BAB 3 : Pulau

94 15 14
                                    

8.20 pagi
Garaj bas.

Dua buah bas digunakan, satu untuk fasilitator dan peserta lelaki manakala satu lagi untuk fasilitator dan peserta perempuan.

Thalhah sebagai ketua, dengan tegas menyatakan TIDAK BOLEH ada percampuran tempat duduk lelaki dan perempuan sepanjang perjalanan dengan bas untuk mengelakkan perkara-perkara yang tak sepatutnya terjadi.

Thalhah berdiri di antara dua buah bas yang sudah dipenuhkan, memegang pembesar suara, lalu membacakan :

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ 

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak berdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali."

Bas mulai bergerak. Mereka akan ke utara tanah air untuk ke sebuah pulau persendirian, milik seorang jutawan yang merupakan salah seorang kenalan papa Thalhah.

Pulau itu sebuah pulau yang baru dibuka khusus untuk aktiviti survival. Pulau yang mempunyai seorang penjaga khusus yang menetap di situ, serta ada renjer bertugas yang akan datang setiap kali diperlukan.

Dalam bas peserta perempuan

"Tasnim, Tiara bersyukur sangat. Sejujurnya, ini kali pertama dalam hidup Tiara, Tiara dapat sertai aktiviti macam ni. Sebelum ni, Tiara tak pernah berkesempatan ikut apa-apa program seperti ini sebab semuanya berbayar."

Tasnim senyum, memandang wajah bahagia sahabat karibnya.

"Ada satu rahsia, tapi rasanya sudah sampai masanya, Tasnim beritahu Tiara."

"Rahsia apa tu Tasnim?"

"Masa pengumuman tentang program ni sebulan yang lepas, Tiara kan tak mahu ikut serta sebab bimbang soal kewangan kan? Takut tak mampu bayar yuran penyertaan dan takut tak mampu sediakan barang-barang yang nak dibawa. Ingat tak?

Tiara mengangguk. "Ingat."

"Abang Thalhah ada jumpa Tasnim di kampung masa cuti hujung minggu. Abang Thalhah tanya, ada tak kawan-kawan yang berminat nak sertai, tapi tak daftar sebab tak mampu. Tasnim terus sebut nama Tiara."

Tiara terdiam. Dia penasaran ingin bertanya lanjut, tapi... dia malu. Kerana Tasnim sepupu Thalhah.

Tasnim dapat 'membaca' tingkah Tiara. Tasnim tersenyum dan melanjutkan " Nak tahu Abang Thalhah cakap apa?"

Tiara hanya mengangkat wajah yang sedikit tertunduk tadi, menantikan apa ayat seterusnya yang akan dikhabarkan Tasnim.

"Abang Thalhah suruh beritahu Tiara, yang pihak jawatankuasa bersetuju menyediakan dan menanggung semua biaya beberapa pelajar terpilih termasuk Tiara. Tapi masa tu, kewangan yang dapat hanya cukup untuk tanggung penyertaan percuma, belum cukup untuk tanggung barang keperluan peserta."

"Jadi... barang-barang Tiara?" Tiara tersangat ingin tahu, laju menanyakan.

"Abang Thalhah... dia guna duit dia sendiri masa tu, untuk beli keperluan Tiara." Tasnim menjeda...

"Tasnim rasa kan, Abang Thalhah ada perasaan kat Tiara tau."

Wajah Tiara langsung merona merah kerana malu.

"Tasnim... Taklah. Abang Thalhah tu mesti kesian saja kat Tiara. Abang Thalhah tu kan memang suka bantu orang. Tengok semalam, Abang Thalhah belikan keperluan yang belum cukup untuk peserta lain."

"He kept his word, Tiara. Bila dia kata 'pihak jawatankuasa' bersetuju bantu beberapa pelajar terpilih, itulah yang dia buat. Dia bantu Tiara bila kewangan program belum mencukupi, dan dia bantu peserta lain bila kewangan program dah bertambah. Jadi? Boleh nampak tak?" Tasnim tertawa kecil, geli hati melihat respon Tiara yang malu-malu.

"Ish Tasnim, tu kan rahsia Tasnim dan Abang Thalhah. Kenapa bocorkan pada Tiara?" Tiara menepuk perlahan paha Tasnim.

"Sebab boleh. Haha..." Tasnim menunjukkan tawa di wajahnya, namun menahan cemburu di hatinya. Tasnim reda, kerana jika benar mereka berdua saling menyukai satu sama lain, Tasnim akan merasa bahagia untuk mereka. Rasa bahagia apabila insan-insan yang dicintai, bahagia...

"Entahlah, dengan Tiara, Tasnim tak boleh nak rahsiakan apa-apa. Tiara sahabat terbaik yang Tasnim pernah ada."

Ucapan tulus dari hatinya, menerbitkan setitis air mata keharuan. Air mata persahabatan mengatasi cinta pada sang teruna.

3 petang,
Jeti

Peserta lelaki dan perempuan menaiki 2 buah bot sederhana besar berasingan, menuju pulau.

Perjalanan dengan bot memakan masa 45 minit untuk sampai ke destinasi.

Sebuah perasaan kepuasan di saat kaki menapak turun dari bot, memijak pulau.

Masing-masing merasa syukur kerana perjalanan mereka selamat, dan bersyukur kerana dapat sampai di pulau yang sangat indah.

Sebaik sahaja sampai, semua leka berswafoto.

Thalhah membiarkan seketika mereka dengan aktiviti swafoto itu. Pasti masing-masing ingin merakam momen indah untuk dikongsi dengan insan-insan tersayang.

Thalhah yang sedang sibuk menurunkan barang-barang keperluan kem dari bot bersama rakan-rakan fasilitator, tiba-tiba terpandang wajah Tiara Rumaisya dari kejauhan. Tiara tersenyum bahagia.

"Dia bahagia." Tanpa sedar, Thalhah mengukir senyuman.

"Astaghfirullah." Thalhah mengusap wajah lalu mengalih pandangan.

Thalhah sudah terbiasa menundukkan pandangan dari memandang wanita. Hal yang terjadi tadi adalah pantang-larang yang dia sematkan sejak dari awal usia remajanya.

SURVIVAL : PULAU SANGKAR CINTAWhere stories live. Discover now