BAB 2 : Kedatangan Yang Dinanti

119 18 19
                                    

Jumaat,
10 pagi,
Sehari sebelum kem survival.

Sekumpulan konvoi bermotor memasuki ruangan sebuah sekolah kluster kecemerlangan, menarik perhatian pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang baru sahaja selesai peperiksaan STPM dan STAM beberapa minggu yang lalu. Mereka berkumpul hari ini untuk menyertai kem survival esok, kerjasama pihak sekolah dengan persatuan alumni sekolah batch pertama.

Sekumpulan konvoi tersebut adalah bekas pelajar lelaki sekolah itu, lebih tepatnya alumni pelajar lelaki, yang akan menjadi fasilitator kem. Sementara alumni pelajar perempuan, datang berkumpulan dengan kereta.

"Dia datang! Hero kita datang!"

Suasana asrama puteri yang tadi senyap-sunyi tiba-tiba bertukar riuh dengan sorakan kegembiraan.

"Tasnim, siapa yang datang? Kenapa riuh sangat?" tanya Tiara Rumaisya, gadis cantik bertudung litup. Mereka baru sahaja sampai di bilik mereka setelah tadi solat Dhuha di surau.

Tiara Rumaisya, gadis berbulu mata lentik, kulitnya putih bersih, putih dengan rona kemerah-merahan di pipinya. Hidungnya mancung yang comel, mulut merah bak ceri tanpa sedikit pun olesan perias wajah.

"Siapa lagi, Tiara. Abang Thalhah lah tu. Ramai kawan-kawan kita yang daftar, sebab nak turut serta dengan Abang Thalhah lah ke kem nanti. Abang sepupu Tasnim tu, dari kecil memang ramai peminatnya." Tasnim tersenyum, sesekali geleng-geleng kepala, mengimbau kenangan ketika kecil dulu.

Tipu kalau Tasnim tidak punya perasaan pada Thalhah. Namun, keluarga mereka tidak menggalakkan pernikahan sesama kerabat dekat. Jadilah Tasnim berusaha mengubur rasa, lantas mencuba menyayangi Thalhah hanya sebatas sebagai sepupunya.

Tasnim tahu, dalam diam, Thalhah punya rasa terhadap Tiara, dan Tiara juga punya rasa terhadap Thalhah. Itu terjadi sejak pertama kali Thalhah dan Tiara bertemu, empat tahun yang lalu.

Lamunan sesaat Tasnim tadi terhenti ketika terdengar keriuhan dari tingkat dua asrama pelajar puteri. Rupa-rupanya, ramai berkumpul di koridor tingkat dua untuk melihat lebih jelas pemandangan di dataran hadapan surau tempat konvoi motosikal tadi memarkir motor mereka.

~ "Aduh, abang Thalhah pakai jaket hitam dan biru muda, handsomenya"

~ "Dia buka topi keledar! Betulkan rambut! Tampan sangat!"

~ "Kacaknya!"

~ "Wajah eksotik, hidung mancung, pandangan mata yang menawan. Model pun kalah dengan Abang Thalhah! Macam putera raja! Abang Thalhah, tengok lah sini! "

~ "Tinggi, tegap, pakaian selalu kemas dan sikap yang... haiii bergetar tulang rusukku..."

~ "Memang idaman aku!

Suara keriuhan dari asrama puteri dapat didengar semua yang ada di dataran hadapan surau. Jarak asrama puteri dengan surau asrama tidaklah jauh, hanya empat minit berjalan kaki akan sampai.

Naim menyenggol lengan Thalhah.

"Thalhah, mula dah budak-budak tu 'histeria'! Haha."

"Dunia... dunia" Thalhah tertawa kecil, membalas usikan Naim.

Telefon bimbit Thalhah berdering.

"Assalamualaikum Thalhah."

"Waalaikumussalam Papa." Thalhah menjawab salam papanya.

"Dah sampai sekolah?"

"Alhamdulillah, baru je sampai, Pa."

"Ni tadi Papa baru saja masukkan RM5000 ke akaun Thalhah. Duit tu sumbangan dari Atuk Nikolai untuk program esok. Atuk sokong sangat program macam ni untuk anak-anak muda."

SURVIVAL : PULAU SANGKAR CINTAWhere stories live. Discover now