abang terus merasa bersalah sampai sekarang. Sejak saat itu, abang selalu teringat-ingat. Teringat-ingat sebab, Tiara tak membalas 'kemarahan' abang masa tu dengan bentakan, malah sabar menjelaskan dengan baik."

"Entah kenapa, abang selalu bertembung tanpa sengaja dengan Tiara sejak itu. Melihat dan mendengar tentang kebaikan seorang Tiara Rumaisya membuat hati abang semakin mekar rasa ingin menjadikan Tiara bidadari abang, dalam keredaan Allah." Thalhah menggenggam lembut lalu mencium tangan Tiara.

Terasa seolah angin bertiup tenang membelai hati Tiara.

"Cinta abang semakin mendalam bila kita berdua di pulau. Sayang tahu kan, abang tengah siapkan novel kisah kita. Abang bubuh nama Pulau Sangkar Cinta. Nak tahu kenapa?"

Tiara menggeleng dengan wajah ingin tahu.

"Sebab ketika di pulau itu, kita berdua bagai terkurung, di sekeliling kita adalah laut. Kita tak dapat lari dari semakin merasakan kuatnya cinta yang terpendam antara kita. Di sana, walau pulau itu luas, kita tak dapat keluar. Ke mana-mana mesti berdua, saling memerlukan, saling menemani, susah-senang bersama..."

Tiara mengakui luahan kata-kata yang terasa indah dari suaminya.

"Abang... selalunya orang kata, sangkar ni tak bebas, tak seronok terkurung. Tapi ada satu sangkar yang sayang tak mahu terlepas, biarlah sayang di dalam tu selama-lamanya..." Tiara meletakkan kepalanya di bahu Thalhah dengan manja. Haruman lembut mawar dari balik tudung yang masih dikenakan Tiara, menenangkan jiwa sang suami.

"Sayang panggil abang?" Thalhah beralih perlahan menghadap Tiara. Dahi Thalhah dirapatkan ke dahi Tiara, hingga hembusan nafas penuh rasa cinta dapat dirasakan satu sama lain... tiada lagi batas yang perlu dijaga.

"Panggillah lagi, abang suka dengar suara Tiara yang lembut."

"Tapi sebelum tu, abang teringin nak tahu, sangkar apa yang sayang maksudkan tadi?"

"SANGKAR CINTAMU..."

Kini, seisi ruangan terasa hanya ada detak jantung mereka berdua. Seakan tidak wujud yang lain.

"TIARA..." Thalhah memandang wajah isteri tercinta, meletakkan telapak tangannya di atas ubun-ubun sang isteri, lalu dengan sepenuh hati melafazkan :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْه.

Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.

Dan malam itu...

~Malam yang sangat indah yang belum pernah terjangkau di fikiran, bagi sepasang kekasih halal yang menyatukan cinta dalam keredaan Rabbnya.~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SURVIVAL : PULAU SANGKAR CINTAWhere stories live. Discover now